Rasanya dah cukup lama blog ni menyepi dengan pengisian pengisian ilmu rohani. Maklumlah, tak habis habis dengan cerita hidup. Dah nak masuk kolej lah katakan. Okay cukup lah berkata hal duniawi. "Rumah yang tidak dibacakan dengan ayat ayat suci alquran seperti kuburan yang sunyi" Cukup menggambarkan betapa sunyinya blog aku untuk beberapa hari.
Fitrah. Apa erti fitrah sebenarnya? Fitrah ini mungkin sunatullah. Perkara yang ditetapkan oleh Allah. sebelum contoh yang biasa seperti matahari terbit sebelah timur dan sebagainya, suka saya mengambil contoh yang lain sikit. Fitrah seperti lelaki, pakai lah pakaian perempuan, buat lah pembedahan, buat lah macam mana pun, Kebanyakan kita yang ada mata hati mesti dapat mengesan yang dia adalah lelaki. Fitrah, Antara dua jantina suka sama sendiri. Tetapi
"rasa
nak bercinta itu NORMAL. rasa untuk disayangi dan menyayangi itu NORMAL.
apatah lagi jiwa remaja sekarang. cuma yang membezakan CARA dan
MATLAMAT kita. betul atau tidak. perasaan itu semua ALLAH yang berikan.
kita tak boleh tolak benda tuh. kita tak boleh paksa untuk diri kita
suka atau tak sebab itu semua urusan ALLAH :) kalau DIA kata ada,
adalah. kalau TAK, jangan risau. ada bersama kita di syurga kelak. keep
praying DIPERMUDAHKAN jodoh."
-via umi asierah-
Kadang kadang senangnya mereka kata, "Alaah, fitrah lah tu kita ada perasaan cinta." Jawapan yang selalu diberikan oleh orang yang berkasih sebelum berkawin. Adakah mereka ini menyalahkan fitrah untuk berbuat salah satu dosa? Adakah mereka ini meletakkan tanggungjawab dosa mereka kepada Allah yang menciptakan perasaan itu kepada mereka? Pada saya, mereka belum habis mengaji. Perasaan dan nafsu, bukan untuk diikut sebaliknya dilawan. Ayat diatas jelas mengatakan tiada salahnya perasaan itu, tetapi bagaimana kita menguruskannya jadi persoalan.
Agenda yahudi laknatullah ini sebenarnya lagi hebat dari cara orang islam berdakwah. Orang islam sendiri tak berpegang kepada cara memberi nasihat. Kita perlu meneruskan nasihat hingga terjadi
- kamu mati
- dia mati
- matahari terbit sebelah barat
- dia berubah
Mereka meneruskan agenda mereka dengan pelbagai cara. menyebarkan cerita cerita cinta supaya remaja islam terpengaruh dengan kebahagiaan duniawi. Lebih tepat saya katakan, tak jadi plan A, plan B dan seterusnya. Manakan tidak, sampai ke laman maya mereka meneruskan agenda.
Disinilah kita tewas, Gambar diatas bukan lah menggambarkan Lelaki yang salah, zaman sekarang, Malu yang dahulunya sifat asas bagi wanita sudah pun hilang di telan zaman. Menggunakan ayat ayat gedik supaya lelaki cair dan juga vice versa. Fahamilah manusia, Tak perlu untuk update status relationship anda untuk kami semua tahu perasaan anda macam mana. Sifat terhegeh hegeh itu adalah sifat murahan yang tak patut ada dalam diri setiap wanita. Benar, Nabi sendiri dilamar oleh isterinya. Jauh sekali hujah anda nak menang. Saya bertanya, bagaimanakah cara beliau? dengan utusan dan dengan penuh rasa malu. Anda semua? Hidayah yang disuruh cari, jodoh yang dicari bagai tidak yakin dengan ketentuan Allah. Kalau bab ini, akidah kita dah lari jauh. Jodoh Allah dah tentukan dari dalam perut, Kenapa nak risau? Hidayah menutup aurat yang wajib, tak pernah risau pun? Tak ada pulak saya terjumpa ayat quran yang mewajibkan berkawin. *betulkan saya kalau saya silap* Mentup aurat? Banyak.
Lagi sekali suka saya bertanya, macam mana anda boleh yakin masuk syurga sedangkan sahabat yang dijanjikan syurga juga tak pernah seyakin anda. Mungkin perancangan anda mengalahkan seorang arkitek yang boleh merangka masa depan. Merangka strategi untuk bertaubat sehari sebelum kiamat. Kalau berjaya, Alhamdulillah.
Wallahualam.
bila aku nampak nama aku, aku jadi errr ==' hee~ nice post :)
ReplyDeletesorry lah, kadang kadang aku suka ambil ayat yg bersesuaian dari blog lain. cuma aku siap bagi penghargaan sekali. bukan main copy paste je. haha.
ReplyDelete