Monday, April 30, 2012

Hati Bersih, Senang Faham

Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kuditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi yang tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

Ilmu agama jangan diabai.
Belajar nombor satu,
Tapi dakwah bukan nombor dua.

Tak kira lah anda straight A atau tidak,
Tak kira anda terbang ke mesir mahupun jepun,
Dakwah tidak boleh tidak,
Atau anda masuk neraka berduyun duyun.

No comments:

Post a Comment