Assalamualaikum w.b.t
Disebabkan hari ini tiada banyak isu semasa baru yang timbul kecuali isu umat Islam yang ditindas, maka hari ini di blog ini akan dipenuhi cerita sang raja yang kacak. Hew hew.
Tapi semestinya, jangan lupa doakan dahulu kekuatan umat islam disana dan kehancuran yahudi laknatullah.
Hari ini raja Nazrin bangun seperti biasa menunaikan solat subuhnya. Tapi entah kenapa katilnya jadi begitu empuk hari ini mengajaknya tidur selepas subuh. Tidak seperti hari kebiasaan beliau akan mandi dan bersedia dengan pakaian kuningnya. Okay melebih.
Beliau bangun semula pada pukul 10 pagi dan mandi untuk menghilanglan mamainya. Macam manusia biasalah, bila dah bangun perutnya pun kebuluq bagai nak rak. Lalu beliau turun hanya melihat tudung saji yang kosong tanpa isi.
Apa lagi, kebuluq punya pasal beliau pun bertukang sebentar di dapur. Kerana mengidam hot cekelat, beliau pun meletakkan cekelat nutella diantara dua lapis roti lalu membakarnya dengan frying pan. Walaupun bukan air hot cekelat yang diidamkannya, namun sedak jugak katenye.
Dalam fikirannya sedak sungguh hatinya kalau dapat bini pandai masak. Bagi dia, tak perlu pun bini yang pandai cakap omputih tahap pelajar hogwarts dalam cite Erry Potter tu. Hewhew. Itu iklan komersial.
Cakap pasal Erry potter, Haa! Itulah marathon yang beliau buat harini. Tapi sayang, dia hanya mampu dua episode sahaja harini. Penat katanya. Maklumlah, semalam tidoq lambat semua sebab anon yang putus urat otaknya di ask.fm. Tanya soalan bukan bukan.
Sedia maklum, apa sahaja yang masuk dalam kepala beliau, sentiasa akan difikirkan serious sehingga payah nak tidur. Grr.
Ouh, harini beliau punya adik ternyata tak mampu menandingi result UPSR beliau pada tahun 2006. Masih lagi memegang rekod terhebat. Hewhew. 2 A sahaja yang mampu dua adiknya gapai? Kahkah. Masih jauh nak menandingi kehebatan Raja Nazrin. Sudah dua pencabar dalam keluarga masih lagi kekal sebagai pemegang rekod. Hebat tak hebat?
Apa? Nak tahu result Raja Nazrin? Cek pada link di bawah.
Amboih nama linkkk. Kehkeh.
Agak mengecewakan jugaklah hari ini beliau banyak membuang masa. Tiada mana mana program untuk dihadiri. Talk tentang demokrasi dan Islam tak dapat pergi. Talk tentang berdakwah secara penulisan di UKM pun tak dapat pergi. Last sekali tinggal kem 'remaja bijak jauhi zina'. Harapnya pihak matrik bagi pelepasan.
Huh, kecewa. Kat palestine tak ada masa. Gua kat sini buang masa. Quran pun dapat sentuh lepas maghrib je. Al mulk dulu baca setiap lepas asar pun dah selang seli dah. Macam chipsmore. Ada sapa sapa boleh bagi penampaq kat muka tak?
Ouh itu sahaja kisah beliau hari ini. Tak syok? Jangan baca. Syok? Jangan lupa vote sampai masuk shout award neh?
Ouh,ouh,ouh! Kepada kak Farah Lee, I'm sorry. I didn't know that Ally Iskandar will be mad if I promote your blog. Ampun penunggu gua. Mekasih.
Tata.
Haha.. Nice entry Raja Nazrin... ;)
ReplyDeleteHaha. terimas
ReplyDeleteStudent UKM?
ReplyDeleteOuh tidak. Kolej matrikulasi selangor :)
Delete