Sunday, October 7, 2012

Sajak: Apa yang harus ku cari



Bergerak,lelahmengantuk lalu bergerak kembali,
Itu lah aktiviti seharian,
Kadang ku terfikir di ruang masa yang sedikit,
Inikah yang perlu ku harungi,
Tanpa ada sebarang sasaran,
Lalu apa yang harus ku cari?

Subhanallah,Subhanallah,
Ucapan tanda kagum terhadap ciptaannya,
Kecantikan perhiasan dunia yang tercipta,
Kadang rasa bersalah untuk memandang,
Tapi kadang tertewas jua,
Kerana orang yang mengantuk disorongkan bantal,
Orang yang lapar di hadapkan makanan terbuka,
Adakah kami akan memandang sahaja wahai wanita?
Jangan kau beri lagi,
Kerana bukan ini yang kami hajati,
Lalu apa yang harus ku cari?

Jangan menyangka terdedah itu menarik perhatian,
Kerana hanya pandangan syaitan,
Bukan pandangan hati,
Aku ingin teruskan mencari,
Walau diganggu sapaan hati,
Ini bukan yang kucari, bukan!
Lalu apa yang harus ku cari?

Ku harus sedar dan matikan imaginasi,
Ya rabb ku sudah sediakan hubunganku,
Kini hanya masa dan detik,
Untuk aku perbaiki hubunganku dengannya sahaja,
Nescaya yang baik darinya akan menyusul,
Dan ini lah yang aku cari,
Cinta Allah, cinta agung!

Kepada kehidupan yang bernama lelaki,
Masihkah anda bertanya,
Lalu apa yang harusku cari?

No comments:

Post a Comment