Friday, May 25, 2012

Apa erti ketamadunan?

Asalamualaikum :)

Post kali ini membuatkan ku membuka kembali buku teks sejarah yang telah lama disimpan dan berhabuk.
Syukur juga, tidak lah hilang ilmu ditelan zaman. Idea ini datang semasa aku melihat semakin banyak perubahan yang dilakukan negara. Semakin banyak permodenan yang dilakukan oleh barisan kerajaan sekarang. Betul, meman kita patut besyukur. Tapi adakah perubahan ini seratus peratus perubahan ke arah kebaikan? Bagaimanakah tahap ketamadunan kita?

MAKSUD TAMADUN 

Seperti yang saudara saudari dari golongan lepasan SPM pelajari, tamadun mempunyai maksud dari dua pendapat iaitu dari barat dan juga islam, agama saya sendiri. Jika anda semua membelek kitab sejarah anda yang dah lapuk dibaluti habuk, bagi masyarakat barat, Tamadun diambil dari perkataan greek iaitu civitas yang bermaksud bandar. Menurut sarjana barat, ketamadunan ini adalah hasil dari pembangunan lahiriah. Contoh, pembangunan, pertanian dan sebagainya. TETAPI, bagi tokoh sarjana Islam pula, nilai ketamadunan ini bergantung kepada pembangunan lahiriah DAN rohaniah. 


ROHANIAH 

Apa pula yang dimaksudkan dengan lahiriah ini? Jelas sekali kalau lah anda faham bahasa melayu, kalau lah anda tidak agungkan sangat bahasa asing, boleh nampak lahiriah itu apa. Jadi lawan bagi lahiriah? Jadi macam mana pembangunan dari segi rohaniah ini? Senang. Rohaniah sering dikaitkan dengan hati. Jadi cuba selidik hati kita macam mana? adakah berpenyakit? adakah gelap seperti gua? Macam mana pula hati yang sakit ni?

HATI YANG SAKIT 

Orang yang mempunyai hati yang sakit, antara tandanya ialah ia tidak kisah dengan dosa dan maksiat. Apabila ia melakukan maksiat, ia tidak rasa berdosa, resah atau gelisah kerana melanggar perintah Allah. Berbeza dengan orang yang memiliki hati yang bersih, hatinya akan berasa sakit dan pedih apabila tersilap atau tersengaja melakukan dosa, lalu ia segera kembali kepada Allah dan bertaubat kepadaNya.Sekarang saya bertanya, adakah anda ada sifat golongan yang bertakwa? Firman Allah tentang sifat-sifat orang bertakwa.


 “(Dan antara tanda orang bertakwa ialah) orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Ali Imran: 135)


Tiada hati yang bersih, jauh sekali ingin mempunyai sifat taqwa. Manakan tidak, tipu kalau kata tak pernah tahu tentang dosa meletakkan gambar aurat di laman sosial. Mungkin belum bersedia jawab mereka. Saya sangat terlalu amat ingin tahu bilakah tarikh berlakunya kiamat? Ya, soalan ini saya tujukan buat anda yang masih sombong dengan ilmu Allah, yang masih abaikan apa yang telah anda pelajari. Malang sekali, lebih baik Allah jadikan kamu gila tiada fikiran dari boleh berfikir tetap melakukan perkara yang salah. Apa saya boleh katakan disini cuma satu. SOMBONG. 

GEMPAR

Jadi, baru baru ini gempar dengan kedatangan Irsyad Manji si "pemusnah agama". Bagi sesiapa yang tak peka atau tidak punyai kesempatan. mungkin sibuk hal di kolej atau pun sedang terngaga memuja artis barat, ini serba sedikit yang boleh saya beritahu. Beliau seorang perempuan yang dibesarkan dengan penindasan oleh bapanya yang boleh diklasifikasikan sebagai zaman gelap beliau dan menjadi salah satu punca fahaman liberal menjadi perhatian beliau. Beliau menegakkan bahawa kebebasan dalam beragama. bebas? maksudnya bebas untuk lakukan apa sahaja seperti hubungan sejenis. Apa yang saya difahamkan oleh sahabat, Beliau menggunakan hujah La ikraha fiddin. iaitu tiada paksaan dalam agam. Jelas boleh disangkal sebenarnya kerana dalil ini adalah lebih kepada orang yang bukan islam untuk memeluk islam. Maaf saya belum boleh ulas lebih lanjut tentang dalil tetapi kalau salah saya berharap sangat antum semua boleh perbetulkan. Jadi dek kerana kejutan ini, mulalah kerajaan dan barisan jabatan agama islam bertindak. Kelam kabut dibuatnya, kedai buku diserbu bagi mengelakkan buku agenda beliau tersebar.


Satu sahaja alasan mereka, kerana takut akidah umat islam yang sangat rapuh dan lemah apa yang boleh saya gambarkan sekarang tergadai. Ya, betul sudah lama sebenarnya akidah kita rosak. Dibawa masuk artis korea sana dan sini. dibawa masuk artis barat di konsert sana dan sini. Masa ni tak menggelabah pulak jabatan jabatan yang sepatutnya? Macam mana anak muda sekarang? dipertontonkan dengan filem filem dengan adengan yang tidak sepatutnya? mungkin anda jawab, bukannya filem lucah yang dikeluarkan dipanggung. Tapi mana datangnya budaya berkasih sebelum berkahwin kalau bukan dari barat? Sebenarnya ayuh lah, akui, Akidah di malaysia sedikit  demi sedikit sudah diracuni. Semuanya bagai disampuk penyakit "TAK APA" pakai macam ni tak apa, post aurat tak apa, bagaikan peraturan Allah seperti peraturan manusia. Peraturan manusia diangkat tinggi martabatnya. Dunia sudah terbalik. Jadi nilai lah sendiri bagai mana ketamadunan negara Malaysia di mata anda dari segi hujah sarjana islam. 
 

AKU BOLEH, KENAPA KAU TAK BOLEH?

No comments:

Post a Comment