PERBEZAAN
Dua hari aku dikampung cukup buat aku rasa perbezaan. Manakan tidak, setibanya aku di kampung nenek menyambut kehadiran aku. MasyaAllah. Aku pun lupa bila kali terakhir aku bersemuka dengan nenek. Sudah lama barangkali. Tentang perbezaan yang aku kecapi kali ni, dahulunya aku benci balik kampung, tak rasa seronok pun. ye lah, tahniah kepada mark zukernberg dan lain lain yang berjaya mencipta laman sosial untuk remaja sehingga susah dipisahkan. Tapi kali ni seronok sangat. Mungkin juga pemikiran aku semakin matang.
KETENANGAN
Ketenangan di kampung memang sukar dinikmati di bandar. Maaf lah kalau anda semua cemburu bagi yang kampungnya di KL. Tapi benar, hati terasa lapang, idea untuk bergambar juga banyak masuk walaupun hampir berbulan meninggalkan kemera bahana kerja. Kat sini lah aku mengenal ayam, itik, dan macam macam nama pokok buah buahan yang mungkin orang KL dan berspeaking akan terbelit lidah menyebutnya. Maklumlah, duduk Kl mana ada kelas nak utamakan bahasa bangsa sendiri. Bila saja sampai dikampung, satu benda penting yang aku perasan hanya kereta makcik sahaja yang ada dikampung. Anda boleh fikir sendiri betapa nyamannya udara tanpa kenderaan yang membawa macam macam gas.
MASALAH
Setibanya aku dikampung membawa berjuta masalah. Universiti, dan macam macam lagi. Tapi semua tu hilang, Aku tak teringat apa pun kat sana. Apa yang nenek aku suruh, Aku buat. Kasihan tengok nenek terjingkut jingkut. Bila tengok je masa dia menyambut kami terus aku tanya "bila kena". Alahai, bila difikirkan balik memang jauh kematangan aku beberapa bulan lepas. Alhamdulillah.
PESANAN
Nenek banyak bagi pesanan masa kat kampung. Bila aku cerita pasal aku join bersih nenek terkejut. Kelakar pun ada jugak. Dia nasihat cakap jangan buat lagi sebab takut kena tangkap. Dalam hati aku cakap tak apalah. Nenek cakap dia nak tengok aku kawin. peace, haha. Aku diam dan senyum je lah. Nenek mintak aku belajar dekat dekat. Tapi aku selalu jawab sambil mengacah biarlah jauh lagi best. Kalau dapat bawak nenek belaja kat luar nanti mesti best. Atleast dia sempat tengok aku graduate pun jadi lah. Bila dia cakap pasal kahwin mesti dia kira umur dia. Itu yang jadi tak best tu. InsyaAllah, mesti dapat tengok.
PENUTUP
Akhir sekali, sebelum balik aku sempat menghulur sebahagian duit gaji aku yang tak seberapa kat nenek.
Dulu dulu nenek dengan atuk selalu bagi duit bila aku balik. maklumlah, cucu pertama. Now turn aku lah kot nak balas smua. Untuk nenek aku bagi lah itu, and untuk atuk, bersihkan kubur dan sedekah surah yang aku mampu. Jujur masa aku darjah dua yang boleh diketogorikan sebagai noob, aku menangis bila tengok atuk terbaring atas katil pakai kain kafan. Mungkin ini yang dikatakan lelaki punyai 9 akal. wallahualam.
No comments:
Post a Comment