Happy holiday! (Nada hunger games)
Memandangkan sekarang dah pun masuk bulan 11 which mean budak sekolah rendah dan menengah sudah bercuti, jadi saya yang merangkap pelajar kolej juga turut tidak terlepas meraikannya.
Definisi holiday juga bukanlah tertakluk kepada bercuti di tempat mewah,cantik,hiburan dan sebagainya. Bagi saya itu terpulang kepada setiap individu.
Kepada tuan yang bernama Ashraff Nazrin pula, dia sudah pun menjalani 3 hari cutinya dengan penuh bahagia. Well, walaupun bukan ke tempat hiburan dan menginap di hotel, tapi saya rasa cuti kali ini sangat bermakna kerana saya lakukan apa yang saya suka instead of lakukan apa yang saya biasa.
Yang saya biasa buat adalah terperuk dalam bilik selama saya bercuti. Dan kali ini saya buat cuti menjadi luar biasa.
Hari pertama.
Cuti dari kolej, belum pun menjejaklan kaki dirumah. Saya telah disunting oleh kawan untuk menaiki keretanya ke Alamanda untuk menyaksilan skyfall. Walaupun rasa nak muntah lepas habis movie disebabkan seat paling hadapan, tapi aktiviti ini seronok. Plus, saya dapat beli buku hunger games. So, first day dah dapat tunai dua benda penting. Tengok skyfall dan beli buku. Btw, thanks kepada Asyraf musri yang sudi menghantarku pulang.
Hari kedua.
Hari dimana saya berehat dirumah. Lain dari hari yang biasa saya buat iaitu terperuk dibilik dihadapan laptop kerana kali ini saya menghabiskan masa dengan membaca which is one of the way to improve my english. Yang ini tips dari bro saya. Aiman Azlan. Kehkeh. Selain dari download movie, cerpen sepi episod ketiga juga saya berjaya siapkan. So hari kedua juga boleh dikatakan holiday yang berjaya.
Hari ketiga.
Yang ini best sebab selama saya online facebook di kolej, fanpage burger bakar abang burn asyik post gambar burger yang tinggi-tinggi. Sungguh membuatkan saya mengidam dengan cheese yang cair menyelaputi burger. Ummphhh. Maka saya menyerang jajahan beliau di nilai. Satu keluarga, kecuali ibu yang malas katanya. Dan hari ini habis dengan pencuci mulut tuwuti fuwuti yang saya rampas dari adik. Huahuahua. Jimat duit.
Dan esok, hari keempat hari yang nak diisi dengan ilmu dimana saya akan menyertai aktiviti "The muslim heroes" yang akan dijalankan di UIA. Ada yang pergi? Jangan lupa tegur Aiman azlan junior eh? Pfft.
So, holiday bagi saya adalah dapat lakukan apa yang saya suka. Dan buat sementara ini, apa yang saya suka saya berjaya lakukan.
Kepada yang belum, selamat mencuba. Happy holiday!
No comments:
Post a Comment