Sunday, August 26, 2012

Cerpen: Revolusi




"Kita putus!"

Jeritan yang agak tegas dari seorang lelaki terhadap seorang wanita.

"Saya pun dah tak boleh tahan dengan perangai awak!"

Maka berakhirlah kisah percintaan di antara Yasmin dan Zack. Percintaan yang bermula hampir 13 bulan yang lalu lebur pada malam itu juga.

Puncanya, Yasmin yang agak keras kepala sifatnya sering kali ingkar kata kata si kekasihnya.

Berbekalkan seeibu satu ego, kedua-duanya berhenti bertegur seperti tiada apa apa berlaku. Malam itu juga satu demi satu kilauan 'flashback' hinggap di fikiran Zack.

Seperti baru sahaja mereka meluangkan masa makan bersama di restoran makanan barat bernama Full house cafe. Disitu jugalah mereka menyambut hari kelahiran Zack. 

Setiap kata didalam inboxnya dihayati. Setiap wall di facebooknya diratapi semula. Terdetik dalam hati untuk Zack mencari Yasmin semula.

"Ahhh, pedulikan. Dia tak ikut cakap aku. Aku boleh hidup tanpa dia."

Begitulah suara ego si sang lelaki. Tetapi hatinya masih mengulangtayangkan apa yang berlaku sepanjang percintaan mereka. Bagaimana mereka keluar bersama. Makan bersama. Dan jumpa senyap senyap ketika masih di bangku sekolah dulu. Tapi semua itu hanya kenangan.

****

Yasmin:  Awak, nah ambil ni.

Sambil menghulurkan kotak bewarna kelabu disertakan dengan senyuman tersipu malu.

Zack:  Apa ni? saya harap game ps3 terbaru. Hehe.

Yasmin:  Awak ni tak habis habis game. Bukak lah dulu hadiah hari lahir awak tu.

Zack:  Alaa, bukan game ke?

Zack bergurau manja.

Yasmin:  Cantik tak?

Zack:  Cantik, tapi kenapa warna kuning? Hmph.

Yasmin:  Eh, kuning lah macho. Meh sini try.

Yasmin meletakkan baju yang dibelinya sempena hadiah hari jadi Zack yang ke 18 di dada Zack untuk mengukur.

"Zack! berikan saya maksud pengorganisasian"

Jeritan Puan Ayuni tiba tiba menggegar anak telinga Zack.

"Err.."

Zack menggaru kepala sambil terkial kial menyemak nota.

Tu lah, siapa suruh mengelamun.

****

 Revolusi yang dinamakan sebagai Yaumul Ghadab atau Hari Kemarahan masih diteruskan. Malah, ia semakin menghebat dan terus mendapat sokongan rakyat jelata. Kini rusuhan antara golongan anti kerajaan dan prokerajaan ( dikatakan geng Hosni Mubarak) berasakan bagaikan di medan pertempuran dan ia mengakibatkan ratusan nyawa yang terkorban dan ribuan yang tercedera.

Impak kepada revolusi ini ialah hilangnya keamanan, kesejahteraan dan ketenangan untuk rakyat Mesir. Saat ini, mereka perlu membayar sebuah revolusi kebangkitan dan perubahan dengan huru hara, pergolakan, pergaduhan, tumpahan darah dan persengketaan. Inilah harga yang perlu dibayar untuk kebangkitan sebuah revolusi.

Apa kesudahan kebangkitan rakyat Mesir sehingga kini telah berlanjutan masuk minggu yang kedua?

Bagaimanakah nasib Hosni Mubarak selepas ini? Terus kekal di tahta seperti biasa, dibuang Negara, diadili atau mati ditangan rakyatnya sendiri?

Masa depan Mesir – siapakah selepas ini yang akan mencorak dan mentadbir pemerintahannya? Satu tanda tanya yang kini menjadi sebutan dan bualan ramai.

Dan, nasib rakyat Mesir sendiri selepas mereka melakukan satu pengorbanan yang sangat besar dalam hidup mereka iaitu mencetuskan revolusi yang belum pernah berlaku dalam sejarah Mesir?

****

Bam! Bam! Bam!

Bunyi meja diketuk menyergah Zack yang berada di awang awangan.

"Kau ni Ucop, tak habis habis kacau aku."

Keluh Zack yang masih lagi terkejut dengan sergahan kawan baiknya itu.

"Mana taknya, orang lain pergi makan kau duduk sorang sini mengelamun kenapa?"

Dengan slumber,

"Tak ada apa pun"

"Apa yang kau fikirkan sebenarnya?"
Tanya si kawan yang ingin tahu.

Zack kemudiannya menarik nafas panjang seolah olah bersalah ingin menceritakannya. Takut kalau ditertawa. Malu kalau Ucop tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikannya.

"Revolusi Mesir"

 Jawab Zack pendek sambil mengangkat keningnya yang bersambung.

"Hah, dah kenapa dengan revolusi mesir? ada saudara mara kau ke kat sana?"

Ucop berseloroh.

"Ada. Semua kat sana tu saudara aku. Saudara sesama islam"

"Lain macam je bunyi kau ni. Kau demam ke?"

Ucop masih geli hati dengan sikap kawannya itu.

"Aku tak demam lah. Aku serious. Aku rasa aku pun nak berevolusi."

Ucop kehairanan.

"Aku nak tengok islam bangkit, tapi diri aku pun tak bangkit dari tidur dunia lagi. Aku rasa sekarang masa sesuai untuk aku berubah. Lagi pun kat sini semua tak tahu perangai aku yang dulu."

"Maksud kau?"

Dahi berkerut, kepala digaru tanda runsingnya fikiran si Ucop.

"Aku dah putuskan, aku nak join gerakan surau. Aku nak berdamping dengan orang yang baik baik. Aku menyesal dengan dosa aku yang dulu."

"Ooo, aku ni tak baik lah?"

Ucop bertanya dengan nada mengusik.

"Err, boleh jadi jugaklah. Hehe"

****

Pada pagi sabtu yang dingin tanpa diganggu kelas tutorial mahupun kuliah, Zack gemar meluangkan masa gembiranya bersama bantal dan tilam kolej kediaman yang boleh tahan empuknya.

Lagu Maher zain berkumandang di telefon bimbit pintar Zack menandakan ada mesej baru yang menjengah ke dalam inbox beliau.

"Zack, pukul 9 ni ada usrah. Jangan lupa datang"

Perasaan malas berlawan dengan perasaan rajin. Begitulah peperangan di dalam hati baru yang ingin dicipta Zack. Malas kerana waktu sebegini lebih sedap melayan mimpi dari benda lain. Rajin kerana ingin cuba perkara baru disamping mendidik hatinya pulih kembali.

Dengan rambut tidak disikat dan masih basah, Zack tiba dengan muka yang agak masam semasam buah mangga yang belum masak.

Dimulakan dengan tadarus, tadabur, dan kemudiannya slot berkongsi ilmu. Muka yang dahulunya ketat makin beransur longgar dek kerana banyak cerita menarik yang diceritakan sesama ahli usrah. 

"Ni ada ana bawak roti canai sebenarnya. Jom makan"

Pelawa Naqib yang manis mukanya. 

Berbekalkan hanya satu talam, ahli usrah termasuk Zack seramai 9 orang makan beramai ramai.

Manisnya muka Zack ketika itu kerana pengalaman pertama makan sebegitu sambil ditemani gurauan gurauan seniornya. 

"Aih, tadi ketat je muka. Bila bab makan, macam dunia ni dia yang punya. Hehe"

Zack tersenyum malu sebagai tanda respond kepada sapaan Naqibnya.

****

6 bulan berlalu dengan pantas. Perubahan demi perubahan dapat dirasakan dalam diri seorang pemuda yang dahulunya tidak mengenal baik dan buruk.

Perasaan itu dikongsi dengan ketua gerakan suraunya yang bertanggungjawab memberinya peluang untuk mengambil bahagian dalam gerakan tersebut.


Zack:  Aku rasa happy lah bila join gerakan korang ni

Amir:  Happy memang lah. Bangga orang pandang tinggi kat kita. Jangan sampai lupa tanggungjawab sudahlah.

Zack:  Eh kau ni, ke situ pulak. Aku happy sebab ada yang aku boleh gelarkan sahabat, ada yang boleh jaga aku.

Amir:  Baru kau tau kerja dakwah ni bukan sentiasa tegang je muka. Ada masa kita gurau jugak.

Zack:  Hehe. selama ni aku ingat budak surau ni geng hafal quran je kerja dia.

Amir:  Teruknya kau fikir, kalau betul macam tu masa kau merayu nak join aku dah suruh kau pegi beli jubah dengan kopiah dulu, baru aku bagi kau join.

Zack:  Hehe. Mana lah aku tau. Sekarang dah tau. And aku nak bagitahu semua orang pulak yang hidup cara islam pun boleh happy.

"Dik nak pergi mana tu! makanan belum bayar lagi dah nak cabut?"

Semangat punya pasal sampai terlupa makanan yang dibelinya belum dibayar. Spoil betul lah.

****

Dibalik perubahan yang berlaku masih ada dalam hati Zack sedikit rohnya yang lama. Terkadang beliau termenung mengingatkan kekasihnya. Tapi perasaan itu beliau kunci dan sedaya upaya tutup dari rakan barunya.

Masih lagi mencari cari makna istiqamah dalam beribadat.

Begitulah seharian hati Zack berperang. Meronta inginkan kembali rohnya yang dahulu. Tetapi dengan santapan rohani yang beliau peroleh dari rakan rakan baharu, Hati itu lembut kembali.

****

Hari ini umat manusia meraikan pesta demokrasi,kemahuan dan hak mesti di tuntut bukan di turutLihat seterusnya..

Akhirnya Setelah 18 hari berhimpun, berdemo, mendesak hingga ratusan rakyat marhaen yang terkorban, akhirnya Hosni Mubarak pergi jua....

"Kenapa berkerut je muka kau aku tengok ni Zack?"

Sergah sahabatnya dari belakang.

"Takde, aku cuma baca paper ni haa. Mesir dah berjaya."

"Ha, baguslah. kenapa nak berkerut pulak muka tu?"

Sahabat kehairanan.

"Aku cuma terfikir revolusi dalam diri aku pulak. Berjaya atau pun tidak."

Sahabat biliknya itu yang bernama Farhan cuma tersenyum sambil menepuk belakang badan Zack sebelum mengeluarkan kata kata dari bibirnya.

"Sebenarnya, setiap hari kita berubah. Cuma perubahan itu sikit atau banyak je. Mana ada hari semalam yang lebih baik dari hari ini, Kalau ada maksudnya semalam kita hidup hari ni kita mati lah. Hehe"

Terang si Farhan dengan gurauan.

****

Tangan yang memegang sekeping kertas putih itu masih lagi menggeletar. Ditenung lama seolah-olah tidak percaya apa yang ditulis di atasnya. 

"Tahniah! Kan aku dah cakap, bila kita bantu agama Allah, mesti dia bantu kita balik"

Jeritan Amir sambil memeluk Zack yang masih terkejut dengan result exam final nya. 

"Tu lah, dulu aku selalu mengeluh tak cukup masa sebab kau selalu bagi aku tugasan gerakan surau"

Begitulah gembiranya si Zack pada waktu keputusan itu berada di tapak tangannya, Membuatkan beliau berasa yakin kembali untuk mengejar cita citanya. Menyambung pelajaran ke Universiti luar negara. Harapan yang gagal ditunaikan selepas keputusan yang tak berapa memberansangkan dalam SPM.
****
Majlis yang ditunggu-tunggu. Majlis yang menandakan bahawa kontrak berkhidmat untuk kolej itu sudah pun habis. Kini masa penghargaan di atas segala jasa yang ditabur.
Semua Ahli gerakan surau dan juga persatuan yang lain menunggu untuk diberi sijil dalam acara yang tidak seberapa itu.
Ada yang bangga nama dipanggil untuk naik ke pentas. Tidak kurang juga ada yang bersedih kerana itu semua telah menjadi kenangan nanti.
"Majlis menjemput Amir bin Abdul Razak untuk menyampaikan sepatah dua kata"
Begitulah nama pengerusi gerakan surau dipanggil untuk mengucapkan kata kata terakhir kepada tanggungjawab yang bakal ditinggalkan kepada adik adik tahun hadapan.
"Kalau aku lah, mahu luruh gigi aku nak bercakap kat depan."
Zack hanya tersenyum melihat manisnya senyuman seorang dai'e dan tanpa segan boleh bercakap dikhalayak ramai.

"Saya amat bebesar hati ingin memanggil rakan saya yang paling aktif dalam persatuan ini. Saya menjemput Zaki bin Alias untuk memberikan sedikit ucapan"

Gulp.

"Amir ni biar betul, sengaja nak kenakan aku lah ni."

Bentak hati Zack.

Hampir seminit keadaan menjadi senyap kerana Zack yang dipanggil masih belum bangun memulakan langkah naik ke atas pentas.

Lalu Zack memberanikan diri untuk bergerak secara perlahan. Ada juga sikit dalam hati rasa bangga bila dipanggil tapi gemuruh lebih menyelubungi apabila terfikir perlu memberikan ucapan.

Berselisih dengan Amir yang baru turun dari pentas.

Zack berbisik.

"Apa aku nak cakap ni? Siap kau lepas ni aku sekeh kepala."

"Semoga berjaya. Hehe"

Amir hanya tersenyum dan berlalu pergi.

Diketuk mic sebanyak tiga kali bukan kerana masalah teknikal tapi untuk mengambil mood berucap sambil membuang gemuruh yang meronta di dalam hati.

"Mati lah aku. Malunya kalau gagap."

Selepas hembusan nafas yang panjang, satu ilham datang mengetuk pintu otak Zack untuk berucap dan diluahkan.

"Bismillahirahmanirrahim"

Zack memulakan bicara.

Satu ketika saya tiba disini dengan latar belakang yang buruk
Lalu disedarkan oleh teguran Allah
Melalui persekitaran yang dirancang rapi
Revolusi Mesir dan sahabat baru.

Saya mengambil bahagian dalam persatuan ini untuk merubah diri saya
Tetapi perubahan itu perlu dibayar dengan tanggungjawab
Ya, tanggungjawab menjaga kamu semua dan juga diri saya
Dari maksiat yang sering kita lupa.
Maka setelah mengambil tanggungjawab itu,
Sekiranya ada yang terserempak dengan saya dalam keadaan kamu freehair,
Eloklah kamu tidak menegur saya
Kerana saya rasa gagal membentuk kamu menjadi insan berguna..
Sekian, terima kasih.
****

"Agaknya apa lah jadi kat Yasmin ye?"

Zack terfikir sambil memandang ke luar jendela kapal terbang yang dalam perjalanan menuju ke tempat pembelajaran baru beliau. Australia.

"Itu tak pentinglah, yang penting aku harap dia terjaga dalam redhanya sudahlah."


No comments:

Post a Comment