Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Artikel: Hantu






Situasi pertama:

"Cantiknya tudung dia."

"Kalau tudung je cantik tapi baju ketat baik bogel je."

Situasi Kedua:

"Aku nak masuk meminang dia lah."

"Tak payah lah kau berangan. Ilmu pun tak cukup lagi."



PENDAHULUAN.

Situasi di atas sangat sinonim dengan mentaliti masyarakat di negara kita ini khususnya untuk kaum melayu. Sampaikan bila ada ustaz yang berkahwin empat pun boleh dijadikan isu. 

"Kenapa nak kahwin semua muda?"

Kahwin itu satu kehendak dua hala yang mesti dipersetujui dua pihak. Kalau dah si isteri pun mahu, jadi istilah gatal tidak boleh sesekali timbul. 

EKSTRIMIS.

Situasi-situasi di atas hanya akan dilakukan oleh orang yang ekstrimis terhadap agama. Sedangkan dalam Islam, segala-gala tentang berlebih-lebihan itu atau taksub sudah dilarang sama sekali.

"Tak kan nak beribadat siang malam pun dipanggil ekstrimis dan dilarang kot?"

Kata Ustaz saya, Syaitan ini sangat bijak sampaikan pada satu masa beliau sangat teruja untuk menghabiskan semua bacaan kitab yang diperolehi dari sekolah pondoknya tetapi ditegur oleh gurunya.

"Kamu jangan berlebih sangat dalam baca kitab ni. Walaupun benda ni baik tapi syaitan tu pandai, dia pi bisik kat kamu suruh mengaji je sampai kamu boleh terlupa untuk beramal."

Kalau benda baik pun perlu ada had kecuali anda mampu meng-agak strategi si Iblis.

Apapun, point penting untuk artikel kali ini adalah dengan sikap Ektrimis begini lah wujudnya generasi "Hantu" yang boleh menakut-nakutkan orang ramai untuk mendekati Islam.

KEBIASAANNYA.

Adakah anda tahu bahawa pada situasi pertama itu tadi yang menyarungkan tudung tapi berpakaian ketat itu bermati-matian untuk memakai tudung walaupun dihalang oleh keluarganya? Adakah anda tahu si pemakai tudung itu tadi adalah mualaf?

Tidak.

Soalan seterusnya, adakah anda pernah menerangkan cara berpakaian dengan betul terhadapnya?

Tidak.

Jadi duduk diam atau buat sesuatu selain dari mengeji. Kita sudah terlalu ramai pendakwa. Yang kita perlukan sekarang adalah pendakwah.

Begitu juga soalan seterusnya, adakah anda tahu bahawa yang mahu masuk meminang itu sudah merancang untuk bertunang selama 4 tahun sebagai satu tempoh untuk beliau membuat segala persiapan?

Ya, jawapannya tidak lagi.

KEBURUKAN.

Kesannya pada si bertudung tadi berkemungkinan akan lemah semangat dan akan hilanglah sehelai kain yang menutup rambutnya.

Pada yang ingin meng"reserve" awal dengan niat untuk berkahwin pula akan merasakan Islam itu menyusahkan dan akhirnya boleh terjatuh ke lembah maksiat.

TINDAKAN.

Apa kata anda duduk diam atau buat sesuatu?

"Mana boleh duduk diam, sampaikan lah dariku walau satu ayat. (Hadis nabi)"

Hah! tahu pula main hadis. Cara nabi berdakwah anda tak pernah nak tengok pulak. Nabi berdakwah bukan main hentam! Nabi berkawan dan berkenalan dulu dengan mad'u nya. Sebagai contoh, kita ambil kisah Rukanah. Seorang penggusti kafir. Nabi tidak pergi dengan cara menyampaikan ayat quran sebaliknya disebabkan si Rukanah ini seorang ahli gusti maka nabi bergusti dengannya dengan syarat sekiranya dia kalah, dia perlu terima Islam.

Pendekkan cerita, Rukanah memeluk Islam.

Da'wa is an art. every heart has a locked door. you only have to find that key.

KESIMPULAN.

Masalah ini tidak akan selesai selagi ada si bertudung labuh memandang jijik kepada si bakal muslimah mukminah dan selagi si kaki surau hanya seronok seronok solat lima waktu berjemaah hingga lupa yang melepak di taman-taman permainan.

Friday, May 24, 2013

Artikel: Puaskan kamu atau yang satu?




Pendahuluan.

Untuk dalam masa dua minggu ini bermula hari Selasa yang lalu, saya akan menempuhi dan mengendalikan satu program besar iaitu Minggu orientasi Kolej Matrikulasi Selangorunt untuk pelajar sesi 2013/2014. Apa yang biasanya adalah program itu dan yang luar biasanya adalah saya akan memegang tanggungjawab sebagai ketua facilitator untuk minggu tersebut.

Tanggungjawab.

Jika ditawarkan  kemasyuran beserta dengan tanggungjawab, Wallahi itu adalah sangat berat. Mungkin di mata kasar beberapa orang akan nampak tanggungjawab itu hanyalah dalam lingkungan beberapa persoalan seperti:

"Dapatkah aku menjalankan minggu ini dengan baik?"
"Dapatkah aku menguruskan minggu ini tanpa sebarang masalah?"

Sedangkan yang akan disoal didalam kubur kelak adalah:

"Kenapa anak buah mu tidak mendirikan solat?" (Jika ada)
"Apa yang kamu lakukan demi islam?"

Bila terfikir soalan sebegini dengan tanggungjawab yang dipegang, saya terbayang betapa sempitnya kuburku kelak.

Wadah.

Saya tahu dan saya sedar dengan jawatan yang diberi oleh rakan kepada saya ini bukanlah atas dasar kelayakan atau ilmu. Jika hendak digunakan atas tiket ilmu, jauh sekali saya dapat memegang jawatan seperti ini. Tujuan saya dilantik adalah sebagai salah satu wadah untuk menegakkan beberapa nilai Islam untuk minggu tersebut.

Dalam erti kata lain, di atas kertas akan tertulis nama saya sebagai Penghulu facilitator tetapi yang sebenarnya kami bersama dalam as-saf cuba menerajui minggu ini.

Dan saya redha dengan cara sebegini malah tidak sedikit pun berkecil hati.

Halangan.

Atas dasar keterbukaan minda, saya tidak akan menafikan akan adanya penentangan. Biasalah, setiap manusia dikurniakan dengan otak tetapi dengan cara pemikiran yang berbeza. Yang menjadikan saya agak kusut adalah ditentang oleh saudara seagama sendiri.

Yang menghairankan saya, saya dilihat seperti seorang yang tegas dan gila kuasa untuk mengaplikasikan nilai-nilai islam yang dicadangkan dan nampak seperti menekan facilitator lain yang kurang faham tentang Islam.

Saya tertanya, minggu yang mahu diisi dengan nilai islamik ini untuk adik baru atau untuk facilitator?

Ya, memang tak dinafikan kesemuanya perlu didakwah termasuk facilitator tapi suka saya menekankan untuk minggu orientasi yang ingin kami isi dengan nilai islamik ini adalah dilakukan untuk adik adik baru tanpa menolak hak facilitator kalau mahu ikut sekali program sebegini.

Masalah?

Mungkin bagi yang berasrama penuh khususnya Integerasi atau dari sekolah agama akan tertawa bila saya menceritakan isunya.

Mereka menentang cadangan saya untuk mengasingkan lelaki dan perempuan waktu riadah dengan alasan akan menyusahkan ramai pihak.

Saya ada kertas cadangan saya sendiri yang belum sempat dijelaskan dan mereka terus menghentam tanpa bertanya.

Saya tidak akan menulisnya disini kerana tidak akan ada facilitator yang akan membacanya disini. Mungkin kalau perlu saya akan bangkitkan pada perjumpaan seterusnya.

Penutup

Ada masa saya tidak pasti harus tergelak atau sedih kerana ada yang cakap,

"Untuk satu minggu je, lepasni korang dah tak tengok dah benda sebegini."

Dalam hati saya cuma boleh menjawab,

"Sudah tiga sesi minggu orientasi dijalankan bermula tahun kolej ini dibuka, apa kata Ini kalilah kita cuba bagi kali ini sahaja untuk lihat bagaimana cara yang berbeza dilaksanakan."

Monday, May 6, 2013

Artikel: Aku,Politik,dan Agama





Baru baru ini satu Pilihanraya Umum Malaysia yang ke 13 telah dilangsungkan. Pelbagai peristiwa pahit dan manis serta pelik bin ajaib juga turut berlaku, Apapun saya dengan ikhlas hatinya mengucapkan takziah dan juga tahniah kepada Barisan pimpinan Malysia yang terbaru. Semoga dengan mandat diberikan, tidak kira parti hendaklah dijalankan dengan jujur. Tiada lagi balak hilang, tiada lagi warga mongolia hilang dan tiada lagi enjin jet yang hilang. Maaf, cuma selingan gurauan.

Pelik.

Saya pelik apabila melihat salah sebuah parti yang memenangi majoriti parlimen kerap memainkan isu perkauman. Sudah menang, apa lagi yang dicari? Dicanangkan cina sangat pandai kerana berpegang pada satu parti sedangkan melayu berpecah pada banyak parti. Ini satu statement yang amat mendukacitakan sedangkan PRU sebelum ini mereka yang mendapat majoriti undi cina bertepuk gembira pula.

Sudah hilang sokongan baru melatah.

Dan, engkau yang bernaung dibawah nama pejuang agama, masih bersorak kemenangan dengan status sarkastik sedangkan apa yang dibuat kepimpinan kamu jelas menyalahi hukum Islam.

Renung kembali peristiwa hijrah, Nabi terus mempersaudarakan ansar dan muhajirin tanpa mengira kaum. Lalu berasaskan apa mereka dipersaudarakan? Tali Allah. Agama Allah. Islam. Secara automatik hubungan persaudaraan terus terjalin. Cumanya, kalau sahaja peristiwa persaudaraan muhajirin dan ansar ini berlaku antara kaum Melayu,India dan Cina mungkin baru mereka akan terima hujah ini,

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.(QS Ali-Imran:103)


Jelas perjuangan agama itu lebih utama dari perjuanagan bangsa. Kerana tiada bangsa yang mulia. Not even Arab. Orang Arab boleh makan rasuah, boleh minum arak,boleh bermaksiat. Melaytu juga begitu. Jadi jangan muliakan sangat bangsa kita. Jangan perjuangkan ia lebih dari agama.

Mungkin akan ada yang cakap, di Malaysia kita sebangsa dan seagama. Agama apa jikalau mengamalkan rasuah? Agama apa kalau ada Assabiah? Tidak kah anda sama dengan yang bukan muslim kalau begitu? Jadi lebih baik memilih bukan muslim tapi yang boleh memberi keadilan menurut Tahaluf Siyasi. 


Begitu juga apabila ada yang berkata, kenapa tidak bersama dengan agama yang sama dan bangsa yang sama? Gabungan kami dengan golongan yang bukan sebangsa dilihat lebih dapat menaikkan parti yang betul-betul perjuangkan Islam iaitu PAS. Kalau bergabung dengan satu lagi side yang ada banyak parti komponen, macam mana nak dapat majoriti dalam parlimen kalau PAS mencadangkan sesuatu perkara? 


Redha.

Bagi puak-puak sebegini saya sejujurnya paling mengecam tindakan menyuruh kami redha tanpa usul periksa. Kami dapat tangkap bangla yang tidak tahu lagu negaraku. Kami dapat tangkap peti undi yang ingin dibawa masuk. Ini lah yang kami tidak Redha!


Apakah kemungkaran depan mata anda akan berkata,


"Allah dah tentukan, redha sahajalah."


Lebih baik aku mencuri kemudian berkata Allah yang tentukan kerjaya aku ini.


Jelas kamu meletakkan kesalahan itu terhadap Allah pula. 


Puak-puak begini kebanyakannya disaluti nilai islamik yang masih nipis dan perlukan bimbingan (with all due respect) saya juga bukan orang yang hafal semua hadis dan saya bukan hafiz penghafal quran tapi saya lebih berhati-hati menggunakan hujah agama demi kepentingan apa-apa.


Jenis yang menyuruh kami redha ini adalah jenis yang tidak berusaha,tidak turun padang, tidak tahu bagaimana letihnya yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan misi mereka. Lalu disuruh redha diatas kemungkaran yang berlaku?


Kebodohan apa ini?



Pengajaran

Pengajaran yang saya dapat melalui peristiwa ini adalah kuasa tuhan, siapa yang mampu melawan? Berusahalah sekuat mana sekiranya dia tidak memberi, tidak akan jadi. Banyak ayat quran yang bolrh menyedapkan hati kita sebenarnya melalui peristiwa ini.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)


 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (albaqarah:216)

Lalu bila dikatakan perjuangan engkau itu benar, apa yang harus di lembikkan semangat itu?


Kesimpulan.

Saya cuba bersifat neutral untuk post kali ini tetapi apa yang saya dapat neutralkan hanyalah kesimpulan ini sahaja. 


Sejujurnya saya tidak bersetuju tidak kiralah dari parti manapun yang berkata "Bodoh lah pergi mengundi parti itu dan ini"


Mana pergi nilai demokrasi itu? Kalau sudah tahu mereka bodoh, tarik lah mereka. Kalau dah tarik tapi mereka degil, senyum dan doa. Konsep yang sama seperti dakwah.


Untuk peringatan terakhir, kepada kesemua pimpinan baru tidak kira parti, jalankanlah amanah kami. Tukarlah persepsi kami untuk tidak terus melawan lagi. Jangan pula ada konsert artis seksi di pusat pentadbiran negara yang gagal kami dirikan pondok tahfiz itu.


"Kami redha dengan kekalahan tapi tidak dengan penipuan."

Thursday, May 2, 2013

Artikel: Had?





Pagi tadi saya mengambil keputusan untuk membuang segala lemak yang dikumpul sewaktu minggu study week. Azam saya, dalam masa sebulan sebelum menjadi fasilitator adik-adik matrik selangor untuk ambilan tahun depan badan saya mesti dah ada shape ala-ala Tony Stark.

"Bersukan menyihatkan badan dan mencerdaskan minda"

Pernah dengar kenyataan begini? Bab menyihatkan badan tu saya cuma dapat menjelaskan secara teori. Dengan izin, sekiranya salah maka saya berharap pelajar jurusan sains boleh memperbetulkannya. Dalam bersukan, aktiviti apa juga yang kita lakukan boleh mengeluarkan peluh. Maka teori ini lah yang diguna pakai untuk menjadikan badan lebih sihat. Peluh yang keluar membawa segala toksin dalam badan turut keluar. Badan pun sihat!

Untuk minda yang cerdas, saya tidak dapat nak jelaskan secara teori tapi saya sendiri mengalaminya sewaktu berjogging sebentar tadi. Segala macam idea bentuk penulisan menghentam kepala otak saya. Malangnya, belum pernah orang berjogging bawa sekali buku nota dan pen untuk mencatit. Makanya,disini saya nak tulis satu pengajaran penting yang saya dapat dalam amalan berjogging tadi.

Langkah pertama.

Sebelum saya keluar pagar rumah sudah tentunya perlu saya meletakkan target larian saya kali ini. Sebagai seorang pelajar yang sudah satu semester meninggalkan amalan berjogging, maka saya tidaklah mahu mendabik dada, jadi saya tetapkan untuk sekurang-kurangnya 4 kilometer.

Cabaran.

Anda tengok lah cerita apa pun. Ironman,Spiderman atau semua filem marvels yang lain, semuanya akan ada cabaran untuk superhero yang ada kelebihan. Sebut sahaja dalam dunia ini, semuanya ada cabaran. Mana taknya, Orang yang beriman juga turut mempunyai cabaran.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [Al-ankabut:2]

Saya yang berkelebihan azam yang tinggi untuk tampil bergaya seperti Tony Stark dalam masa satu bulan juga turut menghadapi cabaran. Cabaran saya ialah putus asa.

Pilihan.

Dalam menghadapi cabaran, saya hanya mempunyai dua pilihan yakni teruskan atau putus asa. Jadi saya telah menetapkan satu peraturan yang amat penting.

1.Set up a limit
2.Push the limit
3.Repeat the second step.

Dengan peraturan ini, had 4 kilometer yang saya tetapkan awal sebelum memulakan langkahan jogging tersebut berjaya saya tambah. Dan akhirnya saya berjaya,

Gagal.

Okay yang ini tambahan. Saya berjaya menghabiskan larian tapi saya gagal mengelak mee goreng ayam masakan mak.

Kesimpulan.

Begitulah kehidupan yang kita lalui hari demi hari. Kita perlu mempunyai tujuan hidup atau matlamat. Kemudian work hard untuk mencapai matlamat tersebut kerana di bahagian tengah perjalanan sudah tentu adanya cabaran. Maka bila anda temui cabaran, berkatalah,

"Oh, dah setengah jalan. Ada setengah jalan lagi."

Kemudian yang paling penting adalah kegagalan. Melihat dari contoh saya yang gagal mengelak mee goreng tersebut juga boleh diambil sebagai satu pengajaran. Saya tak bunuh diri pun. Itu maksudnya gagal tidak salah. Yang salahnya gagal untuk mencuba.

Ayuh kita ubah mind set kita!
Ini kali lah!

Eh?

Tuesday, November 20, 2012

Artikel: Silap kita



Pernah atau tidak kita melakukan kesilapan dalam hidup kita? Pernah atau tidak kita dirotan kerana melakukan sesuatu kesalahan? Pernah atau tidak selepas keluar dari dewan peperiksaan kita teringat bahawa kita tersilap memilih jawapan? Pernah atau tidak?

Saya yakin kebanyakan dari kita pernah buat perkara diatas. Walaupun bukan semua perkara yang tertera tapi semua mesti pernah buat bukan? Jesteru, Saya akan menjelaskan kenapa semua ini berlaku. Jawapannya sangat mudah sebenarnya. Mungkin saya tidak akan mampu melekatkan jawapan ini ke minda anda berbanding senior saya yang berjaya menempek jawapan ini sekuat-kuatnya diminda saya. Mungkin cara menjelaskannya berbeza. Dia menggunakan face to face manakala saya menggunakan tulisan.

Berbalik kepada kesalahan, sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia untuk membuat kesalahan. Sebenarnya bagi saya, melakukan kesalahan bukan lah satu kesalahan tetapi mengulangi kesalahan barulah dipanggil kesalahan.

Dan bagi anda semua yang bernama manusia, saya berkata manusia kerana takut jika saya sebut Daie ramai tidak akan ambil port, ramai yang tak terasa walhal mereka semua adalah Daie. Sebagai seorang muslim tidak ada seorang pun yang terlepas daripada tanggungjawab sebagai Daie. Faham elok elok. Berbalik kepada poin untuk perenggan ini, kepada semua manusia yang bernama muslim, jika anda ternampak kesalahan orang lain jangan lah maki seperti syurga itu anda punya dan neraka itu dia punya.

"Don't judge the people by the beginning because what's really matter is the end."

Sudah menjadi lumrah untuk semua manusia melakukan kesilapan. Demi Allah saya pernah terkena beberapa teguran tetapi mempunyai beza yang besar antara teguran berilmu dengan teguran kosong mengikut pengalaman saya. Sejuk hati dan tidak terasa bila ditegur secara baik tetapi sebaliknya jika diherdik. Bukan sahaja pesalah, malah jika orang ketiga yang berada disitu pun akan marah.

Sebagai contoh,

Pelajar perempuan bertudung labuh melakukan perkara tidak senonoh. Jangan terus berkata dia akan memalukan nama agama. Saya rasa anda yang akan menjatuhkan agama kerana mungkin si pesalah akan rasa untuk lakukan kerja itu, dia perlu berubah sepenuhnya. Jadi, dari bertudung labuh terus tidak bertudung. Disini saya tidak tahu nak salahkan siapa. Anda tahu?

Ya, betul. Kesalahan bukan untuk dimarah tapi untuk diperbaiki. Adakah layak untuk kita menasihati seseorang sekiranya kita tidak melakukan apa yang kita nasihat? Ya. Anda layak sebagai Daie.

Adakah anda layak untuk memarahi seseorang sedangkan diri sendiri tidak menutup aurat dengan betul lalu anda menyalahkan beliau menjatuhkan dan memalukan orang yang bertudung labuh? Tidak layak.

Dua perkara berbeza. Layak kerana nasihat, tidak layak kerana marah. Hadamkan ini dalam minda.

Maka saya ingin tegaskan kesalahan itu lumrah. Jangan pandang pelik. Kalau nak pandang pelik, pandanglah orang yang tak makan nasihat. Tetapi terserah untuk anda menilai. Anda boleh untuk terus marah JIKA semua soalan diatas yang saya berikan pada perenggan pertama anda tidak pernah lakukan.

Persoalannya,

Kenapa kita semua melakukan kesilapan? Sedangkan kita sudah berdoa, berusaha dan sebagainya? Jawapannya mudah.

"Kita mungkin silap, tapi Allah tak pernah silap"

Sunday, November 18, 2012

Artikel: Apa bezanya Allah dahulu dengan Allah sekarang?





"Di amerika kalau seekor anjing mati dibakar,seluruh dunia kecoh anggap ia zalim,sedangkan di palestin baby muslim,saudara saudari muslim,ibu muslim,ayah muslim dibunuh sewenang-wenangnya tidak ada yang hiraukan?" 
-As-Syeikh al-Mufti al-Qari Maulana Salleh damat barakatuhu-

Note: Satu masa dulu,darah muslim adalah semahal-mahal darah,maruah muslim adalah semahal-mahal maruah,jiwa muslim adalah semahal-mahal jiwa,tapi kini,muslim lebih murah nilainya daripada seekor anjing di amerika.  
Apa beza muslim dulu dengan muslim sekarang? Apa beza allah dulu dengan allah sekarang? Kenapa umat dulu diberi 'izzah(kemuliaan) dan tidak pada umat hari ini? 
Jawapannya cukup cukup cukup mudah. Kerana muslim di zaman dulu mereka,
 MENJAGA AGAMA MEREKA,MEREKA PENUHKAN MASJID 5 WAKTU,MEREKA BERTEBARAN KE SELURUH DUNIA UNTUK SEBARKAN AGAMA,MEREKA MENJAGA BATAS PERGAULAN,MEREKA MENJAGA AURAT DENGAN TELITI,MEREKA MEWAJIBKAN DIRI MEREKA AMALAN-A
MALAN SUNAT,MEREKA MENINGGALKAN YANG MAKRUH JAUH SEKALI YANG HARAM,MEREKA MENJADI KEKASIH ALLAH,DAN APABILA MEREKA MENJADI KEKASIH ALLAH,MAKA SELURUH LANGIT,BUMI,HAIWAN,PLANET,MATAHARI TELAH TUNDUK PADA MEREKA.

Berbeza dengan kita hari ini yang solat 5 waktu pun tak jaga,jauh sekali solat sunat,quran pun tak reti baca jauh sekali nak khatamkannya tiap minggu,jantan betina bercampur disana sini bahkan daam majlis agama sekali mereka bercampur seperti kandang binatang,aurat tidak dijaga,mungkin mereka menutup aurat tapi tidak menjaganya dengan menjadi model murahan di fb tanpa apa-apa bayaran,jantan betina dimana-mana berpegangan tangan menempah neraka,zina menjadi biasa,amalan sunnah dianggap adat,golongan agama dicela,maka mereka menjadi musuh Allah! 

Maka apabila mereka menjadi musuh allah, seluruh langit,bumi,binatang,planet,matahari,malaikat hinakan kita,lalu nilai muslim yang mulanya semulia-mulia makhluk telah menjadi lebih hina daripada anjing.

Sekarang lihat diri sendiri(termasuk aku) apakah kita sekarang ni menjadi kekasih allah atau musuh allah?
 
Hari ini kita sedih dengan saudara palestin dibunuh kafirin zionist,tapi hakikatnya zionist menghantar mereka ke syurga,wallahi mat rempit yang mati di tengah jalan sambil dipeluk betina haramnya lebih aku tangisi daripada umat palestin dibunuh kerana umat palestin mati masuk syurga,sedangkan mat rempit tadi masuk neraka.

"Belum sampaikah masanya kalian menjadikan islam sebagai sebenar-benar agama kalian?"

Friday, November 16, 2012

Artikel: Kekeliruan Boikot.






Assalamualaikum w.b.t

Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).

Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.

Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.

Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.

Wednesday, November 14, 2012

Artikel: Awal muharram, dimana pengakhirannya?





Maal Hijrah, tertutuplah buku amalan kita tahun lepas dan dibukakan buku baru untuk amalan tahun yang mendatang bermula hari ini. Jadi dimanakah pengakhirannya? Adakah benda sama berlaku berulang kali dalam kehidupan kita? Jika begitu eloklah kita panggil Maal Hijrah ini sebuah program yang direka khas untuk umat islam sambut. Betul?

Saya tidak mahu menyentuh banyak tentang perkara ini, apa yang saya hendak tekankan kali ini adalah berdasarkan satu soalan yang ingin saya berikan.

Adakah wajar semut diseberang sungai yang kemungkinan tiada pun wujud kita pandang sedangkan bapa kepada gajah yang bertenggek dihadapan mata kita lupa nak usha?

Dapat tak? Baiklah, mungkin otak kita dah terlalu tepu dengan gangnam style, artis barat, dan macam- macam sehingga peribahasa kaum sendiri pun lupa. Ya, saya target orang melayu untuk naik angin. Tapi bukan untuk cari gaduh. Kerana kebiasaannya orang melayu, melakukan sesuatu amalan mengikut adat. Bukan agama.

Saya bukan nak pergi terlalu kasar tapi saya cuma nak cakap yang melayu macam ni gila! Ya, anda gila!

 Ilmu tanpa amal adalah gila
-Imam Ghazali-

Faham atau pun tidak kata-kata Imam Ghazali ni? Baik, saya akan terangkan. Kebanyakan yang saya nampak melayu dan Islam sudah pun berpengetahuan tentang hukum-hukum basic. Bagaimana solat, bagaimana tutup aurat, bagaimana puasa. Betul? Tapi sebab itu lah anda gila! Anda tahu tapi buat-buat tak tahu. Ya, Gila!

Exactly, Saya sering melihat fenomena mengikut keadaan semasa. Bila bulan puasa, terawih 20 rakaat sanggup datang. Bila dah habis bulan ramadhan, solat fardhu tak nampak batang hidung dah. Mana yang wajib? Terawih atau Fardhu? Berkaitan dengan hari ini, sungguhlah saya hargai kepada siapa yang post doa awal tahun sambil letak caption,

"Jangan lupa baca doa akhir tahun eh?"

Bertemankan profile picture yang lentok menggedik. Maaflah perempuan, kali ini specific untuk anda. Mana yang wajib sebenarnya? Untuk pengetahuan, doa itu tidak wajib dan tidak juga sunat. Hukumnya harus. Terlalu jauh dari hukum wajib menutup aurat. Saya tidak kisah lah anda photoholic ke, gila camera ke, apa ke, tapi kalau dah rasa lawa sangat, tengok cermin sudah lah. Dari kecil lahir islam pun masih buat bodoh tentang aurat kecil. Saya kelaskan aurat kecil sebagai lengan,kaki dan dada. Sebab mostly orang islam melayu pakai tudung kononnya dah menutup aurat. Kalau islam tidak ajarkan saya beradab maka saya ludah sedas dua untuk orang macam ni. 

Bagi yang menutup aurat sempurna diluar pula, sayang lah. Senang betul kalah dengan orang bukan islam. Mereka cipta facebook,twitter,instagram,blog dan sebagainya bukan sahaja dapat profit, malahan umat islam sendiri hancur. Lebur! Mostly juga dikalangan wanita. Luar dah cantik baju kurung, masuk je laman sosial,

"Peduli apa aku, lengan je pun, asalkan dapat banyak like. Hewhew"

Buat malu islam, buat malu melayu. Kononnya Imam Mahdi akan muncul di belah Asia, tapi Asia sudah hancur lebur. Saya tidak haramkan apa yang harus. Kalau anda cakap begitu saya ingin bertanya dimanakah part yang saya haramkan doa tersebut? Begini contoh termudah,

Bila saya kawin, saya tidak suka bau durian. Maka saya tidak beri isteri saya makan durian dirumah. Jadi isteri harus pilih kemahuan dia atau kasih suami. Ya! ayat yang sesuai adalah "PRIORITY"

Sebab itu kita kena faham yang Islam bukan untuk melayu sahaja. Kerana orang yang tak amalkan hukum islam mereka kekal melayu tapi tidak islam. Melayu islam atas nama. Amatlah memalukan.

Mana perginya semangat kamu? Mana perginya post post islamik kamu? Dunia modern buat saya tergelak. Terlalu mudah.  Jumpa quote islamik. Haa amek, click, copy. Tepek kat blog, tepek kat facebook, tepek kat tumblr! Dan kemudian berkatalah beliau, Puas! Aku dah berjaya berubah!



Lagi buat saya sakit hati melihat mereka melibatkan ibu bapa mereka. Ya! Sedar atau tidak dosa anda melibatkan ibu bapa anda juga. Sayang tahi kucing! Bawa ke neraka boleh picnic ke? Buat apa minta mereka panjang umur? Untuk tambah seksa mereka? Gila! 





Akhir kata dari saya, jangan keliru dengan adat dan hukum. Jangan keliru dengan wajib dan sunat/harus. Ya sahabat! PRIORITY oh PRIORITY! 


    

Sunday, November 11, 2012

Artikel: Cara perlahan membuka auratmu





1. Menghilangkan hijab (penutup).

Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

 2. Membuka bahagian tangan.

Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, "Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung." Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, "Tidak mengapa kan..?"

 3. Membuka leher dan dada.

Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, "Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja." Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

4. Berpakaian tetapi bertelanjang.

Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, "Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang." Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

5. Membuka sedikit.

Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, "Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa." Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.

6. Membuka telapak kaki dan tumit.

Syaitan berbisik lagi, "Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan." Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

7. Membuka separuh betis.

Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, "Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja." Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

8. Membuka seluruh betis.

 Wanita ada terfikir, "Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?" Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, "Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman." Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

9. Serba mini.

Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, "Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan." Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

10. Hampir semua terbuka.

Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, "Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu." Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

Saturday, October 6, 2012

Artikel: Terperangkap dalam sistem



Sistem pembelajaran yang diguna pakai oleh kementerian bertujuan untuk membangunkan modal insan? Mungkin benar, tapi ada perkara yang ditinggalkan oleh mereka.

Agama.
Ya, kementerian telah terlupa satu perkara yang penting dalan sistem pembelajaran mereka yang dicanang-canang mampu membentuk modal insn. Sistem sedia ada yang hanya mengetengahkan agama didalam kelas semata dan berjuan untuk peperiksaan sudah lapuk ditelan zaman.

Kini, Islam amat memerlukan pelapis-pelapis muda untuk bangkit dan terus berjuang. Mahukah kita pabila kafir datang berperang tiada siapa yang akan membela nasib saudara mu, nasib ibumu, nasib kakak mu, dan nasib adikmu kerana kurangnya cinta terhadap agama?

Dalam konteks perubahan, saya kira para guru dan pensyarah perlu di'brainwash' terlebih dahulu kerana kebanyakan aktiviti yang dibawa di dalam sekolah mahupun kolej adalah datang dari mereka sendiri.

Ini termasuklah dalam batas pergaulan. "Kalau macam tu baik tukar semua sekolah di malaysia jadi sekolah agama"

Bukan itu yang saya perjuangkan tapi nak buat sekolah apapun, Kluster, bestari, SBP, buatlah yang penting agama jangan letak belakang. Tapi kalau nak buat semua jadi sekolah agama pun apa salahnya.

Sebagai contoh, apabila ada aktiviti yang akan melibatkan semua pelajar seharusnya guru mengasingkan kedudukan mreka diantara lelaki dan perempuan.

Elakkan adanya aktiviti menari dan menyanyi atau persembahan dari pelajar perempuan kerana adakah guru dan pensyarah suka kalau isteri anda menari dihadapan lelaki lain? Maka kalau anda tidak suka, begitu juga bakal suami mereka.

Sudahlah masuk sekolah dan matrik tanpa pengetahuan agama yang mencukupi, bila masuk pula makin hancur dikerjakan oleh sistem pengajian begini.

Kalau pensyarah atau guru gian sangat ingin menari, bawa sajalah pelajar perempuan dalam satu bilik tertutup yang jauh dari lelaki. Nak menari tanpa baju pun boleh kerana aurat antara wanita itu hanya dari pusat ke lutut.

Kolej dan sekolah adalah untuk mencipta manusia bijak, bukan membangun manusia yang rosak.




Friday, October 5, 2012

Artikel: Berat sangat ke?


Kerana syurga itu terlalu mahal lah, maka kita tidak boleh menjadi yang terlalu murah untuk mendapatkannya. Kita perlu memaksimumkan usaha untuk itu. Kuat menghadapi segalanya yang menentang.

Tapi kita lembik,
Lawan suara bisikan pun tak mampu inikan pula nak berperang menegakkan agama Allah.

Apa yang saya cuba sampaikan dalam artikel kali ini adalah kuat manakah kita? melawan musuh yang nyata. Sebelum bercita-cita untuk berperang menegakkan agama Allah?

"Syaitan musuh durjana"

Dia hanya menggunakan kaedah bisikan berbanding tentera di Israel dan puak Syiah di Syria yang menggunakan senjata moden yang boleh meletupkan tubuh kita sekelip mata.

Musuh jenis ini yang kita nak lawan?

Balik awal sajalah kalau sehalus-halus bisikan pun kita tidak mampu untuk melawan.

Berapa ramai yang mampu solat subuh berjemaah di surau atau masjid berhampiran? Jawab!

Ini adalah kemenangan syaitan yang pertama pada setiap hari-hari anda. Maka bila awal pagi lagi syaitan dah menang, rosaklah hari kita di waktu tengahari, petang dan malam. Pada yang mampu bangkit dikala waktu lain untuk berjuang semula saya ucapkan tahniah kerana tidak semua akan berjaya sekiranya kita melambat-lambatkan solat subuh.

"Kerana membiasakan diri melewatkan solat subuh itu satu pembunuhan terhadap hari anda"

-Hilal Asyraf-

Kita punya lah beria angkat berat, senaman, jogging nak dapatkan badan ala ala pemain gusti tapi realitinya kita lembik macam pondan. Kenapa? Kerana selemah lemah halangan yakni bisikan pun kita tewas.

Saya percaya, ramai diantara kita yang mengunci jam untuk solat subuh. Untuk bangun awal. Tapi ramai juga yang akan menghayunkan tangannya mematikan bunyi alarm yang dikuncinya sendiri.

Niat sudah ada, tapi semangatnya mana?

Sebagaimana yang saya beritahu kerana syurga itu terlalu mahal, maka kita perlu membelinya dengan usaha yang mahal juga lah.

Ini lah yang dikatakan ujian. Sentiasalah terapkan dalam diri soalan ini.

"Aku nak ikut syaitan ke ikut islam?"

Kalau terlintas soalan ini pasti kita tak akan lemah dan teragak lagi untuk menentang si durjana ini!

Sunday, September 16, 2012

Artikel: Walimatul urus Ashraff Nazrin Style.


Assalamualaikum w.b.t


Seperti yang saya janjikan pada post yang sebelum ini, saya akan menulis tentang walimatul urus cara yang saya akan pilih. Kenapa? Bukan nya saya menggatal ke apa cuma saya dah ada prinsip saya selepas membuat kaji selidik tentang walimatul urus yang terbaik.

Senang cerita abaikan tajuk post ni dan cuma ambil ibrah tentang bagaimana walimatul urus itu sepatutnya dijalankan dengan cara yang terbaik.

Mula-mula,walimah itu terbahagi dua..

1) Walimatul 'uqud: walimah yang dilakukan selepas akad nikah.
  -Akan dilakukan di rumah pihak perempuan selepas diakadnikahkan oleh bapa beliau.

2) Walimatul 'urus: walimah yang dilakukan selepas pengantin 'bersama'.(guruku berkata sebaik-baiknya 7 hari selepas bersama)
-Akan dilakukan di rumah saya selepas seminggu honeymoon.

Kad kahwin

Hanya nama saya sahaja disebut tanpa menyebut nama pengantin perempuan kerana bagi seorang bidadari,bukan hanya diri,bahkan kasut,bayang-bayang,nama,suara juga adalah 'aurat'.

Ketika majlis:

Dua khemah disediakan:-

Satu khemah tertutup dengan kain untuk wanita sahaja.(dilekatkan poster besar tertulis 'khemah wanita,lelaki DILARANG MASUK) dan dalam khemah,ada ibuku yang menyambut kaum ibu dan sekalian kaum hawa.

Satu khemah lagi open-air untuk lelaki dan di luar khemah ada bapaku dan diriku untuk menyambut tetamu lelaki.

Kehadiran rombongan pengantin perempuan,semuanya menutup aurat dengan SEMPURNA dan maksud SEMPURNA itu ialah:

Pakai jubah hitam tanpa bunga dan manik dan kainnya tebal agar tidak kelihatan bahagian dalam bila berada di bawah sinar matahari.(tapi bahagian dalam,pakai baju pengantin yakni baju yang cantik,bila sampai rumah,dalam bilik,baju luar boleh dibuka kerana tujuan baju hitam agar tidak dilihat lelaki bukannya bermakna islam haramkan perhiasan,islam haramkan berhias untuk suami orang lain dan lelaki asing sahaja)
Memakai sarung tangan hitam tanpa manik dan bunga.
Pakai stokin hitam tanpa bunga dan hiasan.

Ketika walimah: 
Lelaki makan dan beramah mesra bersama tuan rumah dan pengantin lelaki manakala perempuan lakukan ia bersama ibu pengantin lelaki,pengantin perempuan terus diam di bilik pengantin dan tiada keluar dari bilik sampai majlis berakhir(sebaiknya bilik pengantin tu ada bilik air untuk mudah pengantin ke tandas dan berwudhuk untuk solat) dan hanya diziarahi pengunjung wanita.

Kamera

Diharamkan sekeras kerasnya walaupun makcik-makcik sendiri(agar gambarnya tidak tersebar dikalangan lelaki bukan mahram seperti suami makcik kita dan sepupu)
Disebabkan ini lah post saya sebelum inimengatakan pentingnya seorang suami untuk mengetahui ilmu fotografi.

Persekitaran walimah yang mana jika ia ada,haram kita memenuhi jemputannya:

-Diharamkan pisahkan makanan mengikut darjat,contohnya khususkan makanan untuk orang kaya.
-Diharamkan walimah yang dihiasi gambar makhluk bernyawa(walaupun di atas tanah).
-Diharamkan acara tari menari lain jantina.
-Diharamkan sejenis acara pelawak pentas yang melakukan jenaka secara dusta.
-Diharamkan makanan yang haram seperti arak walaupun kita tidak berniat untuk minum ia.

Ketika waktu solat: pengantin lelaki dan perempuan akan terus bersiap untuk solat dan dakwahkan tetamu kepada solat dan kepentingan solat berjemaah kerana walimah yang menyebabkan kelalaian dalam solat adalah walimah yang fasad,fasiq,majlis maksiat dan dalam kemurkaan Allah.

Jadi ini adalah walimah yang mungkin akan saya lakukan sekiranya ada rezeki. Sama ada anda mahu ikut atau tidak itu hak anda tapi saya telah jelaskan sejelas jelasnya. Ada yang berani nak reserve saya dah? *angkat angkat kening*

Maka suka saya tinggalkan satu soalan untuk pembaca, berapa banyak kah walimah yang fasiq di Malaysia ini?

Saturday, July 21, 2012

Artikel: Objektif hidup

kita adalah harapan ummah .. ^^
Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,
maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak,
maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak,
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak,
maka pertahankanlah Islam dimata dunia

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta.

Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak,
maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya.

Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas.. :)

------------------------

Hidup adalah perjuangan, dimana hadiahnya berada di akhirat.
Jadilah manusia yang mensyukuri nikmat Allah.
Jangan hanya menghabiskan oksigen diberi.

Semoga Allah Redha.