Saturday, December 8, 2012

Kehidupan: Monolog



Entah kenapa dari pagi sampai ke malam hari ini semua yang aku buat, semuanya tak kena. Bukan lah terlalu maksimum tak kenanya tapi keseronokan dan kepuasan sesuatu perkara yang aku lakukan tak tercapai di hati. Eceh.

Seperti biasa, ku bangun untuk solat subuh, lalu akan ada dua perkara yang akan melintasi fikiranku. Untuk terus berjaga atau untuk kembali mati. Walaupun keputusan pagi ini lebih 70 peratus memaksa aku mematikan diri kembali tapi badan ini sempat singgah di hadapan laptop untuk melihat satu ayat yang di postkan oleh seorang kawan di Facebook.

Surah Yunus. Ayat ke 67.

Terus membuatku terserentak untuk kembali tidur. Dalam usaha untuk terus kekal berjaga, ku capai "Catching fire" yang merupakan sebuah buku sambungan dari hunger games. Well, pendapat aku tentang buku ini agak lembab dari hunger games dan tak sabar nak habiskannya untuk meneruskan ke "Mockingjay" iaitu buku ketiga dan terakhir kisah Hunger games ini.

Sedar tak sedar jarum pendek mencecah ke pukul 10 pagi. Nasi lemak dan ayam merah menjadi santapan. Oh, sangatlah tidak sihat. Kalau bukan kerana lapar kebuluq, aku tak akan sentuh nasi lemak. Sebab dia buat aku mengantuk. Selama aku bersekolah sampailah aku ke kolej, tak pernah lagi aku makan nasi lemak masa rehat. Mungkin pernah, tapi lebih suka dielakkan.

Ku tenung screen laptop setelah habis satu pinggan sarapan. Kosong. Fb tiada noti. Ask.fm juga tiada apa apa. Twitter? Oh benci. Prinsip hidup. Jangan ditanya kenapa. Kepala ku tertoleh ke arah almari baju. Ku buka pintu almari tersebut lalu terlihatlah satu kotak ajaib yang diisi dengan PS3.

"Lama betul tak main menatang ni"

Keluh aku.

Pasang wire itu. Pasang wire ini. Petik suis kipas dan ku bentang tilam dihadapan ruang tamu. Selesa. Lama tak merasa. Dan disebabkan sudah lama jugak lah, game ini membuatkan aku tidak merasai kepuasan bermain. Aku mengalami kekalahan demi kekalahan.

"Gila, tak ingat pulak aku computer sehebat ini"

Tension. Ku tutup suis segala. Ku cabut semua wire. Ku simpan kembali console tersebut. Rosak hari sabtu aku. Argh. Tiba tiba aku teringat tentang pesta buku yang akan diadakan di Mines. Ku buka ask.fm. Tanya kepada si pengepost poster tempoh hari. Pesta sudah bermula. Sehingga 23 Dis ini.

"Great Nazrin, kau lupa nak tempah kereta. Sekarang dah tak ada transport."

Kereta dipakai keluarga untuk keluar membeli belah. Sigh.

Sekarang hanya berharap untuk matrik beri pelepasan balik pada jumaat lepasni. Aku nak sangat buku "Untuk kita pendosa" By Hilal Asyraf. Ada siapa siapa boleh beli tak? Sila whats app sebab tabiat buruk Nazrin adalah sangat berjimat dalam kredit. Beliau tidak akan melayan mana mana nombor tidak dikenali dengan baziran walau 1 sen.

Lalu ku terperuk disini. Memikirkan apa lagi boleh dilakukan. Tutorial? Bagi saya rehat dulu lah eh? Result Final pula selasa ini akan diumumkan. Takut? Tak. Berani? Pun tak. Tak tahu perasaan apa. Yang tahu, aku nak result aku boleh bawa aku sambung oversea. Bodohnya SPM main main. T_T

Doakan saya.

Ku belek belek gambar yang ada di laptop. Gambar yang ada di profile rakan. Graduasi. So pink. Batch aku sangat meminati pink. Sampaikan jersey ragbi dan bola juga pink. Hanya kriket yang gagal mendapatkan warna yang sama kerana masalah teknikal. Dan akan datang, Project terbaru Winning Eleven adalah Varsity yang salah satu design nya juga bewarna pink. Mungkin aku tak kisah masa di sekolah, tapi di kolej? Mereka mungkin tak faham itu imej Winning Eleven. Hmph.

"Not sure if I'm the only one who miss Darussalam."

Yup. Kelas aku bernama Darussalam. Rasanya kelas ni lah paling bertuah. Sebab satu satunya kelas beraliran sains teknikal. Dan ini bermakna, dua tahun kami dalam kelas yang sama. Tak berubah-ubah. Bosan? Annoyed? Agaklah. Tapi itu dulu. Sekarang dah rindu tahap maksima. Rasa nak duduk balik dorm SPM. Sungguh berselirat dengan wire extension. Woha! Ghindu!

Ku duduk lalu ku teringat sesuatu yang tak boleh ku lakukan di kolej. Youtube! Cari cari ceramah untuk mengisi waktu selepas maghrib. Akhirnya jumpa lah seorang pendakwah bernama Khalid Yasin. English. Ya! Sedap! Mantap! dan Umph!

Kadang kadang ada perasaan nak jadi pendakawah bebas. Mungkin itu sebabnya berangan angan nak sambung Usuluddin bila dah habis degree dalam account. InsyaAllah. Aku tanya pada kawan, kalau nak sambung dalam bab ni kena ada Arab ke? Dia kata entah. Jadi buat masa ini cukuplah angan angan.

Ada pulak ceramah Khalid Yassin ni pasal kahwin. Pandai dia nak usik aku. Dah mula lah tu. Haihh. Ini jawapan aku. Kalau ada yang aku betul betul berkenan dalam tempoh aku di Matrik. Tak kira lah budak asasi atau matrik, Habis final bulan 4 nanti aku masuk meminang terus. Tolak ke terima ke lain cerita. Habis Degree kahwin.

Kalau belum ada yang berkenan. Senang cerita, cari lah masa degree. :D

Sampai sekarang aku kebulur sebab last sekali makan adalah sarapan tadi. Lalu telefon berdering.

"Nak burger bakar tak?"

Woha! Nak 18 tingkat boleh?

:p

No comments:

Post a Comment