Monday, May 6, 2013
Artikel: Aku,Politik,dan Agama
Baru baru ini satu Pilihanraya Umum Malaysia yang ke 13 telah dilangsungkan. Pelbagai peristiwa pahit dan manis serta pelik bin ajaib juga turut berlaku, Apapun saya dengan ikhlas hatinya mengucapkan takziah dan juga tahniah kepada Barisan pimpinan Malysia yang terbaru. Semoga dengan mandat diberikan, tidak kira parti hendaklah dijalankan dengan jujur. Tiada lagi balak hilang, tiada lagi warga mongolia hilang dan tiada lagi enjin jet yang hilang. Maaf, cuma selingan gurauan.
Pelik.
Saya pelik apabila melihat salah sebuah parti yang memenangi majoriti parlimen kerap memainkan isu perkauman. Sudah menang, apa lagi yang dicari? Dicanangkan cina sangat pandai kerana berpegang pada satu parti sedangkan melayu berpecah pada banyak parti. Ini satu statement yang amat mendukacitakan sedangkan PRU sebelum ini mereka yang mendapat majoriti undi cina bertepuk gembira pula.
Sudah hilang sokongan baru melatah.
Dan, engkau yang bernaung dibawah nama pejuang agama, masih bersorak kemenangan dengan status sarkastik sedangkan apa yang dibuat kepimpinan kamu jelas menyalahi hukum Islam.
Renung kembali peristiwa hijrah, Nabi terus mempersaudarakan ansar dan muhajirin tanpa mengira kaum. Lalu berasaskan apa mereka dipersaudarakan? Tali Allah. Agama Allah. Islam. Secara automatik hubungan persaudaraan terus terjalin. Cumanya, kalau sahaja peristiwa persaudaraan muhajirin dan ansar ini berlaku antara kaum Melayu,India dan Cina mungkin baru mereka akan terima hujah ini,
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.(QS Ali-Imran:103)
Jelas perjuangan agama itu lebih utama dari perjuanagan bangsa. Kerana tiada bangsa yang mulia. Not even Arab. Orang Arab boleh makan rasuah, boleh minum arak,boleh bermaksiat. Melaytu juga begitu. Jadi jangan muliakan sangat bangsa kita. Jangan perjuangkan ia lebih dari agama.
Mungkin akan ada yang cakap, di Malaysia kita sebangsa dan seagama. Agama apa jikalau mengamalkan rasuah? Agama apa kalau ada Assabiah? Tidak kah anda sama dengan yang bukan muslim kalau begitu? Jadi lebih baik memilih bukan muslim tapi yang boleh memberi keadilan menurut Tahaluf Siyasi.
Begitu juga apabila ada yang berkata, kenapa tidak bersama dengan agama yang sama dan bangsa yang sama? Gabungan kami dengan golongan yang bukan sebangsa dilihat lebih dapat menaikkan parti yang betul-betul perjuangkan Islam iaitu PAS. Kalau bergabung dengan satu lagi side yang ada banyak parti komponen, macam mana nak dapat majoriti dalam parlimen kalau PAS mencadangkan sesuatu perkara?
Redha.
Bagi puak-puak sebegini saya sejujurnya paling mengecam tindakan menyuruh kami redha tanpa usul periksa. Kami dapat tangkap bangla yang tidak tahu lagu negaraku. Kami dapat tangkap peti undi yang ingin dibawa masuk. Ini lah yang kami tidak Redha!
Apakah kemungkaran depan mata anda akan berkata,
"Allah dah tentukan, redha sahajalah."
Lebih baik aku mencuri kemudian berkata Allah yang tentukan kerjaya aku ini.
Jelas kamu meletakkan kesalahan itu terhadap Allah pula.
Puak-puak begini kebanyakannya disaluti nilai islamik yang masih nipis dan perlukan bimbingan (with all due respect) saya juga bukan orang yang hafal semua hadis dan saya bukan hafiz penghafal quran tapi saya lebih berhati-hati menggunakan hujah agama demi kepentingan apa-apa.
Jenis yang menyuruh kami redha ini adalah jenis yang tidak berusaha,tidak turun padang, tidak tahu bagaimana letihnya yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan misi mereka. Lalu disuruh redha diatas kemungkaran yang berlaku?
Kebodohan apa ini?
Pengajaran
Pengajaran yang saya dapat melalui peristiwa ini adalah kuasa tuhan, siapa yang mampu melawan? Berusahalah sekuat mana sekiranya dia tidak memberi, tidak akan jadi. Banyak ayat quran yang bolrh menyedapkan hati kita sebenarnya melalui peristiwa ini.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (albaqarah:216)
Lalu bila dikatakan perjuangan engkau itu benar, apa yang harus di lembikkan semangat itu?
Kesimpulan.
Saya cuba bersifat neutral untuk post kali ini tetapi apa yang saya dapat neutralkan hanyalah kesimpulan ini sahaja.
Sejujurnya saya tidak bersetuju tidak kiralah dari parti manapun yang berkata "Bodoh lah pergi mengundi parti itu dan ini"
Mana pergi nilai demokrasi itu? Kalau sudah tahu mereka bodoh, tarik lah mereka. Kalau dah tarik tapi mereka degil, senyum dan doa. Konsep yang sama seperti dakwah.
Untuk peringatan terakhir, kepada kesemua pimpinan baru tidak kira parti, jalankanlah amanah kami. Tukarlah persepsi kami untuk tidak terus melawan lagi. Jangan pula ada konsert artis seksi di pusat pentadbiran negara yang gagal kami dirikan pondok tahfiz itu.
"Kami redha dengan kekalahan tapi tidak dengan penipuan."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment