Monday, September 17, 2012

Cerpen: Sepi (Ep 2)






*****

"Mia, abi nak pergi toilet sekejap tau? Mia tunggu sini and jangan pergi mana-mana."

Perkataan itu bermain di minda Adam setiap saat dan membuatkan jantungnya bertambah resah serta seolah-olah dia menyesal. 

Adam meluru kepada security guard pusat beli belah berhampiran.

"Tuan ada nampak budak kecil tinggi macam ni, baju merah dan tudung merah tak?"

Adam bertanya sambil menunjukkan isyarat tangan untuk menunjukkan ketinggian Mia kepada security guard tersebut.

Malangnya jawapan yang diharapkan Adam tidak terkeluar dari mulut lelaki tersebut sebaliknya hanya gelengan kepala yang dapat diekspresikan oleh pengawal itu.

Adam tidak berputus asa dan meneruskan pencarian sambil matanya sibuk melilau melihat kiranya ada kelibat anak kesayangannya itu.

Matanya mula bersinar seperti ada kristal putih di dalamnya menunjukkan ada tanda-tanda yang matanya akan mengalirkan sejenis cecair yang biasa di alirkan oleh manusia sekiranya mereka sedih, takut dan marah.

"Ya Allah, ampunkan aku kerana gagal menjaga amanah mu Ya Allah"

Adam menadah tangannya sambil berdoa diiringi keresahan di dalam hatinya.

"Mia?"

Satu perkataan yang keluar dari mulut adam apabila terlihat kelibat seorang anak kecil yang duduk di tengah-tengah laluan pejalan kaki seperti sedang mengutip sesuatu.

"Apa Mia buat kat sini? Kan Abi suruh tunggu kat sana?"

Adam tegas sambil besyukur kerana menemui anaknya kembali sambil melihat seorang wanita yang terduduk kesakitan di sebelah Mia.

"Mia tolong mak cik ni kutip duit dia. Mia terlanggar dia, kesian dia abi."

Jawab Mia yang telah dididik dengan baik oleh Adam untuk menghormati orang yang lebih tua.

"Mak cik okay? Jom saya hantar pegi klinik."

Adam menawarkan kesudian untuk membantu.

"Mak cik terseliuh sikit je. Nanti okay lah ni."

"Tapi kaki makcik bengkak ni."

Adam terus membawa wanita tersebut ke klinik.

"Okay, boleh saya mintak IC?"

Adam bertanya sopan terhadap wanita tersebut sambil dia dihulurkan sekeping kad yang bewarna biru itu.

"Ani Binti Khalid"

Adam membaca di dalam hatinya.

*****


Seperti biasa Adam akan membantu Mak cik Ani yang sudah dianggap sebagai seorang ibu untuk menyediakan makan malam. Selama ketiadaan Adam yang bekerja di siang hari, Mak cik Ani lah yang akan menguruskan keperluan Mia di rumah.

"Mia, meh tolong abi dengan makcik nak?"

Adam bertanya lembut sambil tangannya tidak duduk diam menghias masakannya. 

"Kalau ye pun suka menghias, tak kan lah makanan pun nak hias? Nanti masuk perut jugak"

Mak cik Ani mengusik kerana dia sedia tahu bahawa Adam seorang lelaki yang suka akan kecantikan.

"Mesti lah, ini masakan saya buat pertama kali dalam berapa bulan. Dah lama rasanya tak masak. Orang kata biar tak sedap tapi nampak cantik. Hehe"

Balas Adam.

"Abi, Mia lapar. Bila boleh makan ni?"

Mak cik Ani dan Adam tergelak melihat muka Mia yang murung tidak tahan kelaparan.

"Okay sayang, jom makan. Hehe. Sorry."

"Dah besar dah Mia sekarang ni kan Adam?"

Mak cik Ani memulakan bicara tetapi matanya jauh merenung ke mata Mia seolah-olah memikirkan sesuatu yang sangat terkesan dalam hatinya.

"Mak cik banyak terhutang budi dengan kamu Adam. Dulu mak cik jual kerepek je."

Adam tersenyum sambil menjawab,

"Sebab tu lah saya bagi mak cik tempat tinggal dan kerja untuk jaga budak nakal seorang ni, Hehe. Jadi kita seri lah kan?

"Abi! Mana ada Mia nakal."

Suasana riuh rendah dengan ketawa memenuhi ruang makan mereka.

*****

Adam mengenakan tali lehernya kemas sehingga ke atas. Dia memulakan lengkah keluar dari biliknya untuk keluar bekerja pada hari Sabtu.

"Eh, kenapa anak abi masam je ni?"

Adam bertanya setelah terlihat anaknya yang terbaring di ruang tamu.

"Mia bosan lah duduk rumah."

"Lah, kenapa bosan pulak? Mak cik Ani kan ada?"

Adam membalas.

"Mia nak ikut abi, kan patutnya hari Sabtu abi kena bawak Mia pergi taman?"

Adam tersenyum kerana terlupa.

"Oh, yag itu, Hehe. Minggu depan kita pergi sebab hari ni abi ada meeting. Sorry sayang."

Mia masih masam.

"Tak boleh ke bawak dia Adam? Kesian Mak cik tengok."

Mak cik Ani menyampuk kerana sedih melihat Mia yang kebosanan.

"Boleh tu memang lah boleh, tapi nanti dalam office siapa nak jaga dia?"

"Mia janji Mia duduk diam diam dalam bilik abi. Mia janji Mia tak keluar dari bilik Abi."

Mia terus bangun sambil menyengetkan kepalanya ke kanan mengharapkan Adam akan cair dengan pujukannya.

"Tengok tu, pandai pujuk abi. Hehe. Okay lah, pergi siap cepat. Abi bagi masa 5 minit je."

Mia terus berlari bersemangat kerana dapat mengikut bapanya ke pejabat sekaligus menghilangkan bosannya di rumah.

*****

Selesai meeting, Adam dan rakan kongsinya tidak meninggalkan bilik mesyuarat itu serta merta tetapi mereka bersembang dahulu seperti kebiasaannya.

Adam: Bagus kau punya presentation hari ni, confirm dapat punya lah tender ni.

Naufal: Mana ada, macam biasa lah. Kalau dapat pun sebab kau yang tarik costumer ni.

Adam: Haha, ada ada je kau ni. Jom aku belanja minum?

Naufal: Tak pe lah, aku dah kenyang. Aku nak cakap sikit dengan kau ni.

Adam: Eh, sejak bila kau pandai tolak rezeki ni? Haha. Kenapa ni? Serious semacam je bunyi?

Naufal: Tak de lah, aku tengok anak kau tu perlukan perhatian.

Adam: Maksud kau?

Naufal: Mesti dia yang nak ikut kau datang kan? Bukan kau yang ajak kan?

Adam: Dah tu kenapa?

Naufal: Maksudnya dia perlukan parents dia untuk beri perhatian kat dia. Aku rasa kau patut kawin lain.

Adam: Kau gila fal? Kau lah kawan baik aku dari kecik sampai lah sekarang. Kau pun tau kan?

Naufal: Aku bukan apa, kesian tengok Mia tu je.

Adam: Kau pun tau macam mana aku setia dengan Atul kan? Macam mana gilanya aku dulu kan?

*****

Adam berjalan perlahan sambil matanya khusyuk memerhati dan mencari buku yang bertajuk "Agenda Yahudi"

Langkahnya perlahan digerakkan sambil tanggannya melurut setiap buku yang ada di rak bagi memastikan matanya tidak terlepas pandang buku yang dicarinya.

"Umi, kakak tak pape. Ada kawan yang teman."

Satu suara menjelma dari rak buku yang ada di belakang Adam. Ingin sahaja Adam menoleh kebelakang untuk melihat siapakah empunya suara yang lunak itu.

"Tak pe umi, duit haritu pun cukup lagi. Bagi lah kat adik."

Wanita itu terus bercakap menggunakan telefon bimbitnya.

Terdetik di dalam hati Adam, 

" Siapa dia ni? Sedapnya suara. MasyaAllah, godaan."

Adam terus menundukkan pandangan dan melawan kekuatan lehernya yang ingin dia menoleh kan mukanya kebelakang.

"Lepasni umi tak perlu risau, duit biasiswa tu boleh tanggung kakak. Umi guna duit umi untuk adik punya sekolah pulak tau? Assalamualaikum Umi."

"Anak solehah rupanya."

Adam terus berpura-pura menyibukkan diri mencari buku untuk tidak tertewas atas godaan nafsunya. Dia tahu mungkin pandangannya akan merosakkan hatinya.

"Eh, tengok ni. Jeles tak? Ada nama aku. Hehe."

"Eleh, dah itu memang nama tokoh wanita zaman dahulu. Kebetulan je dengan nama kau."

Kedengaran seperti mereka bergurau sebelum suara mereka makin senyap dan membisu.

Adam sempat menoleh melihat daripada belakang seorang wanita betudung labuh meletakkan sebuah buku ke rak dan yang paling akhir meninggalkan tempat tersebut daripada rakan rakannya yang lain.

Walaupun hampa tapi Adam besyukur kerana dapat menjaga pandangannya.

"Siapa dia?"

Adam terfikir sambil terpandang sebuah novel islamik yang baru diletakkan wanita itu tadi.

"Rabiatul Adawiyah."

"Pap, pap, pap"

Petikan jari dihadapan muka Adam mengejutkannya dari lamunannya.

"Kau berangan apa? Haha."

Tanya Naufal.

"Aku terfikir macam mana aku jatuh cinta dengan Atul dulu. Hehe. Maaflah Fal, aku tak kan kawin lain."

 *****

Here's the  link for the other chapter.

Sepi (EP 1)

Sepi (EP 3)

No comments:

Post a Comment