Sunday, September 2, 2012

Cerpen: Sepi (Ep 1)





*****

"R.a.b.i.a.t.u.l. A.d.a.w.i.y.a.h"

Petah kanak-kanak kecil berusia lima tahun sedang belajar mengeja. Bertemankan bapanya, Mia Aliyah tekun melihat buku tanpa mempedulikan ayahnya yang tersengih melihat gelagatnya.

"Abi, comel kan nama mama?"

Dengan suara serak-serak basah Mia bertanya kepada ayahnya.

"Mesti lah, tapi muka mama lagi comel tau? Hehe."

Adam tersengih sambil menggosok rambut Mia yang lurus. 

"Abi ni, habis rosak rambut Mia tau? Tak nak kawan abi."

Sememangnya Mia amat pantang sesiapa sahaja yang mengusik rambutnya kecuali dia dan ibunya yang selalu menyikat rambutnya dari kecil.

"Alololo, tak comelnya anak abi merajuk. Panjangnya muncung. Okay okay abi mintak maaf."

Begitulah naluri kebapaan yang ada pada Adam. Pandai memujuk dan Mia mendapat kasih sayang darinya tanpa kurang sedikit pun.

Mia terus melompat ke belakang Adam sambil memeluk erat.

"Abi bawak Mia pusing pusing dulu baru Mia maafkan."

Begitulah seharian mereka bermain dan membuatkan Mia menjadi rapat dan manja dengan ayahnya yang begitu mengambil berat tantang anaknya. Bagi Adam, Mia lah satu satunya harta yang dia miliki.

Setelah mengelilingi ruang tamu untuk beberapa kali, Adam menurunkan Mia.

"Okay tuan puteri, abi dah penat. Sudikah tuan puteri maafkan abi?"

Tanya Adam sambil begurau,

"Hmph, okay tapi abi janji jangan buat lagi."

Mia memandang tepat ke mata ayahnya sambil memicit hidung Adam.

"InsyaAllah abi tak buat lagi. Hehe, Dah lewat ni jom masuk tidur."

Adam mendukung Mia ke bilik tidurnya lalu meletakkanya di atas katil.

"Selamat malam sayang"

Adam mencium dahi permata kecil kesayangannya itu.

*****

"Assalamualaikum abi,"

Mia mencium ke dua belah pipi dan tangan ayahnya sebelum turun dari kereta untuk melangkah ke tadika Abim. Tempat pembelajaran yang dipilih sendiri oleh ibunya. 

"Waalaikumsalam. Mia jangan lupa tau, abi ambil pukul 12 nanti. Tak perlu naik van."

"Okay abi". Mia tersnyum menampakkan lesung pipit mirip wajah ibunya. 

"Subhanallah, cantiknya anak abi ni. Hehe"

Mia menjelirkan lidahnya sambil terus berlari teruja ke pintu pagar tadikanya.

Pembelajaran bermula dengan mengenal huruf jawi. Sedia maklum Mia seorang pelajar yang digemari ustazah dan juga cukup disenangi pelajar lain. Apa sahaja soalan diberi, pasti nama Mia akan terpacul dari mulut ustazah untuk menjawab soalan tersebut.

Jarum menunjukkan pukul 11:30 pagi. Kini masa bercerita yang dikendalikan oleh Ustazah Heliza yang dikenali dengan panggilan Kak Liza buat pelajar kerana beliau masih muda. Sepatutnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa tetapi bertekad untuk mengajar di tadika kerana kekurangan dari segi kewangan.

Kisah hari ini adalah tentang Siti Aminah, ibu kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.a.w.

Setelah tamat menceritakan tentang kisah tersebut, Kak Liza bertanyakan soalan secara santai kepada muridnya. Rutin harian mereka sementara menunggu waktu pulang.

"Berapa ramai yang setiap malam dia cakap 'I love You' kat mak dia?"

Tanya ustazah muda berumur 20 tahun itu kepada semua pelajarnya. Maka kesemua pelajar disitu mengangkat tangan tanda mengaku kecuali seorang.

"Mia, kenapa tak angkat tangan?"

Mia hanya menggelengkan kepalanya yang tertunduk.

*****

"Mana abi ni, kata nak ambil Mia. Hmph."

Mia termenung keseorangan di atas buaian yang disediakan pihak tadikanya.

"Betul Mia tak naik van harini?"

Tanya pak cik Ali yang mengambil upah sebagai pemandu van untuk budak tadika.

"Betul pak cik, abi kata die nak ambil Mia pagi tadi."

"Okay, pak cik gerak dulu tau."

Van Nissan itu menyusur laju kehadapan meninggalkan Mia seorang.

"Eh, Mia tak balik ke?" Tanya satu suara yang keluar dari mulut Kak Liza.

"Mia tunggu Abi, pagi tadi dia cakap nak ambil."

Keluh Mia dengan muka masam. 

"Eh, abi lambat sikit kot. Jangan lah masam, dah tak cantik macam selalu dah. Hehe."

Kak Liza cuba mengambil hati Mia yang kebosanan menunggu ayahnya yang tidak kunjung tiba.

"Mia, kalau Kak Liza tanya sikit boleh tak?" Ujar Kak Liza sambil tunduk melihat wajah Mia.

"Boleh, Kak Liza ni macam serious je. Abi kata, jangan selalu serious nanti cepat tua. Hehe." Balas Mia dengan kepetahan yang diwarisi dari ibunya.

"Hehe, pandai nya dia bercakap, takde. Cuma nak tanya kenapa Mia tak angkat tangan tadi?"

"Ouh, sebab Mia tak selalu pun cakap dengan mama 'i love you' setiap malam. Kadang-kadang je." Balas Mia.

"Eh, tipulah Mia yang baik ni tak cakap macam tu. Hehe" Kak Liza mengusik sambil mencubit pipi Mia yang putih gebu.

"Pon! Pon!"

"Haa! tu pun abi! Nak kena ni."

"Mia balik dulu tau Kak Liza, terima kasih temankan Mia. Assalamualaikum"

Mia mencium tangan gurunya dan terus berlari mendapatkan kereta ayahnya.

*****

"Mia nak makan kat mana tengahari ni, Mia cakap je, Abi belanja. Hehe." 

Mia hanya mendiamkan diri sambil membaca buku cerita yang dipinjam dari Kak Liza. 

"Eh, kenapa diam je ni? Tak nak makan ke?" Adam bertanya kepada anak kesayangannya itu.

"Mia tak nak cakap dengan abi, abi janji pukul 12 tapi 12 setengah baru sampai." Mia menjawab sambil memeluk tubuhnya dengan muncung dimulut hampir 3 cm.

"Oooo, anak abi merajuk lah ni? Ehh, kata tak nak cakap dengan abi tapi kenapa bagitahu jugak? Hehe." Adam mengusik anaknya dengan gurauan manja.

"Eeeee, abi ni selalu kacau Mia nak merajuk" Mia mencubit tangan kiri Adam yang sedang memegang tombol gear kereta.

"Hehe, abi tau lah macam mana nak pujuk anak abi sendiri yang merajuk ni."

"Tak kira, harini Mia nak makan banyak-banyak biar abi bayar semua. Padan muka abi." Mia menggertak ayahnya kerana makan hati dengan ayahnya yang datang menjemput lambat.

"Eh, Mia larat ke nak makan banyak-banyak? badan pun macam lidi je. Hehe." Adam mengejek.

"Biar lah, kalau tak habis pun abi kena bayar jugak. Padan Muka." Mia memuncungkan bibirnya semakin panjang dari tadi.

"Ooo, anak abi tak takut?"

"Kenapa? tak kan lah waiter tu nak marah Mia yang comel ni."

"Memanglah, tapi nanti Mia kawan dengan syaitan sebab membazir, dan Allah yang marah."

Begitulah cara Adam mendidik anaknya yang seorang itu. Berharap bakal menjadi seorang muslimah yang berjaya di dunia dan diakhirat. Jika ada kesempatan dalam berdialog antara mereka, pasti Adam akan menyelit sedikit pengajaran buat Anaknya.

"Alaaa, abi selalu menang. Hmph, takpelah. Tak jadi merajuk."

"Kebenaran selalu menang. Ingat tu. Hehe."

*****

"Assalamualaikum cikgu."

Kelihatan Adam sedang bercakap di telefon bimbitnya.

"Harini mungkin Mia lambat sikit, ada masalah nak kena selesaikan. Minta maaf ye"

Adam menjelaskan kepada guru tadika Mia tentang kelewatan mereka.

"Mia, dah la tu, nanti ustazah marah kita lambat. Lagipun mesti kawan Mia tengah tunggu nak main dengan Mia kat sana tu kan?"

Adam seolah-olah sedang memujuk anaknya.

Mia yang berkeras duduk di hadapan pintu rumah tidak mahu bangun.

"Kenapa ni Adam? Selalu elok je dia ceria setiap pagi?" Kata tanya yang keluar dari mulut jirannya yang tinggal bersebelahan dalam satu kondominium yang sama dengan mereka.

"Dia bangun lewat tadi, jadi dia tak berjemaah dengan saya untuk subuh macam selalu." Jawab Adam ringkas.

"MashaAllah, kamu beruntung Adam. Jaga lah dia elok-elok. Doakan anak kami yang bakal dilahirkan sama seperti anak kamu."

"InsyaAllah, mulalah didikan sejak dari dalam perut lagi. Itu yang saya belajarlah." Adam memberi nasihat setakat apa yang termampu.

"Baiklah. Tu, pujuklah dia elok-elok, InsyaAllah budak baik macam ni kalau kena gayanya mesti lembut juga akhirnya. Pak cik pergi dulu, Assalamualaikum."

Jirannya masuk ke dalam lif meninggalkan mereka berdua.

"Mia, nak tahu satu perkara tak?" Adam menyusun ayat untuk memujuk puteri lilinnya yang sedang merajuk.

Mia memalingkan muka ke arah Adam seperti berminat mendengar pujukan ayahnya itu.

"Sebesar mana pun dosa kita, besar lagi keampunan Allah. Mia jangan risau, Kalau Mia sedih sebab Allah, mesti Allah kasihankan Mia. Dah, jom?"

Adam menghulurkan tangannya untuk memimpin Mia.

*****

Here's the link for the other chapter.

















4 comments: