Wednesday, May 9, 2012

Idola

Asalamualaikum readers :)


Mula mula sekali aku nak tanya siapakah idola anda semua? Artis mana? barat? korea? macam macam ada. sampai satu tahap post kat sana sini gambar artis lelaki artis perempuan dan paling kurang berkenan, sambil bercaption kan "ini aku punya" Gelinya lah hati bila dengar. Ouh maju lah sikit melayu. jangan asyik duduk di bawah bayang bayang artis barat yang dah tentunya bukan islam. itu yang kau puja puja. apa lah sangat perjuangan diorang? travel sana sini naik pentas dendangkan lagu je pun. itu pun korang dah terbuai. mungkin lah diorang tu kacak and aku terlupa nafsu perempuan terutamanya ada lebih dari lelaki. Tapi nafsu ni bukan untuk diikut tapi dilawan. Kat sini bukan nak cakap artis melayu yang patut kita sokong, sebenarnya cukup sekadar berhibur. dengar lagu dia sudah lah. tak payah lah nampak manya tergila gila ke apa. Artis nasyid belum pernah lagi aku tengok orang sanjung tinggi macam tu. mungkin Allah cipta artis nasyid ni tak kacak supaya diorang tak terbuai buai dengan pujaan kot. 

Apa yang nak aku cakap kat sini cuba korang cari balik siapa yang patut korang jadikan idola? Inikan mak bapak pun ada lah dua tiga kali cerita kat laman sesawang, nak cakap pasal idola kita yang sebenar benarnya. Siapa? Tak lain tak bukan Nabi Muhammad S.a.w. Bila kita nak cerita pasal manusia ni? Kekasih Allah ni? Ada kita nak berebut sunnah dia? Ye lah, bila aku cerita semua ni mesti dalam hati korang cakap "malas aku nak cari gaduh dengan orang baik baik ni" Aku tak cakap diri aku baik tapi bila kau cakap macam tu kau sendiri mengaku diri kau tak baik. nampak kan? Seronok ke? Dulu memang aku tak baik tapi Alhamdulillah lepas keluar je sepintar, lepas alami alam pekerjaan sementara ni aku mula nampak kehidupan sebenar. mungkin aku semakin berdikari. nak pergi mana mana drive sendiri, baju pun basuh sendiri, keputusan pun buat sendiri. Tak harap dah parents yang buat. mungkin perempuan memang manja kot. itu sifat diorang. 

"jika ada lintasan untuk berubah,, maka, bersegeralah..

kerana lintasan itu datang dari Allah.."

  
So ini ayat dari hamba Allah yang mungkin korang akan faham situasi aku. Aku seronok macam ni. 

Dan bagi korang yang susah nak cari idola kita semua yang asal, fahamilah ni elok elok, lagi besar perjalanan dan pengorbanan nabi dari artis yang cuma naik bas ke pentas seluruh dunia. Cuba fahami ayat bawah ni. siapa lagi kalau bukan kita nak sambung perjuangan?

 Berpandukan Teori Hidup Mu Yang Lalu
Ku Sambung Perjalanan Jauh
Yang Harus Ditempuh Durinya
Hilang Tiada Tumbuh Ganti Larut
Meninggalkan Rasa Pilu Sedih Sebak Hiba
Kerana Engkau Idola

Dan nabi pernah cakap kalau kita ada benih tapi esok kiamat pun, nabi suruh tanam benih tu. 
Tak ada istilah terlambat

-ustaz don danial-

No comments:

Post a Comment