Monday, August 13, 2012

Q&A: Panduan Buat Dai'e

Asalamualaikum w.b.t

Post kali ini ideanya datang ketika aku ingin melentokkan diri di masjid Shah Alam tempoh hari. Datang dari satu soalan yang ditanyakan kepada aku malam itu. Soalan yang sering kita dengar yang berbunyi,

"Saya bukanlah baik sangat, tapi wajarkah saya menegur kawan saya yang bergaul bebas"

-Anonymous-

Suka saya perbesarkan skop untuk menjawab soalan ini. Jangan ambil dari skop pergaulan bebas sahaja, malah kita ambil dari sudut berdakwah. Untuk mencegah kemungkaran. Maksudnya, mencegah segala jenis maksiat. Dan suka saya nak beritahu, ramai manusia menyalah anggap yang "maksiat" ini hanya berkaitan zina. Maksiat ini dosa. Saya tekankan. Mengumpat juga adalah maksiat. Boleh faham disitu?

So, kita berbalik kepada topik. Untuk menjawab soalan ini, saya akan menggunakan cara Hilal Asyraf, bukan cara Ustaz Azhar Idrus. Maksudnya saya serious. Kalau boleh nak je jawab malam tu sambil melawak, tapi tak molek. *muka tengah serious*

Pertama,

Setiap manusia yang bernama islam. Tak kira muslimin atau pun muslimat kena faham satu perkara bahawa berdakwah itu satu keperluan. Maaf, saya tidak boleh pastikan sama ada hukumnya fardhu ain atau fardhu kifayah tetapi pernah dengar ianya hanya fardhu kifayah. Tapi abaikan, kerana kalau kita tak buat, tak kan nak tunggu pelajar tahfiz yang tiada disitu untuk berdakwah? Alamatnya, si pemaksiat tak langsung menelan pentarbiyahan. TETAPI, mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan adalah amat dituntut dalam islam. Seperti sabda nabi,

"Ballighu "anni walau aayah"

"sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat"

Dalam surah AL-ASR jugak tidak ketinggalan, [103:2-3]

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 

Dan ini,

 Daripada Ibnu Umar r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawab terhadap pimpinannya,seorang pemerintah adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap rakyatnya.Seorang suami adalah pemimpin kepada keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap orang yang di bawah pimpinannya.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Maksud hadis ini adalah kita semua adalah pemimpin, sekecil kecil pemimpin adalah memimpin diri kita sendiri. Jadi memimpin kawan kita juga adalah salah satu darinya. Jadi jangan seronok sangat menjadi ketua kuliah, ketua praktikum kalau tak reti nak bawak nilai islam, kalau tak reti nak selit dakwah dalam group atau kuliah untuk yang non muslim. Sebab Allah tak kan tanya berapa ramai four flat yang berjaya anak buah kamu dapat, tapi Allah akan tanya mereka, bagi yang non muslim, "kenapa kamu tidak memeluk islam?" lalu dia menjawab. "ketua saya tidak berkata apa apa tentangnya" Jadi dengan tak semena mena, terheret lah anda. Begitu juga tanggungjawab dengan kawan, mereka juga akan menjawab "tiada rakan saya yang menegur tentang kesalahan saya itu dan ini"

Disebabkan benda kecil bergini kita terhijab ke syurga.


Kedua,

Point ini saya lebih suka untuk mengetengahkan cara cara berdakwah itu sendiri. Saya nak anda semua pegang disini bahawa cara menarik orang ni luas skopnya. Sebagaimana yang belajar perniagaan, banyak caranya nak menarik pelanggan, ada diskaun niaga, ada promosi. macam macam kan? Cuba buka dan kosongkan minda anda yang berdakwah dan mencegah kemungkaran ini hanya ada satu cara iaitu pergi face to face dan cakap depan depan. Saya tak sangkal, tapi untuk sesuatu situasi ia amat dangkal. Kita nak berdakwah nak menarik orang ke arah kebaikan, macam mana mereka nak tertarik kalau kita buat tak menarik? Untuk situasi dia bergaul bebas dengan jantina lain tapi pada masa yang sama ada rakan lain bersama mereka. Ramai. Lalu anda gunakan face to face. Tidak ke malu orang yang anda tegur? Betul anda sudah menyempurnakan tanggungjawab, tapi berlaku pembaziran kerana kosong tiada keuntungan. Meh sini saya nak kongsi Idea yang terngiang ngiang dalam kepala otak saya.

RAMAI

Kalau ramai, tegur lah secara umum. Biar semua terasa, biar semua terkena. Bukan hanya target kepada kawan anda sahaja. contohnya, bila dalam solat. Pak imam terdengar makmum kentut. Imam tak boleh cakap, "siapa kentut tadi pergi memperbaharui wudhu" Nescaya tiada yang keluar kerana malu. Jadi pak imam boleh cuba pusing sikit ayat tu, "Ayuh kita semua memperbaharui wudhu" Kan senang, semua keluar, tiada yang malu. Malah semua dapat pahala sunat.

SEORANG

Yang ini lebih mudah kerana macam macam cara boleh buat. Anda boleh direct sound, anda boleh cakap berlapis. Dan macam macam lagi. Cuba kreatifkan minda. Kalau ikutkan kepala saya, satu hari satu malam post ni tak siap.

PENULISAN 

Yang ni pun best. Macam yang saya tengah buat ni lah. Kalau rasa suka menulis, cuba buang tabiat menulis masalah cinta dan masalah bergaduh dengan kawan di facebook. Tiada orang yang peduli pun. Tak reti menulis ayat ayat manis? Tidak mengapa. Dakwah itu seni.

"Untuk menulis, bukan itu bidangku.Tapi aku ke sekolah belajar menulis.Jadi inilah alasan aku untuk terus menulis.Walaupun merepek.Kalau salah tegur sajalah."

 
TAULADAN 
Ini mungkin mudah dan mungkin payah. Kerana sebelum nak bawak islam, tegakkan dulu dalam diri. Sebab itu lah manisnya dakwah ini, sebab sedang kita menegur ke arah kebaikan, sedang itu jugalah kita bawa diri kita kearah pembaikan. Konsepnya, Aku menegur, kita berubah.

DOA 
Yang ini sering kita terlupa. Sebab itu ramai diantara kita kecewa bila apa yang disampaikan dicemuh dan tidak diterima orang. Ingat, hidayah milik Allah, kita hanya sebagai penyalur. Nabi juga lebih banyak berdoa dari berdakwah. Kalau tak silap saya lah menurut apa yang saya pernah dengar sebelum ini. 





Yang ketiga,

"Saya takut mereka fikir saya bajet baik"

Jawabnya mudah, 

"adakah mula mengingati Allah lagi teruk dari meninggalkan Allah selepas mendapat nikmat nya?"

 

Anda juga kena ingat. Nabi kena baling tahi, tak kan kita baru dicemuh sudah melatah? 
Jadi kenapa harus takut? 




Sekian sahaja untuk celoteh minda hari ini.
Kalau salah tegur, Kalau betul amalkan.
SEMOGA ALLAH REDHA.
MARI MENJADI HAMBA! 

3 comments: