Monday, May 7, 2012

Pelan

Asalamualaikum.

Tajuk di atas bukan lah menggambarkan pelan bagi mana mana telefon bimbit seperti mexus,celkom,Dg, dan lain lain. Tapi adalah mengenai pelan hidup kita sendiri. Mengakulah mana mana manusia pun pernah berfikiran, aku nak study sungguh sungguh, dapat straight A dalam exam, Aku dapat masuk U, Aku dapat kerja bagus, Aku nak bukak bisnes sendiri, Aku nak kawin dapat anak blablabla. Anda semua yang baca? betul tak anda fikir smua ni? pernah tak kita terfikir tentang perkara yang lawan dengannya? sedangkan kita semua tahu mana ada hidup yang seratus peratus bahagia tanpa sebaran dugaan dan cabaran. pernah terfikir gagal dalam exam? pernah terfikir tak dapat anak bila kawin? pernah terfikir muflis bila bisnes? Dan atas sebab itu lah Allah menyuruh kita berdoa, tadah tangan mohon kat dia yang terbaik, bukan mohon apa yang kita rasa baik. Sesungguhnya Allah lagi maha mengetahui apa yang terbaik buat kita. 

Aku suka dengan ustaz yang selalu bagi kuliah sebelum solat jumaat di masjid MAS. Dia akan cakap kita akan buat solat sunat hajat dan mohon apa yang terbaik untuk kita, contohnya bila air asia dgn Mas nak bergabung, ramai pekerja yang takut maka ustaz itu pun menyeru untuk solat hajat dan mohon sekiranya projek itu bagus untuk kita maka Allah permudahkan, tapi sekiranya untuk lingkupkan kita maka Allah lingkupkan mereka. Nampak tak? dia tak minta terus kat Allah cakap jangan jadikan projek ni, tapi minta apa yang terbaik. 

Disinilah kesilapan kita, suka memohon mengikut apa yang kita mahu. Bukan mengikut apa yang terbaik buat kita. Benar, kita rasa itu terbaik buat kita, tapi adakah anda lupa bahawa Allah juga merancang dan DIA lah sebaik baik perancang? Disini jugalah yang boleh mencipta perasaan kecewa dan perasaa putus asa. Sudah lah anda tak berpegang kepada keputusan Allah, malah putus asa seolah olah Allah tak sayangkan kita. Ingat bahawa nikmat itu ujian dan ujian itu nikmat. Kita selalu silap tetapi Allah tak pernah silap. Dua kata ni aku dapat dari saudara seagamaku yang belum ku sempat berkenalan. beliau ialah ketua umum sepintar sebelum aku sempat menjejaki kaki ke sekolah itu. Ingin sangat melihat cara dia mengawal manusia di bawahnya kerana tertarik dengan tulisan tulisan status nya di facebook.


Akhir kata, jangan keranan nikmat Allah kita kufur, dan jangan kerana ujian Allah kita murtad.


No comments:

Post a Comment