Tatkala rakan rakan semua sibuk dengan keputusan UPU masing masing. aku kat sini malas nak printscreen smua nak tunjuk aku dapat apa. bagi aku biarlah rahsia untuk keluarga dan sahabat terdekat. Lagi pun smua dah ditentukan oleh Allah. aku terima seadanya. Err, maybe mula mula aku rasa macam sedih tapi rupanya ada hikmah. Terima kasih saya ucapkan pada akhi afiq ikram yang terangkan kebaikan apa yang aku dapat. dan keburukan apa yang aku nak sangat, mohon usha post aku sebelum post ini. ada kena mengena. Fuuh, jauh berpusing dari tajuk.
Jadi aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku tahu, bahawa anak yatim seorang yang sangat beruntung. Nak tau kenapa? sebab derita seorang anak yang tidak beribu dan berbapa sangat kecil dibandingkan dengan hukuman Allah terhadap anak yang derhaka. Nampak tak? Tapi tak dinafikan untungnya ada ibu bapa cuma bila fikir balik, anak anak beruntung ada ibu bapa tetapi ibu bapa belum tentu beruntung dikurniakan anak anak sebab sekarang ni betapa ramai anak2 yang benci ibu bapa sendiri? tengok saja lah berita, lari sana lari sini dengan bangla semua. kalau diorang sayang kan ibu bapa, diorang tak kan tinggalkan walau sekejap pun.
Jadi semua ini tak lain dan tak bukan sudah tentu merupakan tanda kiamat.
"apabila seorang perempuan melahirkan tuannya sendiri"
No comments:
Post a Comment