Tuesday, December 18, 2012

Kehidupan: Senyap


Dulu aku cinta.
Aku nak bawa ke syurga.
Tapi aku silap satu langkah.
Kerana babi tidak akan pernah halal.
Walau disamak guna air zam zam.

Kini aku disapa.
Oleh makcik hidayah.
Kadang rasa tidak puas hati.
Hanya bersihkan diri sendiri.

Tapi bila otak befikir kembali.
Aku lemah melihat dia yang makin jauh.
Bukan dari aku.
Tapi dari yang Utama.

Aku tulis dan terus menulis.
Saban hari mengikut nafsu.
Amarah.
Beristighfar betulkan keadaan.
Terus berharap tulisan ku dibaca.

Mungkin iman setitik,
Dapat sentuh.
Biar terasa kasar sekalipun.
Menandakan masih ada iman padanya.

Kerana yang ku faham.
Binatang pertama kali masuk ke bandar.
Sudah pasti terkejut dengan suasana bandar.
Tapi manusia yang sekolah agama dari kecil.
Mustahil terkejut dengan dengan caraku.

Hilal pernah berkata,
Kalau cinta pasti nak bawa ke syurga.
Bagi aku bukan cinta.
Lebih kepada mohon maaf.

Entah akhir akhir ini.
Aku makin penat.
Bukan dia seorang yang aku nak tarik.
Tapi sebab dia seorang aku lelah.

Ini bodoh.
Mungkin.
Hanya Allah maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment