Friday, October 5, 2012

Artikel: Berat sangat ke?


Kerana syurga itu terlalu mahal lah, maka kita tidak boleh menjadi yang terlalu murah untuk mendapatkannya. Kita perlu memaksimumkan usaha untuk itu. Kuat menghadapi segalanya yang menentang.

Tapi kita lembik,
Lawan suara bisikan pun tak mampu inikan pula nak berperang menegakkan agama Allah.

Apa yang saya cuba sampaikan dalam artikel kali ini adalah kuat manakah kita? melawan musuh yang nyata. Sebelum bercita-cita untuk berperang menegakkan agama Allah?

"Syaitan musuh durjana"

Dia hanya menggunakan kaedah bisikan berbanding tentera di Israel dan puak Syiah di Syria yang menggunakan senjata moden yang boleh meletupkan tubuh kita sekelip mata.

Musuh jenis ini yang kita nak lawan?

Balik awal sajalah kalau sehalus-halus bisikan pun kita tidak mampu untuk melawan.

Berapa ramai yang mampu solat subuh berjemaah di surau atau masjid berhampiran? Jawab!

Ini adalah kemenangan syaitan yang pertama pada setiap hari-hari anda. Maka bila awal pagi lagi syaitan dah menang, rosaklah hari kita di waktu tengahari, petang dan malam. Pada yang mampu bangkit dikala waktu lain untuk berjuang semula saya ucapkan tahniah kerana tidak semua akan berjaya sekiranya kita melambat-lambatkan solat subuh.

"Kerana membiasakan diri melewatkan solat subuh itu satu pembunuhan terhadap hari anda"

-Hilal Asyraf-

Kita punya lah beria angkat berat, senaman, jogging nak dapatkan badan ala ala pemain gusti tapi realitinya kita lembik macam pondan. Kenapa? Kerana selemah lemah halangan yakni bisikan pun kita tewas.

Saya percaya, ramai diantara kita yang mengunci jam untuk solat subuh. Untuk bangun awal. Tapi ramai juga yang akan menghayunkan tangannya mematikan bunyi alarm yang dikuncinya sendiri.

Niat sudah ada, tapi semangatnya mana?

Sebagaimana yang saya beritahu kerana syurga itu terlalu mahal, maka kita perlu membelinya dengan usaha yang mahal juga lah.

Ini lah yang dikatakan ujian. Sentiasalah terapkan dalam diri soalan ini.

"Aku nak ikut syaitan ke ikut islam?"

Kalau terlintas soalan ini pasti kita tak akan lemah dan teragak lagi untuk menentang si durjana ini!

No comments:

Post a Comment