Saturday, August 25, 2012

Cerpen: Percubaan Pertama





Berpakaian serba merah. Bertepatan dengan tema majlis perkahwinan yang dipilih Umair dan Qistina. Merah melambangkan betapa membaranya cinta mereka dari mula kenal sehingga disandingkan hari ini. Warna itu juga melambangkan keberanian yang dapat digambarkan sebagaimana beraninya Umair melamar Qistina dengan cara penuh terhormat.


****

"Betul pakcik, saya serious."

Begitulah keberanian anak muda yang ditunjukkan oleh Umair.

"Umur kamu baru 18. Macam mana nak tanggung anak pakcik?"

Bertanya Pak cik Azidan kepadanya.
Lantas Umair berseloroh,

"Saya nak bertunang je pakcik, nikah bila umur dah 23 nanti"

Bersinarlah senyuman di ruang tamu Pak Azidan.

Sambil tersenyum, Pak Azidan bersetuju dengan bersyarat.

"Baik, tetapi tunangan ini akan terbatal sekiranya kamu gagal dalam pelajaran di Universiti"

Tanpa menunggu lama Umair terus bersetuju. Siapa sangka dengan hanya bersahaja memberi salam terus meluahkan hajat disambut baik oleh bakal bapa mertua. 

****

Seorang yang sosial, moden dan suka bergaya. Cukup untuk menggambarkan perwatakan Qistina. Pantang ada promosi pasti dikikis dompet bapanya yang sentiasa penuh dek kerana bapanya seorang usahawan berjaya. 

Bertudung tapi masih belum sempurna. Bergaul juga bebas tanpa mengawal volume suaranya. 

Itu lah yang merunsingkan bapa kepada Umair.

Mempunyai seorang anak yang arif tentang hukum hakam agama pasti membingungkan jika memilih calon isteri seperti itu.

"Kamu yakin?"

Bertanya si ayah.

"Inilah peluang saya, bah"

Ayahnya mengangguk tanda setuju dan faham niat murni di hati anaknya.

****

Qistina:  Kenapa abang pilih saya jadi isteri?

Umair:  Cinta tak boleh dipaksa. 

Qistina:  Maksud abang?

Umair:  Abang tak pilih pun untuk jatuh cinta dengan Qis, tapi Allah yang aturkan.

Masih lagi dalam kekeliruan. Qistina masih lagi belum boleh memahami kata kata suaminya kerana baru dua minggu mereka bersama melalui bahtera rumah tangga. Penuh dengan sastera dan seni. Itu lah ayat yang selalu bermain di telinga Qistina apabila suaminya bersuara kerana beliau seorang penulis novel terkenal tanah air.

Qistina:  Abang, jawab lah betul betul. Qis tak faham sangat bahasa seni.

Qistina merayu manja sambil menumbuk perlahan dada peneman hidupnya itu.

Sambil tersenyum,

Umair:  Macam ni, Allah yang temukan kita dalam library dulu. Kat situlah abang mula jatuh cinta. Ingat tak?

Qistina:  Oooo. Patutlah lepas haritu Qis rasa macam ada orang selalu skodeng Qis je.

Umair: Bukan skodeng, tapi awasi. Hehe.

Qistina: Banyak lah abang punya awasi. Nah rasa nikmat cubit dari isteri.

Umair:  Adoi, adoi. Ampun sayang.

Pertama kali panggilan sayang terpacul dari mulutnya menyebabkan cubitan Qistina terlerai sedikit demi sedikit sambil ditemani senyuman malu dari bibir seorang isteri.

****

 Gedebuk!

Bunyi buku bio terjatuh dari rak perpustakaan negara. Dengan perlahan Umair mengutipnya semula kerana kegopohannya mencari buku rujukan akaun yang dicanang-canangkan gurunya.

Dengan tak semena-mena buku ditangan Umair itu disentap oleh seorang wanita.

"Buku ni lah yang aku cari!"

Umair terpaku dengan 'budi bahasa' wanita tersebut.

"Kalau cik nak ambil lah, tapi lain kali..."

"Memang aku cari yang ni. Terima kasih ya!"

Wanita itu berlalu pergi.

Sedia maklum, begitulah perangai sebenar Qistina binti Azidan tetapi cukup untuk meragut hati keras milik seorang pemuda bernama Umair bin Wahab.

****

"Sayanggggg, jom solat?"

Ajakan lembut dari seorang yang begelar suami.

"Alaa, abang pergi lah dulu, Qis penatlah."

Suami hampa.

"Boleh, tapi abang tak mampu nak tanggung dosa sendiri. Qis kasihan lah kat abang nak tanggung dosa Qis pulak yang lambatkan solat"

"Astaghfirullahalazim"

Ucapan Umair sebelum ingin memulakan solat maghribnya.

"Eh bang, kejap bang. Tunggulah Qis"

Sambil terkial-kial memakai kain telekungnya.

"Eh, tadi kata penat?"

"Qis nak masuk syurga dengan abang. Kalau tak boleh pun Qis tak nak jadi penyebab abang terhijab dari syurga."

Umair tersenyum syukur. 

"Hah, ape ni, pakai telekung pun tak betul"

Sambil menunjukkan rambut Qis yang terkeluar di celah celah pipinya.

"Hehe. Saje je nak suruh abang tegur"

"Allahuakbar"

Nyaring suara seorang imam solat dan juga imam bagi keluarganya.

****

"Assalamualaikum!"

Pak Azidan bingkas bangun dari kerusi malasnya kerana terdengar ucapan salam dari menantunya. Umair terus ke dakapan bapa mertuanya yang sudah dianggap seperti teman berkongsi cerita.

"Lamanya kau tak balik?"

Si bapa memulakan perbualan rindu dengan pertanyaan.

"Nak buat macam mana yah, sibuk dengan karya baru."

Begitulah jawab si menantu yang bekerja sebagai penulis novel.

"Eh, siapa yang kau bawak balik ni?

"Haa! ayah tak kenal anak sendiri!"

Jerit Qistina yang berjubah dan bertudung labuh sambil membuka niqabnya.

"MashaAllah, anak ayah dah berniqab?"

"Mestilah! tengoklah anak siapa. Hehe"

Jawab Qistina sambil berlari ke dapur mencari emaknya. Begitulah perangai keanak-anakan wanita bernama Qistina.

Berlatarbelakangkan bunyi peti televisyen lama, Umair dan bapa mertuanya duduk di ruang tamu untuk bersembang.

"Macam mana kau boleh buat Qistina sampai macam tu"

Umair tersenyum,

"Kalau dah sayang, semua kita sanggup buat. Hehe."

"Ooo, sayang betul dia kat kamu ye? Sampai berniqab sekali"

Pak Azidan bergurau.

"Eh, yang tu saya tak suruh pun. Katanya saja nak tunjuk kat ayahnya harini. Mudah mudahan kekal lah hendaknya."

****

Umair menoleh ke kiri dimana isterinya sedang nyenyak tidur. Betapa bahagianya dia bila mana perubahan isterinya membawa kemanisan bak gula yang dileburkan.

Lantas terdetik dalam hatinya,

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

"Eh, abang tak tidur lagi?"

Tanya si isteri dengan mata masih terpejam menahan panahan cahaya.

"Ingatkan abang tengah tidur, sebab apa yang abang ada sebelah abang ni macam mimpi. Hehe"

****
 

10 comments:

  1. wah mabrook! best :)
    moga Allah redha..

    tapi si suami tu mesti berhati2 nk betulkan rmbut isteri time pakai tlekung tu sbb nak jaga wudhu' kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah, melayan perasaan punya pasal sampai lupa hukum. haha. syukran. Malunya. :p

      Delete
  2. teruskan penulisan akhi. =)
    boleh buat novel.


    ReplyDelete
  3. one word.. AWESOME,, lps ni buat la bnyk2 lgy cerpen ok,, u can do it bro,, btw Nazri ke Nazrin???

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's Nazri lah. tak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati pun. Hehe. syukran

      Delete
  4. You wrote this back in 2012. It's 2013, and saya baru baca. -.-
    Awesome. Keep writing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, sengaja disimpan pasal watak sebelum ni tak beberapa sesuai. So rasa nak promote smalam kena lah edit sikit watak tu. Kalau baca komen pun tahu ada beberapa part yang slack. Tp dah edit. :p thanks for reading

      Delete