Friday, May 24, 2013
Artikel: Puaskan kamu atau yang satu?
Pendahuluan.
Untuk dalam masa dua minggu ini bermula hari Selasa yang lalu, saya akan menempuhi dan mengendalikan satu program besar iaitu Minggu orientasi Kolej Matrikulasi Selangorunt untuk pelajar sesi 2013/2014. Apa yang biasanya adalah program itu dan yang luar biasanya adalah saya akan memegang tanggungjawab sebagai ketua facilitator untuk minggu tersebut.
Tanggungjawab.
Jika ditawarkan kemasyuran beserta dengan tanggungjawab, Wallahi itu adalah sangat berat. Mungkin di mata kasar beberapa orang akan nampak tanggungjawab itu hanyalah dalam lingkungan beberapa persoalan seperti:
"Dapatkah aku menjalankan minggu ini dengan baik?"
"Dapatkah aku menguruskan minggu ini tanpa sebarang masalah?"
Sedangkan yang akan disoal didalam kubur kelak adalah:
"Kenapa anak buah mu tidak mendirikan solat?" (Jika ada)
"Apa yang kamu lakukan demi islam?"
Bila terfikir soalan sebegini dengan tanggungjawab yang dipegang, saya terbayang betapa sempitnya kuburku kelak.
Wadah.
Saya tahu dan saya sedar dengan jawatan yang diberi oleh rakan kepada saya ini bukanlah atas dasar kelayakan atau ilmu. Jika hendak digunakan atas tiket ilmu, jauh sekali saya dapat memegang jawatan seperti ini. Tujuan saya dilantik adalah sebagai salah satu wadah untuk menegakkan beberapa nilai Islam untuk minggu tersebut.
Dalam erti kata lain, di atas kertas akan tertulis nama saya sebagai Penghulu facilitator tetapi yang sebenarnya kami bersama dalam as-saf cuba menerajui minggu ini.
Dan saya redha dengan cara sebegini malah tidak sedikit pun berkecil hati.
Halangan.
Atas dasar keterbukaan minda, saya tidak akan menafikan akan adanya penentangan. Biasalah, setiap manusia dikurniakan dengan otak tetapi dengan cara pemikiran yang berbeza. Yang menjadikan saya agak kusut adalah ditentang oleh saudara seagama sendiri.
Yang menghairankan saya, saya dilihat seperti seorang yang tegas dan gila kuasa untuk mengaplikasikan nilai-nilai islam yang dicadangkan dan nampak seperti menekan facilitator lain yang kurang faham tentang Islam.
Saya tertanya, minggu yang mahu diisi dengan nilai islamik ini untuk adik baru atau untuk facilitator?
Ya, memang tak dinafikan kesemuanya perlu didakwah termasuk facilitator tapi suka saya menekankan untuk minggu orientasi yang ingin kami isi dengan nilai islamik ini adalah dilakukan untuk adik adik baru tanpa menolak hak facilitator kalau mahu ikut sekali program sebegini.
Masalah?
Mungkin bagi yang berasrama penuh khususnya Integerasi atau dari sekolah agama akan tertawa bila saya menceritakan isunya.
Mereka menentang cadangan saya untuk mengasingkan lelaki dan perempuan waktu riadah dengan alasan akan menyusahkan ramai pihak.
Saya ada kertas cadangan saya sendiri yang belum sempat dijelaskan dan mereka terus menghentam tanpa bertanya.
Saya tidak akan menulisnya disini kerana tidak akan ada facilitator yang akan membacanya disini. Mungkin kalau perlu saya akan bangkitkan pada perjumpaan seterusnya.
Penutup
Ada masa saya tidak pasti harus tergelak atau sedih kerana ada yang cakap,
"Untuk satu minggu je, lepasni korang dah tak tengok dah benda sebegini."
Dalam hati saya cuma boleh menjawab,
"Sudah tiga sesi minggu orientasi dijalankan bermula tahun kolej ini dibuka, apa kata Ini kalilah kita cuba bagi kali ini sahaja untuk lihat bagaimana cara yang berbeza dilaksanakan."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment