Tuesday, February 5, 2013
Kehidupan: Jalan cerita
Assalamualaikum Pembaca sekalian :)
Dah lama rasanya tak berceloteh. Alhamdulillah hari ini saya diberi peluang terhidang depan mata yang entah datang dari mana idea untuk memulakan perniagaan. Okay tipu :p Sebenarnya dah lama dah ada idea cuma tak serius tahap maksima macam hari ini. Jadi hari ini punya tahap serius sangat maksima sehingga saya hanya menjauhkan diri dari laptop untuk mandi solat dan makan sahaja. Mata sudah kuyu walaupun baru pukul 8 malam. Penat rupanya nak berniga ni. Penat nak buat RP. (Rancangan perniagaan) Eceh, guna ayat pengurusan perniagaan yang belajar kat Kolej. :p
Kalau semua tertanya-tanya kenapa tiba tiba je lah saya ni nak bukak bisnes. Jalan ceritanya ada dua.
Pertama,
Kalau ditakdirkan saya lulus untuk menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan di Universiti nanti, saya akan teruskan bidang tersebut cumanya masih akan buat bisnes dengannya. Hah? Macam mana? Senang je, Belajar perakaunan, ambil test yang sepatutnya untuk dapatkan gelaran-gelaran dan membuatkan anda akauntan terhangat di pasaran lalu buka lah sebuah perniagaan akauntan yang bernama Firma perakaunan.
Hah, masih dalam bisnes kan? Walaupun bidangnya perakaunan. Jadi bisnes yang saya mulakan sekarang ini cuma nak ambil pengalaman walaupun bidangnya lain. Pokoknya, bisnes ni kan sunnah nabi. :)
Kedua,
Kalau lah, tak berjaya untuk menyambung dalam bidang perakaunan di Universiti nanti, (Nauzubillah) maka saya sudah ada backup plan iaitu berniaga. Mungkin saya akan sambung belajar dalam bidang pengurusan perniagaan. Dalam pada masa yang sama saya juga berniaga yang bermulanya pada hari ini.
Hari ini, tanggal 5/2/2013 secara rasminya saya menubuhkan satu lagi jenama dibawah From The Inside. Rancangannya kalau menjadi bila diberi kekuatan untuk betul-betul berniaga, saya akan daftarkan From the inside sebagai satu jenama yang rasmi. Dan dibawahnya pula akan ada From The Inside Islamic Store yang akan dirasmikan sebentar lagi. FTISS adalah salah satu produk dibawah jenama From The Inside yang menawarkan segala barangan Islamik.
Kemudian, mungkin akan mengumpul pelajar-pelajar bidang psaikologi dan Islam di sekitar Universiti yang bakal saya duduki nanti untuk menubuhkan satu lagi produk dibawah jenama From The Inside iaitu From The Inside Consultancy. FTIC pula satu produk yang menyediakan khidmat seperti ceramah dan program motivasi. Ala, macam contoh kalau cuti cuti sekolah kan ramai mak bapak nak hantar anak anak pergi kem motivasi. Haa! Yang tu lah saya nak buat.
Fuhh, segala apa yang dicoret mungkin menjadi kenyataan atau pun tidak. Tapi yang pasti saya amat memerlukan doa kalian dan sokongan kalian. Terutama buat rakan rakan yang mengenali diri ini.
Dengan rasminya saya merasmikan page Facebook From The Inside Islamic Store.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak nak ajak aku berniaga? LOL
ReplyDeleteKalau dapat tambah untung aku silakan, kalau potong untung aku tak jadi ah. :p
Delete