Sunday, October 28, 2012

Cerita: Zikru maut



Suatu ketika, di zaman Nabi Sulaiman AS, baginda menganjurkan suatu majlis yang dihadiri oleh orang ramai. Dalam majlisnya itu, Malaikat Izrail pencabut nyawa turut berada di situ.

Malaikat Izrail yang hadir sibuk memerhatikan seorang lelaki yang duduk berdekatan dengan Nabi Sulaiman AS, sehinggakan menyebabkan lelaki itu berasa gerun dan tidak keruan. Dia lantas bertanya kepada Nabi Sulaiman AS, siapakah gerangan tetamu yang memerhatikannya itu. Apabila dijawab Malaikatul Maut, lelaki itu berasa sangat takut dan meminta agar Nabi Sulaiman AS menghantarnya jauh ke tempat lain, kerana risau Malaikatul Maut mahu mencabut nyawanya. Lantas Nabi Sulaiman AS memenrintahkan angin agar menerbangkan lelaki itu jauh dari situ.

Tidak lama selepas itu, Izrail datang menemui Nabi Sulaiman AS dan menceritakan, dia baharu sahaja pulang dari mencabut nyawa lelaki tadi. Dia berasa hairan kerana dia diperintahkan untuk mencabut nyawa lelaki itu di suatu tempat lain, tapi bagaimana lelaki itu boleh berada di majlis Nabi Sulaiman. Kerana itu lama dia memerhatikan lelaki tersebut.

Tiba masanya untuk dia mencabut nyawa lelaki itu, lelaki itu sudah berada di tempat yang dimaksudnya, jauh dari tempat asal di mana majlis Nabi Sulaiman AS dianjurkan. Tidak terkurang mahupun terlebih satu saat nyawa lelaki tersebut dicabut oleh Izrail yang telah diperintahkah Allah untuk berbuat demikian.

"Fa aina tazhabun?!" "Ke manakah kau mahu lari...??" Benarlah, kematian itu adalah sebaik-baik tazkirah.

Be prepared. Be really prepared.

No comments:

Post a Comment