Friday, November 9, 2012

Kehidupan: Dream high





Hari ini hari kedua aku melayari hari hari yang bosan di kolej. Sementara menunggu MUET yang bakal kunjung tiba hari sabtu ini.

Jadi hari aku diisi oleh bermacam macam movie dari barat sehinggalah ke movie Indonesia.
Dan tadi, malam kedua kami booking dewan kuliah untuk tayangan cerita ketika cinta bertasbih.
Cerita pasal kahwin. Ya, yang buat aku tak habis habis fikir. Astaghfirulullahalazim. Mungkin kebetulan, cara si hero itu kahwin sama dengan cara yang aku gambarkan setelah masuk ke kolej.
Mungkin sudah muak dengan cara barat. Lalu aku putuskan dengan cara hantar sahaja mak aku ke rumah perempuan mana mana.

Cakap pasal perempuan, ada seorang. Dijaga baik. Rasanya tak perlu nak ingatkan benda remeh pasal aurat yang dia sudah sedia maklum. Bagi aku, syukur kalau dapat macam tu. Mudah.

Ahh, semua godaan selagi belum sah! Aku menanti sehingga habis sem kolej aku ini. Kalau perasaan aku masih kepada dia, barisan ketenteraan belah keluarga aku akan sampai menyerang barisan wanita itu. Okay agak terlampau bahasa. Nampak macam nak berperang, walhal nak meminang.

Kena tolak? Itu letak tepi. Selagi tak dapat jawapan selagi itu syaitan kacau. Biarlah. Walau aku tahu, dia seperti menunggu seseorang. Dari mesir. Pasti, lebih hebat dari aku. Walau belum jelas, tapi kebarangkalian itu tinggi. Dia menaruh harapan.

Berani mati? Ya, rasanya itu cara terhomat. Buat apa hendak malu?
Dia baca fb aku. Dia baca blog aku. Maka tidak mustahil dia baca post ini. Jadi saya harap dia bersedia.

2 comments:

  1. straight to her wali
    baru macho bro haha
    smoga berjaya

    ReplyDelete
  2. Haha. InsyaAllah. Memang itu lah yang dirancang.

    ReplyDelete