Friday, April 27, 2012

Dahulu Dahulu dan Kini

Asalamualaikum :)

Dahulunya bacaan ayat suci al quran menjadi rutin anda,
Kini, twitter twitter dan twitter.

Dahulunya kau sedia sblum azan subuh berkumandang,
Kini, beberapa minit fajar menyinsing baru mata terbuka.

Dahulunya solat dhuha mengisi masa pagi mu,
Kini, buaian mimpi sampai ke tengahari jadi kebiasaanmu.

Dahulunya solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu jadi pegangan,
Kini, belum sempat doa ditadah, sejadah sudah dilipat.

Dahulunya, tudung yang labuh jadi pelindungmu.
Kini, pakaian yang megikut peredaran zaman jadi pilihan.

Dahulunya seluar pendek tak pandang walaupun bersukan,
Kini, keluar ke mana2 seluar paras lutut nampak bergaya bagi anda.

Dahulunya, semua diatas jadi pegangan,
selepas result SPM anda hebat, dapat peluang ke mana2,
Anda lupa smua.
adakah Allah hanya hadir pada sekeping kertas peperiksaan?

Dan anda cakap, "alah, kau punya result teruk baru nak ingat smua ni"

Maka mulutku menjawab,
"adakah mula mengingati Allah lagi teruk dari meninggalkan Allah selepas mendapat nikmat nya?"

Maka jgn buat nikmat yg diberi menjadi istidraj.
Wallahualam






No comments:

Post a Comment