Asalamualaikum w.b.t
Hari ini aku nak tanya apa tujuan anda? kenapa anda masih diberikan nafas untuk hidup? Apa sebenarnya tujuan kita hidup? Allah masih lagi berikan kita peluang untuk hidup sebab kita ni manusia penuh dengan kesilapan, penuh dengan dosa. Astaghfirullah. Kalau kita ni seorang pembantu rumah, kita masak pun rentung, basuh baju smpai warna baju pudar, semestinya Tuan kita pecat tanpa melengahkan lagi. Kerana apa? kerana dia sesungguhnya tidak mempunyai sifat Al-rahman dan Al-rahim sebagaimana yang ada pada Allah.
Jadi apa kita buat untuk mendapatkan redha Allah? Duduk diam tanpa ada rasa benci terhadap orang kafir? Tanpa ada sekelumit doa pun yang diberi ruang dalam setiap solat kita untuk islam tertegak dinegara kita, untuk Allah menjaga orang islam yang dizalimi, ditindas. Apakah anda tidak merasakan bahawa itu tanggungjawab anda? tanggungjawab kita? Yang dahulunya sewaktu pemerintahan khalifah, apabila seorang perempuan diselak kainnya mereka bangkit ingin beperang. Betapa tingginya maruah wanita di dalam islam. Tapi kini? sayang. mungkin bukan kerana kita tidak mahu menegakkan maruah mereka, tetapi mereka sendiri membuka maruah untuk dijadikan tontonan umum. Malu untuk mengenakan tudung labuh, malu untuk mengenakan jubah dan baju labuh, kononya tidak berfesyen. TAPI ANDA PATUT MALU MENAYANGKAN SELURUH ASET YANG DIBERI. ini anda patut malu. Apa boleh saya katakan, dunia sudah terbalik.
Jadi disebabkan pemikiran begini, Umat islam menjadi lali, kes kes rogol. Dibiarkan polis untuk menyiasat. Apa yang menyedihkan, Umat islam yang dizalimi, di Palastine. DIROGOL. Siapa yang ambil kisah? Jangan kan nak berperang, doa pun belum tentu terlintas dalam hati kita. Apakah anda rasa anda akan masuk syurga tanpa disoal tentang tanggungjawab kita?
Ibn umar r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda :
setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas
kepemimpinannnya. Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban
perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal
keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga
suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang
pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik
majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu
sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal
hal yang dipimpinnya. (buchary, muslim)
Hari ini sama ada kita sedar atau tidak, Rakyat di palestine mengadakan mogok lapar. Beruntunglah sesiapa yang sedar, dan semoga Allah membuka hati bagi yang belum menyedari. Yang masih seronok dibuai twitter, yang masih seronok dibuai arus kemodenan, ingatlah, Hanya satu golongan daripada 7 golongan di hari kiamat nanti akan terselamat. Muhasabah diri kita, sebelum tengok amal, tengok dosa kita, apa yang kita lakukan? apakah dengan pakaian yang seperti telanjang yang dikhabarkan oleh kononnya kekasihmu yakni Rasulullah saw itu menjadi pilihan? maka beritahu lah disini, aku ingin tahu. Macam mana boleh terfikir untuk menjadi golongan yang diredhaai Allah? Saya menyeru, buanglah semua pakaian yang merendahkan martabat kita. bagi perempuan, buang lah jeans, buanglah shawl, buang lah dress, buang lah blouse, praktikkan jubah. Bagi lelaki, buang lah seluar pendek, buang lah segala jenis perhiasan wanita pada diri anda.Biarlah nampak kolot tanpa arus kemodenan tapi jangan kolot di padang mahsyar nanti.
Sabda Rasulullah S.A.W" Islam itu asing apabila ia bermula, dan kembali
terasing pada akhirnya, maka berbahagialah mereka yang termasuk dalam
golongan asing itu"
Bilal Thiab ... 77 Days
Thaer Halahleh ... 77 Days
Hassan Safadi ... 71 Days
Omar Abu Shallal ... 69 Days
Mohammedd Al-Taj ... 61 Days
Mahmoud Sarsak ... 55 Days
Faris Al-Natur ... 48 Days
Ja'far Ezz Al-Din ... 54 Days
Abdallah Al-Barghouthi 33 Days
more than 2000 Prisoner .... 28 Days
Don't let the international media bury their case, all these prisoners are asking for are their basic rights as prisoners of war, visitation rights, right of education and other rights that are declared by international law.
-Gambar hiasan-
Berapa peratuskah yang sedar mengenai ini? berapa peratus kah yang kesah? wallahualam
No comments:
Post a Comment