Asalamualaikum :)
Jadi hari jumaat lalu mungkin kali kedua terakhir aku menjejak kan kaki ke masjid MAS untuk solat jumaat. Wallahi, memang seronok solat jumaat disana, setiap kali sebelum masuk waktu zohor akan ada ustaz buat kuliah. Dan aku akui kuliah dia sangat menarik. Nak kata macam ustaz azhar idrus tu tak lah, tapi mungkin ini kelebihan yang Allah beri kat orang "utagha" ni. loghat dia memang seronok didengar.
Ustaz ni selalu tegaskan pasal solat. mana kan tidak, solat ni kan benda pertama yang akan dihisab. Selalu dia cakap, pasal dalam solat pun kita buat benda haram, macam mana solat kita nak diterima? Kita solat tapi rambut panjang kita ikat dah menyerupai perempuan. "haram tu tuan tuan" ayat biasa dia sambil dengan nada yang tegas dan loghat yang menarik. Bangkai semut pun kalau ada dalam poket masa solat pun boleh batal, inikan benda haram yang kita buat. wallahualam.
Dan minggu lepas aku tertarik bila dia bercakap mengenai jalan yang lurus. Berapa kali dalam sehari kita doa benda ni? alah, yang dalam al fatihah tu kita selalu minta. Kira lah. 17 kali sekurang kurangnya. Jadi jalan yang lurus macam mana yang kita cari? dari mana nak cari jalan lurus ni? Mana boleh kita minta minta tanpa usaha.
"Tiadalah
ia (al-Qur'an), melainkan Peringatan
bagi semua alam, bagi sesiapa antara kamu yang menghendaki untuk menempuh jalan yang lurus,"
(81:27-28)."
Haa, Al-quran lah jalan yang lurus. bedasarkan ayat atas ni, Allah siap bagi hint, macam mana nak cari jalan lurus. Tapi kita sombong, bodoh, tak nak selak tafsir. kononnya cukup membaca quran tanpa memahami. Masa SPM dulu bukan main, lepas asar mesti baca. ada masa terluang mesti baca. hafaz, tapi tak faham. macam kata malique, "HAFAZ BILA LAFAZ MEREKA TIDAK FAHAM" Sekarang ni, bila dah habis SPM. semua tinggal. pakaian yang dulunya Ustazah Maimunah selalu jaga, tudung labuh, kain dalam. semua tinggal. Lelaki apa kurangnya, seluar pendek jadi ikutan. Takut bila terserempak dengan guru, tapi dengan Allah yang tak perlu teserempak? tak takut?
7-27:
Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu ditipu oleh syaitan sebagaimana
dia (syaitan itu) telah (berjaya) mengeluarkan ibu bapa kamu daripada jannah
(taman/syurga); dia (syaitan itu) tanggalkan pakaian kedua-duanya sehingga
menampakkan aurat mereka. Sesungguhnya dia (syaitan) dan golongannya dapat
melihat kamu tetapi kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami
(Allah) telah jadikan syaitan-syaitan sebagai pemimpin-pemimpin bagi orang
yang tidak beriman.
Ini semua AL-quran cakap, Kita buat bodoh lagi? Allah dah bagi hint kalau nak cari jalan lurus ikut AL-quran, tapi dah tahu buat tak tahu. sama macam tahu neraka panas tapi nak cuba masuk jugak. Alangkah bodohnya manusia islam sekarang. Tak ada beza kita dengan yahudi, mereka juga percaya Allah tapi mereka tidak sembah. nauzubillah.
Kalau terasa anda ni lah yang ditinggalkan beliau, baguslah.
berubah selagi ada masa, jangan tunggu masa untuk berubah.
No comments:
Post a Comment