Sunday, August 12, 2012

Kehidupan: Pengembaraan Menambah Kematangan.

Asalamualaikum w.b.t

Di sebalik masa masa dan detik yang masih ada sebelum menjelmanya azan asar, aku menguatkan diri, untuk menulis post terbaru. Walaupun badan masih letih. Tapi aku taknak bibit bibit kemanisan semalam luput ditelan tidur panjangku. Okay cukup sebagai mukadimah.

Mahu di umumkan semalam adalah iftar rasmi batch SBPI rawang 0710 atau lebih macho dipanggil  WINNING ELEVEN. Jadi kami bersama lebih kurang 80 orang di dalam NANDO'S yang kecil di dalam Mid Valley megamall. Datang seawal yang mungkin, air liur juga kekeringan kerana bercerita soal hidup masing masing.
Maklumlah, berapa lama tak jumpa. Banyak yang berubah. 

  • Makin tough
  • berjanggut
  • style rambut jadi lurus
  • masih sama (mohon hidayah mungkin)

Tapi semua diatas bukan lah soalnya. Aku bangga bila ada yang boleh tarik aku ke arah yang lebih baik.
Mana taknya, kalau dulu bila cuti, panggung wayang lah tempat ku melepak. Tapi sekarang, Majlis ilmu tempat aku berhibur. Thanks kepada yang terlibat membawa aku masjid Shah Alam. Bukan sekadar dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus, tapi sampai tidur masjid dan Qiamulail. Perkara baru lepas tamat sekolah. Perkara yang dahulunya nak dekat dekat SPM baru buat. Rindu betul tidur di masjid Sepintar. 

Ouh kat sini nak lepas geram jugak kepada si pengacara majlis. Rakan dorm dahulu. Dengan tak semena mena nama aku dipanggil untuk membaca doa buka majlis. Siap "Al-fadhil" lagi. Gugup punya pasal doa pun sampai tak ingat. Kalau lah muka aku putih, blushing mesti korang nampak. hehehe.

Apapun, sampai sini sahaja tugas jari,
Selebihnya saya serahkan kepada gambar.
Maaf, gambar iftar tiada kerana ada sesuatu yang menarik mood photography aku semasa majlis berlansung.
Moga itu memberi ransangan untuk aku bekerja lebih kuat dalam mentarbiah manusia.
Bukan mengalah.

Sahur :)

UAI tak marah pun masa ceramah mereka tidur :D
Yang senyuman semanis kurma belah kiri itu kacak.
Calon suami mithali

Begitulah mantapnya ukhuwah kami.
Ada si pencipta gelak ketawa.
Ada pentarbiyahan yang berkesan.
Kami melengkapi.

Bagi yang nak terbang ke bumi lain,
Tak kiralah bumi anbia' ataupun ke bumi barat.
Kuatkan iman.
Godaan syaitan sentiasa ada.
Yang masih tercari cari lonjakan untuk berubah,
Saya disini mendoakan.

Semoga ALLAH redha.

2 comments: