Saturday, June 15, 2013

Artikel: Hantu






Situasi pertama:

"Cantiknya tudung dia."

"Kalau tudung je cantik tapi baju ketat baik bogel je."

Situasi Kedua:

"Aku nak masuk meminang dia lah."

"Tak payah lah kau berangan. Ilmu pun tak cukup lagi."



PENDAHULUAN.

Situasi di atas sangat sinonim dengan mentaliti masyarakat di negara kita ini khususnya untuk kaum melayu. Sampaikan bila ada ustaz yang berkahwin empat pun boleh dijadikan isu. 

"Kenapa nak kahwin semua muda?"

Kahwin itu satu kehendak dua hala yang mesti dipersetujui dua pihak. Kalau dah si isteri pun mahu, jadi istilah gatal tidak boleh sesekali timbul. 

EKSTRIMIS.

Situasi-situasi di atas hanya akan dilakukan oleh orang yang ekstrimis terhadap agama. Sedangkan dalam Islam, segala-gala tentang berlebih-lebihan itu atau taksub sudah dilarang sama sekali.

"Tak kan nak beribadat siang malam pun dipanggil ekstrimis dan dilarang kot?"

Kata Ustaz saya, Syaitan ini sangat bijak sampaikan pada satu masa beliau sangat teruja untuk menghabiskan semua bacaan kitab yang diperolehi dari sekolah pondoknya tetapi ditegur oleh gurunya.

"Kamu jangan berlebih sangat dalam baca kitab ni. Walaupun benda ni baik tapi syaitan tu pandai, dia pi bisik kat kamu suruh mengaji je sampai kamu boleh terlupa untuk beramal."

Kalau benda baik pun perlu ada had kecuali anda mampu meng-agak strategi si Iblis.

Apapun, point penting untuk artikel kali ini adalah dengan sikap Ektrimis begini lah wujudnya generasi "Hantu" yang boleh menakut-nakutkan orang ramai untuk mendekati Islam.

KEBIASAANNYA.

Adakah anda tahu bahawa pada situasi pertama itu tadi yang menyarungkan tudung tapi berpakaian ketat itu bermati-matian untuk memakai tudung walaupun dihalang oleh keluarganya? Adakah anda tahu si pemakai tudung itu tadi adalah mualaf?

Tidak.

Soalan seterusnya, adakah anda pernah menerangkan cara berpakaian dengan betul terhadapnya?

Tidak.

Jadi duduk diam atau buat sesuatu selain dari mengeji. Kita sudah terlalu ramai pendakwa. Yang kita perlukan sekarang adalah pendakwah.

Begitu juga soalan seterusnya, adakah anda tahu bahawa yang mahu masuk meminang itu sudah merancang untuk bertunang selama 4 tahun sebagai satu tempoh untuk beliau membuat segala persiapan?

Ya, jawapannya tidak lagi.

KEBURUKAN.

Kesannya pada si bertudung tadi berkemungkinan akan lemah semangat dan akan hilanglah sehelai kain yang menutup rambutnya.

Pada yang ingin meng"reserve" awal dengan niat untuk berkahwin pula akan merasakan Islam itu menyusahkan dan akhirnya boleh terjatuh ke lembah maksiat.

TINDAKAN.

Apa kata anda duduk diam atau buat sesuatu?

"Mana boleh duduk diam, sampaikan lah dariku walau satu ayat. (Hadis nabi)"

Hah! tahu pula main hadis. Cara nabi berdakwah anda tak pernah nak tengok pulak. Nabi berdakwah bukan main hentam! Nabi berkawan dan berkenalan dulu dengan mad'u nya. Sebagai contoh, kita ambil kisah Rukanah. Seorang penggusti kafir. Nabi tidak pergi dengan cara menyampaikan ayat quran sebaliknya disebabkan si Rukanah ini seorang ahli gusti maka nabi bergusti dengannya dengan syarat sekiranya dia kalah, dia perlu terima Islam.

Pendekkan cerita, Rukanah memeluk Islam.

Da'wa is an art. every heart has a locked door. you only have to find that key.

KESIMPULAN.

Masalah ini tidak akan selesai selagi ada si bertudung labuh memandang jijik kepada si bakal muslimah mukminah dan selagi si kaki surau hanya seronok seronok solat lima waktu berjemaah hingga lupa yang melepak di taman-taman permainan.

1 comment: