Asalamualaikum w.b.t
Walaupun niat dihati untuk membuat kerja tutoran pada pagi ini,
Tapi hati ini lebih bahagia kalau dapat menyampaikan sesuatu.
Lebih gembira kalau dapat menyelesaikan masalah seseorang.
Untuk si penanya,
Maaf lah ketika aku menjawab tempoh hari,
hanya memberi jawapan mudah,
Tiada dalil, tiada hadis.
Kali ini aku cuba sebaik mungkin.
"Kalau bacaan dalam solat tidak sempurna, macam mana?"
Sebagai kiasan, sebelum kita nak pandai apa apa pun kena belajar,
Nak belajar math kena kenal nombor,
Nak belajar Ekonomi kena tahu membaca.
Sama juga dengan Quran.
Nak baca, kena tahu hukum tajwid,
Kena tahu makhraj sebutan yang betul,
Kena tahu semua yang berkaitan.
Kalau dalam solat?
Ada dua kategori.
Yang pertama.
"Ghoighil maghdu"
yang baca surah alfatihah begini.
Ini ustaz Azhar kelaskan kepada yang pelat R.
Dalam kes sebegini di bolehkan hukum syara.
Sebab buat macam mana pun lidah dia tak boleh sebut.
Faham yang ni?
Yang kedua,
Orang yang tak tahu pasal makhraj, pasal tajwid.
Dia bantai semua bacaan dengan hukum sendiri.
Dia sedar, dia tak pandai mengaji.
Tapi masa dia habis depan laptop,
Masa dia habis depan Sinetron tv 3.
Dia tak mahu belajar.
Yang ni kes berdosa.
Dalam quraan juga Allah berfirman,
“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika
kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43)
Dengan ayat ini jelas, Al quraan mempunyai semua ilmu.
Sekian sahaja untuk celoteh hari ini.
Terima kasih kepada si penanya.
Kepada pembaca,
IM saya terbuka untuk soalan.
Untuk sembang mungkin kepada yang rapat sahaja.
Yang termampu saya akan jawab.
Mungkin saya akan jawab secara mudah tetapi saya akan panjangkannya di blog ini.
Maaf kalau cara saya menjawab di IM kelihatan sombong.
Tapi sebenarnya saya cuba untuk memendekkan ayat selagi boleh.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment