Tuesday, November 20, 2012

Artikel: Silap kita



Pernah atau tidak kita melakukan kesilapan dalam hidup kita? Pernah atau tidak kita dirotan kerana melakukan sesuatu kesalahan? Pernah atau tidak selepas keluar dari dewan peperiksaan kita teringat bahawa kita tersilap memilih jawapan? Pernah atau tidak?

Saya yakin kebanyakan dari kita pernah buat perkara diatas. Walaupun bukan semua perkara yang tertera tapi semua mesti pernah buat bukan? Jesteru, Saya akan menjelaskan kenapa semua ini berlaku. Jawapannya sangat mudah sebenarnya. Mungkin saya tidak akan mampu melekatkan jawapan ini ke minda anda berbanding senior saya yang berjaya menempek jawapan ini sekuat-kuatnya diminda saya. Mungkin cara menjelaskannya berbeza. Dia menggunakan face to face manakala saya menggunakan tulisan.

Berbalik kepada kesalahan, sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia untuk membuat kesalahan. Sebenarnya bagi saya, melakukan kesalahan bukan lah satu kesalahan tetapi mengulangi kesalahan barulah dipanggil kesalahan.

Dan bagi anda semua yang bernama manusia, saya berkata manusia kerana takut jika saya sebut Daie ramai tidak akan ambil port, ramai yang tak terasa walhal mereka semua adalah Daie. Sebagai seorang muslim tidak ada seorang pun yang terlepas daripada tanggungjawab sebagai Daie. Faham elok elok. Berbalik kepada poin untuk perenggan ini, kepada semua manusia yang bernama muslim, jika anda ternampak kesalahan orang lain jangan lah maki seperti syurga itu anda punya dan neraka itu dia punya.

"Don't judge the people by the beginning because what's really matter is the end."

Sudah menjadi lumrah untuk semua manusia melakukan kesilapan. Demi Allah saya pernah terkena beberapa teguran tetapi mempunyai beza yang besar antara teguran berilmu dengan teguran kosong mengikut pengalaman saya. Sejuk hati dan tidak terasa bila ditegur secara baik tetapi sebaliknya jika diherdik. Bukan sahaja pesalah, malah jika orang ketiga yang berada disitu pun akan marah.

Sebagai contoh,

Pelajar perempuan bertudung labuh melakukan perkara tidak senonoh. Jangan terus berkata dia akan memalukan nama agama. Saya rasa anda yang akan menjatuhkan agama kerana mungkin si pesalah akan rasa untuk lakukan kerja itu, dia perlu berubah sepenuhnya. Jadi, dari bertudung labuh terus tidak bertudung. Disini saya tidak tahu nak salahkan siapa. Anda tahu?

Ya, betul. Kesalahan bukan untuk dimarah tapi untuk diperbaiki. Adakah layak untuk kita menasihati seseorang sekiranya kita tidak melakukan apa yang kita nasihat? Ya. Anda layak sebagai Daie.

Adakah anda layak untuk memarahi seseorang sedangkan diri sendiri tidak menutup aurat dengan betul lalu anda menyalahkan beliau menjatuhkan dan memalukan orang yang bertudung labuh? Tidak layak.

Dua perkara berbeza. Layak kerana nasihat, tidak layak kerana marah. Hadamkan ini dalam minda.

Maka saya ingin tegaskan kesalahan itu lumrah. Jangan pandang pelik. Kalau nak pandang pelik, pandanglah orang yang tak makan nasihat. Tetapi terserah untuk anda menilai. Anda boleh untuk terus marah JIKA semua soalan diatas yang saya berikan pada perenggan pertama anda tidak pernah lakukan.

Persoalannya,

Kenapa kita semua melakukan kesilapan? Sedangkan kita sudah berdoa, berusaha dan sebagainya? Jawapannya mudah.

"Kita mungkin silap, tapi Allah tak pernah silap"

No comments:

Post a Comment