Saturday, September 1, 2012

Cerpen: Merdeka





*****

Suatu ketika diajaklah Yusuf berjalan menuju lorong-lorong kamar, masuk kamar keluar kamar, sampai kamar terakhir, sudah ada 12 pintu yang mereka lewati.

Tanpa sepengetahuan Yusuf, seluruh pintu-pintu kamar itu dikuncinya, dan kuncinya disimpan diam-diam.

Di kamar yang terakhir itu, jauh dari orang lain, Zulaikha sudah tak dapat menahan kerinduannya pada Yusuf yang sudah terpendam selama bertahun-tahun. Ia mendekat pada Yusuf, tapi Yusuf menghindar. Demikian selanjutnya, Zulaikha mendekati Yusuf, Yusuf menghindar. Sampai ketakutan Yusuf memuncak.

Ia tak mahu menjatuhkan dirinya ke lembah nista, Yusuf membalikkan punggungnya berlari menuju pintu kamar itu.

*****
Aidil menutup pili air pancut itu dengan perlahan. Tubuh yang menggeletar disebabkan air yang sejuk itu bingkas ditutup dengan kain tuala bewarna kuningnya.

Kemeja hitam itu dibutang sehingga ke atas. Tali leher tanpa corak bewarna merah itu ditarik rapi hingga ke leher. Ketat dan kemas.

Songkok hitam di atas meja diangkat dan disarungkan di kepala sambil memandang cermin.

“Subhanallah, kacaknya aku. Hehe”

Aidil memuji dirinya sambil tersengih.

“Ya Allah, janganlah kerana wajah ini menjadi sebab aku berlaku maksiat sedangkan nabi Yusuf mempunyai lebih dari ini masih kuat memperhambakan diri kepada mu.”

Indah di wajah, cantik imannya. Begitulah kombinasi terbaik dari seorang nabi yang menjadi dambaan Aidil.

*****

Kelas pagi Puan sumayyah berjalan seperti biasa. Sayup-sayup kedinginan penghawa dingin cukup membuatkan badan Aidil menggeletar sambil menundukkan pandangan untuk mengambil posisi terbaik melelapkan matanya.

“Pap!”

Satu tamparan kuat hinggap di belakang Aidil.

“Bangunlah, nanti Puan Sumayyah Nampak!”

Bisik Alif sambil menggertak.

Sudah menjadi kebiasaan Alif sebagai teman baiknya untuk menjadi ‘jaga’ buat mata si Aidil.

“Aku mengantuk sangatlah, Aircond ni sejuk sangat.”

Keluh Aidil.

“Saya nak kamu buat presentation tentang kemerdekaan.”

Kata-kata Pn Sumayyah itu dikeluarkan sesuai dengan tarikh kemerdekaan yang semakin hampir.

“Haihh, budak sorang ni”

Alif menggeleng kepala melihat gelagat Aidil yang masih tersengguk melayan alam mimpinya.

*****

Pantai yang bersih serta bunyi ombak yang merdu membuatkan Aidil termenung lama. Melihat ke arah langit dengan keadaan mentari yang menyinar, terasa seperti dia mahu terbang.

Dalam keadaan tidak disangka, tubuh Aidil yang kurang berisi itu seperti terangkat ke atas. Bagai ada satu daya yang menariknya ke atas. Tangan yang berada pada sisinya ketika itu mula terangkat ke atas.

"Abang aidil, jom lah makan. Ibu panggil tu."

Rengekkan manja dari seorang adik perempuan yang menyentap mimpi indah Aidil.

"Alaaa, abang mengantuk lagi ni."

"Kalau abang berani pejamlah mata lagi, Najwa tahu nak buat apa nanti."

Ugut adik yang sememangnya rapat dengan pelajar bidang sastera itu.

"Buatlah. Abang tunggu dalam mimpi tau?"

Balas Aidil bergurau.

"Ibu! Tolong, abang Aidil kejar"

"Aidil, dah besar pun perangai macam budak kecil?"

"Mak tengok lah hidung saya ni, Najwa conteng dengan marker merah"

Satu nada ketawa yang besar dilahirkan oleh ibu,ayah dan Najwa di satu sudut ruang makan dalam rumah mereka.

"Baguslah tu, kalau tak kamu tak bangun. Dah, makan dulu."

Aidil tidak melawan namun terus menarik kerusi untuk melabuhkan punggungnya. 

"Najwa, tolong tukar channel 801 sekejap."

"Mana boleh, ayah nak tengok tanyalah ustaz lah."

Petah si gadis berusia 9 tahun itu.

Aidil yang sememangnya seorang anak yang taat tunduk dan membiarkan sahaja ayahnya menonton tv.

"Ayah, lepasni nak pinjam kereta. Nak pergi beraya."

"Shhh! abang, dengar tu!"

Najwa memuncungkan mulutnya ke arah televisyen LED raya mereka.

"Dalam islam, hanya ada dua perayaan. Yang pertama, Aidil fitri, yang kedua Aidil adha"

Ustaz jemputan menerangkan tentang perayaan dalam islam.

"Haha, kenapa? Najwa jeles ke nama abang kena sebut? Nama abang memang selalu masuk tv. Abang ni terkenal tau tak."

"Ehhh, takde masa. Orang suruh dengar tu lah."

Balas Najwa.

"Aidil fitri kita hanya rayakan satu hari je."

Aidil kehairanan dengan niat adik kecilnya itu.

"Kamu dengar tu Aidil? Mana ada istilah raya dah sekarang."

Sergah pak cik Razak yang digelar ayah oleh Najwa dan Aidil.

Barulah Aidil faham niat adiknya. Sambil menjeling ke arah adiknya, 

"Ohh, maksud Aidil nak melawat rumah kawan. Nak merapatkan hubungan silaturrahim. Hehe."

Najwa hanya tersengih memandang.

*****


“Aku nak fikir pasal assignment kejap eh? Jangan kacau tau.”
Earphone putih jenama Samsung itu disumbatkan dengan kemas ke dua belah telinganya. Mp3 sony bewarna merah itu di belek-belek sehingga keluar lagu yang sesuai.

“Hmph, lagu korea lagi lah tu.”

Keluh Alif yang duduk bersebelahan dalam gerabak yang sama menuju ke UiTM Shah Alam untuk menghadiri ceramah daripada Dr. Zakir Naik.

Memang Alif sedia maklum sekiranya Aidil ingin mencari ilham, lagu 2PM lah akan bermain di telinganya.

“Aidil, jom. Kita dah sampai dah.”

Aidil mengatur langkah keluar dari gerabak KTM yang Nampak baru diselaputi dengan muka Perdana Menteri bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba.

“Apa pendapat kau?”

Aidil bertanya sambil memuncungkan mulutnya kearah gerabak yang mereka naiki tadi.

“PM yang patriotik. Semangat merdeka”

“Patriotik? Politik adalah. Dengan tema kemerdekaan yang macam tu. Heh.”

Aidil membalas dengan geram.

“Eh, pasal tema tu aku pun tak suka sangat. Ramai je tak suka.”

“Kau agak agak berapa habis untuk sambutan Merdeka punya kempen ni?”

“Entah, aku bukannya gabenor Negara. Kenapa?”

“Aku saja nak kira berapa juta orang dekat Palestine atau yang paling dekat dengan kita, Myanmar yang boleh kita suap nasi dengan duit tu.”

Jawab Aidil memerli.

“Besyukurlah Negara kita merdeka. Kita dapat sambut jadi kita sambutlah.”

Balas Alif.

Terngiang-ngiang dalam fikiran Aidil tentang topik yang dibincangkan dalam tv tempoh hari.

“Sambut tu boleh, tapi kena tahu urutan kewajipan. Lagi pun dalam Islam hanya ada dua perayaan sahaja.”

***** 

Suasana yang senyap dalam dewan kuliah tiba-tiba bertukar nada dek kerana suara Pn Sumayyah yang pada kebiasaanya lembut bertukar tegas.

"Cukup, cukup, kamu balik ke tempat duduk kamu."

Tegas Pn Sumayyah.

Belum pun sempat Aidil menghabiskan sajaknya yang juga sebagai tugasan yang diberi tempoh hari, dia diarahkan duduk oleh Pn Sumayyah.

Pelajar lain juga kehairanan dengan hasil kerja Aidil yang sebelum ini cukup sinonim dengan minda yang kreatif dan inovasi.

Situasi ini telah lama dijangkakan oleh Aidil. Malah, sebelum memilih untuk membentangkannya, Aidil memikir hampir satu malam.

Tetapi, Aidil masih lagi mampu berfikir positif dan tersenyum.  

*****

Janji ditepati,
Dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang kita junjung selama ini.
Ingatlah,
Merdeka itu bukanlah suatu benda yang boleh dijual beli.
Ia perlukan pengorbanan yang sebenar pengorbanan.
Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan,
Bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga,
Bahkan nyawa kita sendiri juga.

*****

Alif:  Aku faham kau tak puas hati dengan tema tahun ni, tapi janganlah libatkan dalam tugasan, nanti markah teruk kau juga susah.

Alif memberikan pendapat tentang sajak yang dibentangkan oleh Aidil semasa di dalam dewan kuliah tadi.

Aidil:  Sajak ni bukan ikut suka je nak buat. Kalau dah dalam hati macam tu, macam tu lah keluar kat kertas.

Alif:  Memang, tapi tengoklah tadi, Pn Sumayyah first time tinggi suara.

Aidil:  Nampak kan kita belum merdeka?

Alif: Maksud kau? 

Alif mengerutkan mukanya.

Aidil:  Umur dah 21 tahun, layak mengundi tapi masih dibisukan daripada bersuara tentang politik.

Alif mengangguk tanda setuju.

Alif:  Betul juga, tapi aku rasalah, Pn sumayyah tu orang kerajaan.

Aidil: Aku hanya ada satu sangkaan tentang dia.

Alif:  Apa dia?

Aidil:  Selama ni dia tak pernah membesar-besarkan kerajaan. Jadi, aku rasa dia cuma tak mahu semangat patriotisme kita rosak kerana bercampur aduk dengan politik.

Alif:  Hebat fikiran kau. Aku kagum. Agak-agaklah bila kita nak merdeka sepenuhnya?

Aidil:  Aku melihat Putrajaya. Mungkin selepas bumi disitu menghijau. 

:)


*****






No comments:

Post a Comment