Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Cerpen: Siapa lebih kejam?





Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah,lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu.Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang paling kejam”

Tidak berpuashati,lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu,merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata;
“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum.Dia menjawab,
“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”


Perempuan itu umpama Palestin.

Lelaki pertama ialah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula umpama Ummat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat sambil makan mekdi.

Sunday, January 20, 2013

Cerpen: How much?


Seorang peniaga sedang menyiapkan booth perniagaannya di salah sebuah shopping complex terkenal di ibu kota sebelum dia membuka untuk jualan.

Seperti biasa, mereka yang terdiri daripada isteri, dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan akan bersedia sebelum shopping complex tersebut dibuka.

Anak lelakinya menjaga bahagian makanan ringan sementara anak perempuannya berada di bahagian kaunter prmbayarab.

Si peniaga dan isterinya masing masing menjaga di bahagian air minuman.

Mereka terus asyik dengan memanggil pelanggan supaya membeli jualan mereka.

"Beli bang, 3 seringgit"

Jerit anak lelakinya. Walaupun dalam keadaan mempunyai komitmen di sekolah, anaknya tetap membantu.

Mereka asyik dengan menjual dan mempromosi sehingga larut malam. Sedar tak sedar sudah hampir pukul 11 dan bermakna mereka perlu tutup jualan mereka.

Mereka menutup barangan jualan mereka dengan plastik lutsinar sebagai tanda kedai ditutup. Sambil mereka sekeluarga mengemas apa yang perlu.

Dan tiba lah seorang pelancong asing bersama seorang wanita yang mungkin isterinya.

"Excuse me, I want to buy this. How much?"

Si peniaga dan isteri terdiam. Walaupun memahami tetapi mereka tidak tahu untuk menjawab menggunakan bahasa inggeris.

Mujur, anak lelakinya boleh berbahasa inggeris.

"I'm sorry sir. But we're close. That's why we cover it with the plastic"

Mat saleh tersebut tersenyum sambil menjawab.

"Ouh, how about that? You don't cover it. Can I have that?"

Sambil menunjuk ke arah anak perempuannya.

Satu keluarga mereka tercengang dan terserentak.

"Don't worry. Just kidding. You better make sure your daughter is covered by something because you know.. It makes we think you open"

"Assalamualaikum"

Mat saleh mengenyit sebelah mata ke arah si peniaga dan beredar.

"Walaikum.. Salam."

Friday, November 16, 2012

Cerpen: Kumpulan cerita Israel







*****

Anak: Ayah, tadi adik jumpa poster ni dekat sekolah.

Ayah: Poster apa?

Anak: Ni haa, bagus tau. Yuran dia RM 30 je sebulan.

Ayah: Ouh, tak payah lah.

Anak: Alaa, kenapa?

Ayah: Ayah kata tak boleh, maksudnya tak boleh lah.

Anak: Tapi kan dapat pahala ikut sunnah?

Ayah: Pahala apanya? Dosa lagi ada.

Anak: Adik belum pernah lagi jumpa kitab atau ulama yang kata dosa.

Ayah: Haram.

Anak: Tapi kenapa?

Ayah: Tuuu. (Sambil menunjukkan sesuatu di poster berkenaan.)

"Kelas berenang. RM30 sahaja. Berpakaian renang adalah wajib."

Ayah: Berenang tu tak haram, yang haramnya pakai baju renang yang ketat dan tak menutup aurat.

Woha!

*****

Amin : weh, sebab apa kita boikot mcd? Bukan haram pun. =.=!

Haziq : Sebab apa kita boikot? Sebab kita nak makan mcd lah. Apa lagi, hehe ;)

Amin : Apa kau merepek ni?

Haziq : Macam ni, kita boikot sbb dia bagi bantuan kat israel. Bukan sebab dia haram dimakan. Bila mana kta boikot, kurang orang yang pergi Mcd. Jadi Mcd ambil tindakan untuk tidak salurkan duit kat israel. Masa tu, kita boleh makan kat Mcd. Yang kita boikot sbb mcd banyak bagi saluran dan bantuan kat Israel. Kalau dia berhenti bagi bantuan, kita makanlah puas-puas. Okay? Set?

Amin : Ohhh. Baru aku paham. Burger tu tak haram, yang haramnya kita bantu diorang perang orang Islam. Hehe. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Haha. Terbaik lah!!

*****

Untuk mereka yang berkata, Boikot ini tak ada hasil pun. Terlalu kecil!

Maka saya jawab, "Saya ada usaha dan Allah tengok yang itu. Anda?"

Untuk mereka yang berkata, Alah, boikot je. Benda lain kena buat jugak, Solat, Puasa. Aurat.

Maka saya jawab, "Terlalu betul! Tapi saya tidak pernah kata untuk tingalkan itu semua. Lakukannya serentak!"



Kalau orang nak komen negatif, orang komen juga kan?

Sebagai contoh,

Jika ditulis "Saya sayang Allah".
Orang akan komen, "Sayang Allah je? Nabi tak sayang ke? Macam anti hadith je."
Dan sebaliknya.

Jika ditulis, "Saya sayang isteri."
Orang akan komen, "Sayang isteri je? Mak tak sayang ke?"

Dan sebaliknya.

Jika ditulis, "Saya nak jadi baik."
Orang akan komen, "Tak payah beritahu di FB ni. Cakap saja tak guna."

Kita memang tidak akan mampu memuaskan hati manusia.
Justeru usah peduli dengan kata-kata manusia.
Bukan manusia yang menentukan syurga atau neraka..

Sunday, November 11, 2012

Cerpen: Sepi (Ep 3)





*****

30 Jun 2001.

Mata adam masih mengekalkan posisinya ke sesuatu tempat yang sama bermula dari kira-kira mereka duduk di kerusi restoran mewah itu sehinggalah sekarang. Reaksi anggota badan lain bermula. "Chain reaction". Mulut Adam mula tertarik lebar menandakan senyuman bakal tiba lalu muncul lah dua lesung pipit dari seorang lelaki berkulit hitam manis.

"Abang ni kenapa? Malu Atul orang lain tengok."

Bermulalah satu perbualan setelah lama mereka membisu. 

"Malam ini kan dinner special, abang dah rancang lama tau tak. Hehe."

Adam jelas terasa bahagia apabila malam yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Setahun yang lalu, makan malam yang hampir pasti tidak mampu ditunaikan oleh seorang usahawan yang baru bermula telah dirancang rapi oleh Adam. Walaupun jelas, poketnya kosong dan hanya cukup untuk bersedehana tetapi beliau berusaha untuk menjadikannya realiti. Akhirnya, makan malam sempena ulang tahun perkahwinan diterjemahkan dengan modal dan semangat yang tinggi dari seorang suami bernama Adam.

"Abang buat semua ni membazir lah, abang suka ke kawan dengan syaitan? Nanti Allah marah. Hehe."

Rabiatul bercakap seolah-olah sedang mendidik seorang anak kecil sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Adam.

"Eh, abang bukan budak kecil lagi lah. Ini bukan membazir, ini namanya menghargai amanah Allah."

Adam menjawab sambil tersenyum.

"Tapi kan kita boleh sambut sederhana je?"

Rabiatul menyoal kembali.

"Alaa, ini once in a year. Apa salahnya. Tadaaaa! I got a suprise for you!"

Adam mengubah suasana memujuk ke suasana yang lebih ceria sambil menghulurkan kotak yang dibalut sendiri olehnya.

"Hikhik"

Rabiatul tersenyum sendirian.

"Kenapa?"

"Sekarang saya tahu kenapa masa birthday ayah, abang suruh saya yang balut hadiah"

Adam tersengih lalu menyuruh isteri kesayangannya membuka balutan hadiahnya yang tidak berapa cantik.

"Pandai lah awak ni, cepatlah bukak, penat tau balut ni sorok-sorok dari awak."

"Abangggg, ini semua hasil tulisan saya masa muda-muda. Mana abang dapat ni?"

"Suprise :)"

Masih terkejut dengan hadiah itu, Rabiatul mempamerkan senyuman.

"I also got a suprise for you."

*****

"Sorry bos, saya tak dapat nak tarik tender untuk kita."

Keluh Rabiatul.

"Tak apalah, saya tengok awak macam tak kena je masa present tadi. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Eh, takpelah bos. Saya sihat insyaAllah."

Rabiatul segera ke tempat duduknya lalu membuka lacinya seperti mencari-cari sesuatu.

"Kau cari apa tu Atul,"

"Astaghfirullahalazim, Minnnnnn, Bagi lah salam dulu kalau ye pun. Terkejut aku tau tak? Aku cari panadol lah, kepala aku pening semacam."

Rabiatul menjelaskan sambil dahinya berkerut menahan kesakitan.

"Aku ada, satgi aku ambilkan. Kau ni okay ke tak? dah dua tiga hari aku tengok kau macam ni. Present tadi pun lalok je aku tengok. Dah pergi klinik?"

"Ehhh, tak payah. Aku pening biasa je kot."

"Aku bagi kau panadol ni, kau kena ikut aku pergi klinik lepas ni. Aku tak faham kenapa lah kau takut sangat nak pergi klinik"

Rabiatul termenung seketika sambil teragak-agak untuk mengambil panadol yang dihulur rakan baik yang dikenalinya semenjak sekolah menengah dahulu.

"Tahniah Puan Rabiatul, anda hamil 3 bulan" Ujar seorang doktor dari klinik swasta yang dikunjungi oleh mereka.

Rabiatul tersenyum sambil melurut dadanya yang berdebar semenjak awal ke klinik.

"Min, Jangan bagitau Adam eh? Aku nak buat suprise. Hehe."

*****

Ayah: Adam, tolong ayah kemas stor kat blakang rumah tu boleh tak?

Adam: Boleh ayah, sekejap nak basuh tangan.

Adam meluru ke sinki dapur untuk membasuh tangannya yang kotor dengan minyak hitam daripada rantai basikal tua di rumah mertuanya itu.

"Sayang, tengok tu."

Adam menunjuk ke sesuatu tempat lalu Rabiatu menoleh kembali.

"Tak ada apa pu...."

Adam menyapu minyak hitam yang ada dijarinya ke pipi zaujahnya lalu lari sambil ketawa tanda suka mengenakan isterinya itu.

Ayah: Hamboi, mentang-mentang baru kawin seronok betul ayah tengok.

Adam: Tak de lah ayah, maklumlah ini lah namanya cinta selepas nikah. Semua benda first time. Hehe.

Ayah: Tau punn. Dah, meh tolong ayah angkat peti ni. Banyak barang nak dibuang.

Adam: Kenapa ayah nak buang? Biar je lah kat stor ni, nama pun stor.

Ayah: Ayah takut je, bukan apa, dulu masa mak si Atul tu ada dia lah kemas semua ni.

Adam: Oooo, jangan risau lah ayah, lepasni kalau kami balik kami tolong lah apa yang patut.

Ayah: Eleh, cakap pengantin baru memang macam tu. Tengok la lepasni. Maklumlah, semuanya first time.

Suara ketawa mereka memenuhi segala pelusuk stor itu.

Ayah: Kau tengok ni, dulu ni lah hobi lama dia.

Adam: Tulisan siapa ni ayah?

Ayah: Bini kau lah, dulu ayah sorok benda ni. Dia kata nak jadi penulis buku, tapi sampai tak buat homework. Tu lah ayah sorok sampai terlupa nak pulang.

Adam: Walaupun agak susah nak baca, tapi boleh tahan lah idea dia.

Ayah: Banyak yang kau kena korek dari dia, jangan harapkan ayah je. Haha. Lagi satu, kalau dia nampak sakit, jangan ajak dia pergi klinik, ajak dia pergi tempat lain baru bawak pergi klinik. Sebab dia takut jumpa doktor. Dari kecik.

Adam: Haha, jangan risau ayah, lagi banyak kena korek, lagi itu bahagia cinta selepas nikah.

*****

15 Ogos 2004

Rabiatul menyambut kepulangan suaminya yang baru pulang dari kerja dihadapan pintu rumah mereka. Beg laptop yang dipegang Adam terus diambil oleh isterinya membuatkan Adam ingin berterima kasih kepada emaknya yang mengaturkan pernikahan mereka. Tetapi dia sedar, bahawa itu semua dengan izin Allah.

"Atul buat air kejap tau abang"

Adam mencampakkan dirinya ke atas sofa hitam yang empuk sambil merenung ke kaca tv yang menayangkan cerita kartun.

Adam tersenyum memikirkan perangai isterinya yang masih kebudak-budakkan. 

"Mia senyap je, rindu pulak kat intan permata sorang ni. Hehe"

Sebelum Rabiatul menghulurkan gelas yang berisi air itu kepada suaminya lantas dia berkata,

"Abang suruh lah Mia buat air"

"Ehhh, awak ni. Jeles dengan anak yang kecil tak tahu apa. Haha."

"Dah abang cakap Mia tu intan permata abang sorang je."

Begitu lah, sifat keanak-anakkan yang ada pada seorang wanita bergelar isteri kepada Adam. Namun itu lebih membuatkan Adam sering tersnyum dan bahagia.

Sambil memicit kepala Adam yang baru pulang dari kerja,

"Atul nak tanya boleh?"

"Tanya apa? berdebar lah pulak. Hehe."

Adam dengan perangainya yang kurang serius terhadap sesuatu menjawab selamba.

"Masa dinner haritu, mana abang dapat karya lama saya tu? Lama saya cari."

"Ouh, ingat tak masa kita kemas rumah ayah, masa tu abang tolong ayah kat stor, dia bagi abang. Hehe, lagi satu dia bagitau yang bini abang ni takut jumpa doktor."

Adam menjelaskan sambil mentertawakan isterinya.

"Eleh, sekarang dah tak takut dah."

"Kenapa?"

"Kan saya ada abang. Hehe."

"Pandai lah isteri abang sorang ni."

Adam membalas sambil memicit hidung isterinya yang mancung lalu tertutuplah mata isterinya yang sepet itu kerana menahan kesakitan. Begitulah kehidupan seharian sepasang suami isteri yang memulakan langkah cinta mereka setelah bernikah.

"Atul, dulu suka tulis cerita. Sekarang tulis satu ayat manis untuk suami boleh?"

"Why so suddenly. Mana boleh nak brainstorm otak yang dah lama stop."

Adam tersenyum sambil menjawab,

"Kalau Atul boleh buat, abang bagi izin Atul tulis buku lepasni."

"Tak aci, abang pandai ugut. Okay, sabar sat naa, Atul pi amek kertas dengan pen"

And all I feel in my stomach is butterflies,
The beautiful kind,
Making up for lost time,
Taking flight,
Making me feels right.

"Tuuu diaa, Haha. Boleh dipertimbangkan."

Adam membaca sambil tersengih.

"Atul, abang nak tanya pulak."

"Apa dia?"

"Kenapa terima abang?"

Giliran Atul melemparkan senyumannya lalu menjawab,

"Because you saw me when I was invisible."



*****

For, Sepi chapter one and two please click on the link below just in case this is your first time read this short story. Thankyou :)


  



Tuesday, October 16, 2012

Cerpen: Sunnah


Fatin: Abang, potong lah janggut tu. Nampak selekeh.
Naz: Ini sunnah lah sayang.

Fatin: Kenapa pakai jubah singkat? Tak smart lah abang ni.
Naz: Sunnah nabi pakai atas buku lali.

Fatin: Kenapa abang make up ni? Buang tebiat ke?
Naz: Ini celak lah sayang, sunnah nabi.

Fatin: Lambatnya abang makan. Cepatlah, nak basuh pinggan ni.
Naz: Kejap lah, sunnah nabi kan kunyah 40 kali.

Fatin: Yang abang wangi-wangi ni nak ke surau ke menggatal?
Naz: Ish awak ni, kan sunnah nabi pakai wangian sebelum solat.

Naz: Sayang, abang ada hajat sikit nak cakap ni.
Fatin: Kenape pulak ni? abang sihat?
Naz: Sihat je. Hurm.
Fatin: Kalau sihat ape masalahnya?
Naz: Abang nak kahwin lain boleh?
Fatin: ABANGGGG! Jangan cari nahas!
Naz: Tapi ini kan sunnah.
Fatin: Banyak lah abang punya sunnah, banyak lagi sunnah lain abang ade ke nak buat? Yang ni jugak abang nak buat.
Naz: (facepalm)

Monday, October 15, 2012

Cerpen: Respek



Ali: Weh, dik. Tolong aku masak maggi.
Abu: Baik bang.

Ali: Weh budak, tolong aku iron baju.
Abu: Baik bang.

Ali: Weh bu, tolong urut belakang aku jap.
Abu: Okay bang.

Ali: Masa inspection nanti jangan lupa kemas dorm, aku nak study jap. Kalau warden tanya cakap aku ade kelas.
Abu: Okay bang.

Ali: Aku nak kau basuh sampai bersih baju ni. Kalau tak, siap kau.
Abu: Err, okayy.

Ali: Tolong aku ambil barang kat dorm sebelah jap.

Allahuakbar! Allahuakbar!

Azan asar berkumandang.

Abu: Lepasni saya buat bang, saya solat dulu.
Ali: Alah, kejap je. amek lah barang tu dulu.
Abu: Tapi dah azan.
Ali: Hoi, aku senior kau. Kau patut respek.
Abu: Kalau abang suruh buat apa pun saya boleh buat. tapi jangan buang respek saya pada tuhan saya.

Ali:...

Abu: Orang selalu cakap kalau nak orang respek kita kita kena respek diorang. Bagi saya tidak, Respek tuhan saya dan saya akan respek anda. Dan lagi satu, Ada beza senior dengan tuhan. Ingat tu.

Ali: ...

Monday, October 8, 2012

Cerpen: Siapa dia




Najwa: Bencinya aku dengan dia!!!

Najwa menggenggam kedua belah tangannya menandalan betapa tahap kemarahannya memuncak.

Ain: Kau ni kenapa? Tiba tiba nak mengamuk.

Najwa: Cuba kau tengok tu.

Najwa menunjuk ke arah sesuatu dengan memuncungkan bibirnya.

Ain: Sulaiman? Hensem macam selalu. Hehe. Kenapa?

Sengaja Ain menyelitkan usikan kepada teman baiknya.

Najwa: Nanti kau pulak aku debik

Ain: Wowowoww, Rileks lah. Aku gurau je pun. Kenapa kau ni?

Najwa: Aku bukan nak mengata, dia memang baik tapi

Ain: Haa! kalau baik apa masalahnya?

Ain menyampuk kerana dia memang terkenal dengan sikapnya yang ridak sabar.

Najwa: Ishh, sabarlah. Aku tak habis cakap lagi.

Ain: Hehe. okayy teruskan. Sorry.

Najwa: Bila tengok facebook,twitter dia banyak posting pasal agama. Bila sembang dengan aku pun ada cerita pasal aurat.

Ain: So mana yang tak kenanya?

Najwa: Kan aku dah tunjuk tu. Asyek berkepit dengan perempuan je. Pegi sana dengan perempuan tu, pegi sini pun sama.

Ain: Ooo, Kau tahu satu tak?

Najwa: Apa?

Ain: Tahu tak perempuan tu sebenarnya makcik dia.

Najwa: Mustahil lah!

Ain: Betul, Ayah perempuan tu datuk saudara si Sulaiman.

Najwa: ...

Ain: And lagi satu, kalau pun dia bukan makcik Sulaiman, tak salah pun kita ambil apa yang sulaiman cakap or post dekat laman sosial tu. Kalau dia buat benda tak elok, itu antara dia dengan Allah. Kalau kita nak buat sesuatu bukan perli atau kutuk tapi nasihat. Jangan asyik nak tengok siapa dia yang tegur kita. Nak tunggu orang takde dosa tegur memang sampai kita mati tak datang orang macam tu.

Najwa: ....

Monday, September 17, 2012

Cerpen: Sepi (Ep 2)






*****

"Mia, abi nak pergi toilet sekejap tau? Mia tunggu sini and jangan pergi mana-mana."

Perkataan itu bermain di minda Adam setiap saat dan membuatkan jantungnya bertambah resah serta seolah-olah dia menyesal. 

Adam meluru kepada security guard pusat beli belah berhampiran.

"Tuan ada nampak budak kecil tinggi macam ni, baju merah dan tudung merah tak?"

Adam bertanya sambil menunjukkan isyarat tangan untuk menunjukkan ketinggian Mia kepada security guard tersebut.

Malangnya jawapan yang diharapkan Adam tidak terkeluar dari mulut lelaki tersebut sebaliknya hanya gelengan kepala yang dapat diekspresikan oleh pengawal itu.

Adam tidak berputus asa dan meneruskan pencarian sambil matanya sibuk melilau melihat kiranya ada kelibat anak kesayangannya itu.

Matanya mula bersinar seperti ada kristal putih di dalamnya menunjukkan ada tanda-tanda yang matanya akan mengalirkan sejenis cecair yang biasa di alirkan oleh manusia sekiranya mereka sedih, takut dan marah.

"Ya Allah, ampunkan aku kerana gagal menjaga amanah mu Ya Allah"

Adam menadah tangannya sambil berdoa diiringi keresahan di dalam hatinya.

"Mia?"

Satu perkataan yang keluar dari mulut adam apabila terlihat kelibat seorang anak kecil yang duduk di tengah-tengah laluan pejalan kaki seperti sedang mengutip sesuatu.

"Apa Mia buat kat sini? Kan Abi suruh tunggu kat sana?"

Adam tegas sambil besyukur kerana menemui anaknya kembali sambil melihat seorang wanita yang terduduk kesakitan di sebelah Mia.

"Mia tolong mak cik ni kutip duit dia. Mia terlanggar dia, kesian dia abi."

Jawab Mia yang telah dididik dengan baik oleh Adam untuk menghormati orang yang lebih tua.

"Mak cik okay? Jom saya hantar pegi klinik."

Adam menawarkan kesudian untuk membantu.

"Mak cik terseliuh sikit je. Nanti okay lah ni."

"Tapi kaki makcik bengkak ni."

Adam terus membawa wanita tersebut ke klinik.

"Okay, boleh saya mintak IC?"

Adam bertanya sopan terhadap wanita tersebut sambil dia dihulurkan sekeping kad yang bewarna biru itu.

"Ani Binti Khalid"

Adam membaca di dalam hatinya.

*****


Seperti biasa Adam akan membantu Mak cik Ani yang sudah dianggap sebagai seorang ibu untuk menyediakan makan malam. Selama ketiadaan Adam yang bekerja di siang hari, Mak cik Ani lah yang akan menguruskan keperluan Mia di rumah.

"Mia, meh tolong abi dengan makcik nak?"

Adam bertanya lembut sambil tangannya tidak duduk diam menghias masakannya. 

"Kalau ye pun suka menghias, tak kan lah makanan pun nak hias? Nanti masuk perut jugak"

Mak cik Ani mengusik kerana dia sedia tahu bahawa Adam seorang lelaki yang suka akan kecantikan.

"Mesti lah, ini masakan saya buat pertama kali dalam berapa bulan. Dah lama rasanya tak masak. Orang kata biar tak sedap tapi nampak cantik. Hehe"

Balas Adam.

"Abi, Mia lapar. Bila boleh makan ni?"

Mak cik Ani dan Adam tergelak melihat muka Mia yang murung tidak tahan kelaparan.

"Okay sayang, jom makan. Hehe. Sorry."

"Dah besar dah Mia sekarang ni kan Adam?"

Mak cik Ani memulakan bicara tetapi matanya jauh merenung ke mata Mia seolah-olah memikirkan sesuatu yang sangat terkesan dalam hatinya.

"Mak cik banyak terhutang budi dengan kamu Adam. Dulu mak cik jual kerepek je."

Adam tersenyum sambil menjawab,

"Sebab tu lah saya bagi mak cik tempat tinggal dan kerja untuk jaga budak nakal seorang ni, Hehe. Jadi kita seri lah kan?

"Abi! Mana ada Mia nakal."

Suasana riuh rendah dengan ketawa memenuhi ruang makan mereka.

*****

Adam mengenakan tali lehernya kemas sehingga ke atas. Dia memulakan lengkah keluar dari biliknya untuk keluar bekerja pada hari Sabtu.

"Eh, kenapa anak abi masam je ni?"

Adam bertanya setelah terlihat anaknya yang terbaring di ruang tamu.

"Mia bosan lah duduk rumah."

"Lah, kenapa bosan pulak? Mak cik Ani kan ada?"

Adam membalas.

"Mia nak ikut abi, kan patutnya hari Sabtu abi kena bawak Mia pergi taman?"

Adam tersenyum kerana terlupa.

"Oh, yag itu, Hehe. Minggu depan kita pergi sebab hari ni abi ada meeting. Sorry sayang."

Mia masih masam.

"Tak boleh ke bawak dia Adam? Kesian Mak cik tengok."

Mak cik Ani menyampuk kerana sedih melihat Mia yang kebosanan.

"Boleh tu memang lah boleh, tapi nanti dalam office siapa nak jaga dia?"

"Mia janji Mia duduk diam diam dalam bilik abi. Mia janji Mia tak keluar dari bilik Abi."

Mia terus bangun sambil menyengetkan kepalanya ke kanan mengharapkan Adam akan cair dengan pujukannya.

"Tengok tu, pandai pujuk abi. Hehe. Okay lah, pergi siap cepat. Abi bagi masa 5 minit je."

Mia terus berlari bersemangat kerana dapat mengikut bapanya ke pejabat sekaligus menghilangkan bosannya di rumah.

*****

Selesai meeting, Adam dan rakan kongsinya tidak meninggalkan bilik mesyuarat itu serta merta tetapi mereka bersembang dahulu seperti kebiasaannya.

Adam: Bagus kau punya presentation hari ni, confirm dapat punya lah tender ni.

Naufal: Mana ada, macam biasa lah. Kalau dapat pun sebab kau yang tarik costumer ni.

Adam: Haha, ada ada je kau ni. Jom aku belanja minum?

Naufal: Tak pe lah, aku dah kenyang. Aku nak cakap sikit dengan kau ni.

Adam: Eh, sejak bila kau pandai tolak rezeki ni? Haha. Kenapa ni? Serious semacam je bunyi?

Naufal: Tak de lah, aku tengok anak kau tu perlukan perhatian.

Adam: Maksud kau?

Naufal: Mesti dia yang nak ikut kau datang kan? Bukan kau yang ajak kan?

Adam: Dah tu kenapa?

Naufal: Maksudnya dia perlukan parents dia untuk beri perhatian kat dia. Aku rasa kau patut kawin lain.

Adam: Kau gila fal? Kau lah kawan baik aku dari kecik sampai lah sekarang. Kau pun tau kan?

Naufal: Aku bukan apa, kesian tengok Mia tu je.

Adam: Kau pun tau macam mana aku setia dengan Atul kan? Macam mana gilanya aku dulu kan?

*****

Adam berjalan perlahan sambil matanya khusyuk memerhati dan mencari buku yang bertajuk "Agenda Yahudi"

Langkahnya perlahan digerakkan sambil tanggannya melurut setiap buku yang ada di rak bagi memastikan matanya tidak terlepas pandang buku yang dicarinya.

"Umi, kakak tak pape. Ada kawan yang teman."

Satu suara menjelma dari rak buku yang ada di belakang Adam. Ingin sahaja Adam menoleh kebelakang untuk melihat siapakah empunya suara yang lunak itu.

"Tak pe umi, duit haritu pun cukup lagi. Bagi lah kat adik."

Wanita itu terus bercakap menggunakan telefon bimbitnya.

Terdetik di dalam hati Adam, 

" Siapa dia ni? Sedapnya suara. MasyaAllah, godaan."

Adam terus menundukkan pandangan dan melawan kekuatan lehernya yang ingin dia menoleh kan mukanya kebelakang.

"Lepasni umi tak perlu risau, duit biasiswa tu boleh tanggung kakak. Umi guna duit umi untuk adik punya sekolah pulak tau? Assalamualaikum Umi."

"Anak solehah rupanya."

Adam terus berpura-pura menyibukkan diri mencari buku untuk tidak tertewas atas godaan nafsunya. Dia tahu mungkin pandangannya akan merosakkan hatinya.

"Eh, tengok ni. Jeles tak? Ada nama aku. Hehe."

"Eleh, dah itu memang nama tokoh wanita zaman dahulu. Kebetulan je dengan nama kau."

Kedengaran seperti mereka bergurau sebelum suara mereka makin senyap dan membisu.

Adam sempat menoleh melihat daripada belakang seorang wanita betudung labuh meletakkan sebuah buku ke rak dan yang paling akhir meninggalkan tempat tersebut daripada rakan rakannya yang lain.

Walaupun hampa tapi Adam besyukur kerana dapat menjaga pandangannya.

"Siapa dia?"

Adam terfikir sambil terpandang sebuah novel islamik yang baru diletakkan wanita itu tadi.

"Rabiatul Adawiyah."

"Pap, pap, pap"

Petikan jari dihadapan muka Adam mengejutkannya dari lamunannya.

"Kau berangan apa? Haha."

Tanya Naufal.

"Aku terfikir macam mana aku jatuh cinta dengan Atul dulu. Hehe. Maaflah Fal, aku tak kan kawin lain."

 *****

Here's the  link for the other chapter.

Sepi (EP 1)

Sepi (EP 3)

Sunday, September 2, 2012

Cerpen: Sepi (Ep 1)





*****

"R.a.b.i.a.t.u.l. A.d.a.w.i.y.a.h"

Petah kanak-kanak kecil berusia lima tahun sedang belajar mengeja. Bertemankan bapanya, Mia Aliyah tekun melihat buku tanpa mempedulikan ayahnya yang tersengih melihat gelagatnya.

"Abi, comel kan nama mama?"

Dengan suara serak-serak basah Mia bertanya kepada ayahnya.

"Mesti lah, tapi muka mama lagi comel tau? Hehe."

Adam tersengih sambil menggosok rambut Mia yang lurus. 

"Abi ni, habis rosak rambut Mia tau? Tak nak kawan abi."

Sememangnya Mia amat pantang sesiapa sahaja yang mengusik rambutnya kecuali dia dan ibunya yang selalu menyikat rambutnya dari kecil.

"Alololo, tak comelnya anak abi merajuk. Panjangnya muncung. Okay okay abi mintak maaf."

Begitulah naluri kebapaan yang ada pada Adam. Pandai memujuk dan Mia mendapat kasih sayang darinya tanpa kurang sedikit pun.

Mia terus melompat ke belakang Adam sambil memeluk erat.

"Abi bawak Mia pusing pusing dulu baru Mia maafkan."

Begitulah seharian mereka bermain dan membuatkan Mia menjadi rapat dan manja dengan ayahnya yang begitu mengambil berat tantang anaknya. Bagi Adam, Mia lah satu satunya harta yang dia miliki.

Setelah mengelilingi ruang tamu untuk beberapa kali, Adam menurunkan Mia.

"Okay tuan puteri, abi dah penat. Sudikah tuan puteri maafkan abi?"

Tanya Adam sambil begurau,

"Hmph, okay tapi abi janji jangan buat lagi."

Mia memandang tepat ke mata ayahnya sambil memicit hidung Adam.

"InsyaAllah abi tak buat lagi. Hehe, Dah lewat ni jom masuk tidur."

Adam mendukung Mia ke bilik tidurnya lalu meletakkanya di atas katil.

"Selamat malam sayang"

Adam mencium dahi permata kecil kesayangannya itu.

*****

"Assalamualaikum abi,"

Mia mencium ke dua belah pipi dan tangan ayahnya sebelum turun dari kereta untuk melangkah ke tadika Abim. Tempat pembelajaran yang dipilih sendiri oleh ibunya. 

"Waalaikumsalam. Mia jangan lupa tau, abi ambil pukul 12 nanti. Tak perlu naik van."

"Okay abi". Mia tersnyum menampakkan lesung pipit mirip wajah ibunya. 

"Subhanallah, cantiknya anak abi ni. Hehe"

Mia menjelirkan lidahnya sambil terus berlari teruja ke pintu pagar tadikanya.

Pembelajaran bermula dengan mengenal huruf jawi. Sedia maklum Mia seorang pelajar yang digemari ustazah dan juga cukup disenangi pelajar lain. Apa sahaja soalan diberi, pasti nama Mia akan terpacul dari mulut ustazah untuk menjawab soalan tersebut.

Jarum menunjukkan pukul 11:30 pagi. Kini masa bercerita yang dikendalikan oleh Ustazah Heliza yang dikenali dengan panggilan Kak Liza buat pelajar kerana beliau masih muda. Sepatutnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa tetapi bertekad untuk mengajar di tadika kerana kekurangan dari segi kewangan.

Kisah hari ini adalah tentang Siti Aminah, ibu kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.a.w.

Setelah tamat menceritakan tentang kisah tersebut, Kak Liza bertanyakan soalan secara santai kepada muridnya. Rutin harian mereka sementara menunggu waktu pulang.

"Berapa ramai yang setiap malam dia cakap 'I love You' kat mak dia?"

Tanya ustazah muda berumur 20 tahun itu kepada semua pelajarnya. Maka kesemua pelajar disitu mengangkat tangan tanda mengaku kecuali seorang.

"Mia, kenapa tak angkat tangan?"

Mia hanya menggelengkan kepalanya yang tertunduk.

*****

"Mana abi ni, kata nak ambil Mia. Hmph."

Mia termenung keseorangan di atas buaian yang disediakan pihak tadikanya.

"Betul Mia tak naik van harini?"

Tanya pak cik Ali yang mengambil upah sebagai pemandu van untuk budak tadika.

"Betul pak cik, abi kata die nak ambil Mia pagi tadi."

"Okay, pak cik gerak dulu tau."

Van Nissan itu menyusur laju kehadapan meninggalkan Mia seorang.

"Eh, Mia tak balik ke?" Tanya satu suara yang keluar dari mulut Kak Liza.

"Mia tunggu Abi, pagi tadi dia cakap nak ambil."

Keluh Mia dengan muka masam. 

"Eh, abi lambat sikit kot. Jangan lah masam, dah tak cantik macam selalu dah. Hehe."

Kak Liza cuba mengambil hati Mia yang kebosanan menunggu ayahnya yang tidak kunjung tiba.

"Mia, kalau Kak Liza tanya sikit boleh tak?" Ujar Kak Liza sambil tunduk melihat wajah Mia.

"Boleh, Kak Liza ni macam serious je. Abi kata, jangan selalu serious nanti cepat tua. Hehe." Balas Mia dengan kepetahan yang diwarisi dari ibunya.

"Hehe, pandai nya dia bercakap, takde. Cuma nak tanya kenapa Mia tak angkat tangan tadi?"

"Ouh, sebab Mia tak selalu pun cakap dengan mama 'i love you' setiap malam. Kadang-kadang je." Balas Mia.

"Eh, tipulah Mia yang baik ni tak cakap macam tu. Hehe" Kak Liza mengusik sambil mencubit pipi Mia yang putih gebu.

"Pon! Pon!"

"Haa! tu pun abi! Nak kena ni."

"Mia balik dulu tau Kak Liza, terima kasih temankan Mia. Assalamualaikum"

Mia mencium tangan gurunya dan terus berlari mendapatkan kereta ayahnya.

*****

"Mia nak makan kat mana tengahari ni, Mia cakap je, Abi belanja. Hehe." 

Mia hanya mendiamkan diri sambil membaca buku cerita yang dipinjam dari Kak Liza. 

"Eh, kenapa diam je ni? Tak nak makan ke?" Adam bertanya kepada anak kesayangannya itu.

"Mia tak nak cakap dengan abi, abi janji pukul 12 tapi 12 setengah baru sampai." Mia menjawab sambil memeluk tubuhnya dengan muncung dimulut hampir 3 cm.

"Oooo, anak abi merajuk lah ni? Ehh, kata tak nak cakap dengan abi tapi kenapa bagitahu jugak? Hehe." Adam mengusik anaknya dengan gurauan manja.

"Eeeee, abi ni selalu kacau Mia nak merajuk" Mia mencubit tangan kiri Adam yang sedang memegang tombol gear kereta.

"Hehe, abi tau lah macam mana nak pujuk anak abi sendiri yang merajuk ni."

"Tak kira, harini Mia nak makan banyak-banyak biar abi bayar semua. Padan muka abi." Mia menggertak ayahnya kerana makan hati dengan ayahnya yang datang menjemput lambat.

"Eh, Mia larat ke nak makan banyak-banyak? badan pun macam lidi je. Hehe." Adam mengejek.

"Biar lah, kalau tak habis pun abi kena bayar jugak. Padan Muka." Mia memuncungkan bibirnya semakin panjang dari tadi.

"Ooo, anak abi tak takut?"

"Kenapa? tak kan lah waiter tu nak marah Mia yang comel ni."

"Memanglah, tapi nanti Mia kawan dengan syaitan sebab membazir, dan Allah yang marah."

Begitulah cara Adam mendidik anaknya yang seorang itu. Berharap bakal menjadi seorang muslimah yang berjaya di dunia dan diakhirat. Jika ada kesempatan dalam berdialog antara mereka, pasti Adam akan menyelit sedikit pengajaran buat Anaknya.

"Alaaa, abi selalu menang. Hmph, takpelah. Tak jadi merajuk."

"Kebenaran selalu menang. Ingat tu. Hehe."

*****

"Assalamualaikum cikgu."

Kelihatan Adam sedang bercakap di telefon bimbitnya.

"Harini mungkin Mia lambat sikit, ada masalah nak kena selesaikan. Minta maaf ye"

Adam menjelaskan kepada guru tadika Mia tentang kelewatan mereka.

"Mia, dah la tu, nanti ustazah marah kita lambat. Lagipun mesti kawan Mia tengah tunggu nak main dengan Mia kat sana tu kan?"

Adam seolah-olah sedang memujuk anaknya.

Mia yang berkeras duduk di hadapan pintu rumah tidak mahu bangun.

"Kenapa ni Adam? Selalu elok je dia ceria setiap pagi?" Kata tanya yang keluar dari mulut jirannya yang tinggal bersebelahan dalam satu kondominium yang sama dengan mereka.

"Dia bangun lewat tadi, jadi dia tak berjemaah dengan saya untuk subuh macam selalu." Jawab Adam ringkas.

"MashaAllah, kamu beruntung Adam. Jaga lah dia elok-elok. Doakan anak kami yang bakal dilahirkan sama seperti anak kamu."

"InsyaAllah, mulalah didikan sejak dari dalam perut lagi. Itu yang saya belajarlah." Adam memberi nasihat setakat apa yang termampu.

"Baiklah. Tu, pujuklah dia elok-elok, InsyaAllah budak baik macam ni kalau kena gayanya mesti lembut juga akhirnya. Pak cik pergi dulu, Assalamualaikum."

Jirannya masuk ke dalam lif meninggalkan mereka berdua.

"Mia, nak tahu satu perkara tak?" Adam menyusun ayat untuk memujuk puteri lilinnya yang sedang merajuk.

Mia memalingkan muka ke arah Adam seperti berminat mendengar pujukan ayahnya itu.

"Sebesar mana pun dosa kita, besar lagi keampunan Allah. Mia jangan risau, Kalau Mia sedih sebab Allah, mesti Allah kasihankan Mia. Dah, jom?"

Adam menghulurkan tangannya untuk memimpin Mia.

*****

Here's the link for the other chapter.