Friday, September 14, 2012

Kehidupan: Kiri,Kanan,Atas,Bawah



Assalamualaikum. 

Lama dah tinggal blog dan aku tak suka menipu macam orang lain yang akan cakap blog dia berhabuk. Penipu! 

Okay abaikan. Kali ini tiada sastera tiada bahasa indah. Yang ada hanya lah luahan cerita aku. Bila tiba pasal luahan aku dah tak pakai segala bahasa cantik sebab bahasa macam tu aku guna untuk memahamkan manusia lain tentang ilmu yang nak aku sampaikan. 

Tidak kali ini.
Aku nak cerita sesuai dengan tajuk yang menunjukkan masalah datang dari pelbagai arah. Jadi maaflah kalau bahasa pasar yang aku pakai ni tak boleh buat korang faham. Padan muka, sapa suruh baca. Haha!

Start hari khamis malam, yang ini penyakit hati. Tak boleh nak cerita banyak. Cuma nak cakap masalah tu start kat sini. Boleh kata tak tidur malam lah. Okay tipu. Aku jenis suka tak nak fikir banyak so bila ada masalah aku terus landing dan tidur. Haha! Simple kan? Ada yang nak buat menantu tak? *angkat angkat kening*

Tapi esok pagi iaitu bersamaan hari ini punya pagi, aku pergi kelas dengan muka yang monyok. Maklumlah hari ni balik. Encik belog dah melambai lambai suruh dibelai. Kuliah pertama dah membebankan RAM otak aku. Duduk row depan sekali sudah semestinya kalau nak release tension dengan handphone kesayangan tak dapat sebab pensyarah asyek memerhati je. Jadi aku pun belajar dalam tekanan soalan. Bukan tertekan dengan soalan akaun tapi

"Bila nak habis ni?"

Akhirnya habis pun kuliah akaun.

Satu lagi sebab aku tertekan adalah kerana result Ujian pertengahan semester. Bukan lah aku tak redha tapi melihatkan ramai kawan yang 4 flat, ada penyakit hati datang. Padahal jujur aku tak target pun sampai 3 pointer tapi itu pun aku tak besyukur.

Ahh, malaslah nak berlapik. Bukan aku kisah sangat pun result korang. Bukan aku kisah sangat pun result aku. Yang aku kesah mulut korang. Yup, aku tak pandai and aku tau tu. Sebab tu otak aku ligat pikir benda lain daripada pikir pelajaran. So aku siap buat lagu lagi.


Hey, I just met you, And this is crazy, But here's my number, So call me, stupid?
 

Haa, nampak tak kreatifnya aku? Okay diam.

And then pasal penyakit hati jugak. Aku melihat ramai rakan rakan di airport yang ingin sambung belajar di luar negara. Which is my cita cita lah senang kata dan sebab tu lah aku jeles. Kesian kat abah sebab dia punya harapan nak aku study luar negara. Dulu sebelum SPM selalu sembang.

"Along, nanti sambung oversea duduk je sana terus. kawen sekali."

Nenek pun menyampuk.

"Nauzzubillah, jangan bior anak kamu gitu." *loghat perak*

Tapi bila dapat tahu sorang ni pun nak sambung belajar kat mesir rasa berbelah bagi pulak. Ntah, patutnya tak perlu pun dia singgah lama dalam fikiran tapi ada gam pulak buat benda ni melekat. Yelah, dia kaya. Harapnya bukan sebab nak mengejar *kawan* yang dapat mara sambung kat mesir tapi sebab nak belajar di bumi anbia'. Mungkin nanti dia berubah kan? Okay bosan dengan ayat nak sedapkan hati sendiri. Pape pun goodluck. 

Well, lupakan cerita tu semua. Seterusnya masalah bertambah. Nak tau? Buat pertama kalinya dalam seumur hidup aku migran. <------- entah betul ke tak eja. Aku pitam kat bilik. Balik pergi klinik dan makan ubat. Part paling tak suka sebab sekarang aku dah mengantuk disebabkan ubat.

Last sekali, aku ponteng kuliah math disebabkan hormon tak stabil. Diam! aku bukan period okay! cuma tekanan untuk hari ini sangat berat. Well masalah datang bukan untuk minggu ni, tapi dalam dua hari ni. Mungkin selama ni aku tak pernah ambil kisah pasal masalah. Muka pun macam orang terencat akal yang tiada masalah. 

Tapi sekarang obviously I need to learn on how to manage pressure.

Adios!

No comments:

Post a Comment