Aku dengan perlahan menyusun langkah meninggalkan surau kerana merasakan khidmat aku tidak diperlukan lagi. Masing-masing punyai tugas menguruskan projek sedangkan aku duduk dihadapan mereka dengan penuh rasa janggal.
"Apa aku buat kat sini?"
"Macam patung je."
Banyak lagi perkara bermain diminda ketika itu. Kalau bukan kerana sudah berjanji, habis sahaja solat sunat rawatib aku melangkah pergi untuk siapkan kerja yang berlambak.
Bermulalah mereka berkumpul mengikut lajnah masing-masing. Ada ekonomi, multimedia, sukan,tarbiyah dan banyak lagi. Dan mungkin kerana inilah, aku terdetik mahu keluar dari organisasi. Cemburu. Cemburu dengan rakan rakan yang mempunyai anak buah yang membawa gerakan masing masing. Sedangkan aku, jawatan yang lebih tinggi tapi duduk sahaja menggoyangkan kaki ibarat firaun yang mengaku tuhan.
Setapak ku melangkah menghampiri pintu surau untuk meninggalkan mesyuarat, mungkin hanya perasaan tapi dapat merasakan ada mata mata yang memandang pemergianku. Mungkin agak tidak beradap tapi dari aku berdiri seperti patung berhala lebih baik aku gerak berjihad pada pelajaran.
Mungkin niat asal ingin berjihad pada pelajaran sebentar tadi terbantut akibat perasaan yang bercelaru. Aku pun melabuhkan punggung di kerusi di hadapan bilik study. Entah kenapa, sesiapa sahaja yang datang menemankan aku di kerusi sebelah akan aku luahkan segala masalah.
Sehinggalah sampai satu masa ada seorang yang memaksa aku untuk berfikir kali yang ketiga. Ya, aku sudah berfikir dua kali untuk kali itu.
"Bzzzzz Bzzzzz"
Telefon bimbit ku bergetar di dalam pocket seluar ku.
"Boleh tolong datang surau tak? Ada perkara nak dibincangkan."
Mesej dari ketua organisasi. Entah kenapa, bila kepala otak memaksa ku berfikir kali yang ketiga mesej ini sampai. Memang sudah dijangka akan berbincang tentang masalah ini,
"Satu, dua, tiga."
Langkah perlahan aku ambil kerana melihat mereka sudah pun berada dalam satu bulatan mesyuarat. Aku duduk di belakang ketua multimedia.
"Okay kita ucap selamat datang kepada Ashraff Nazrin"
"Pang! pang!"
Rasa ditembak.
"Dia ni nak perli aku lambat atau apa?"
Bermulalah mesyuarat dengan aku yang hanya mendiamkan diri. Tapi terkadang tergelak jugak kerana ahli organisasi keagamaan ni bukan selalunya berkerut muka fikirkan ibadah, ada yang macam budak budak pun ada.
"Agak agak dah ada jawapan sama ada nak stay atau keluar. Kalau nak keluar nyatakan sebab"
Gulp.
"Kenapa dia nak tanya kenapa sedangkan dia dah tahu sebabnya? tak kan aku nak ulang lagi depan perempuan?"
Aku menarik nafas panjang.
"Boleh tak beri aku masa sampai Rabu? Kau tanya depan orang ramai macam kau tembak aku je. Mati lah aku macam ni."
Aku tak tahu apa yang membuatkan aku mengeluh begini. Kasar.
Tiga hari berlalu.
Masa pun sudah melebihi dari hari yang ditetapkan. Aku masih tidak memberikan jawapan. Mungkin tak berani meletakkan apa apa jawapan sehinggal minit terakhir kerana asyik terlupa melakukan istikharah.
"Kau dah ada jawapan?"
"Malam ni InsyaAllah aku bagi."
Petang itu entah kenapa badan rasa lain macam. Tekak kehausan dan kepala terasa pening. Maghrib dan isya di bilik sahaja. Lalu terus ke melabuhkan badan ke katil sehingga ke pagi tanpa sedar jawapan yang harus ku beri selepas isya.
Bangun ku untuk subuh di surau. Sudah kebiasaan aku mencari tafsir selepas menunaikan solat subuh. Untuk mempelajari walau satu ayat untuk satu hari. Mungkin Allah nak tunjuk, dengan sekali selak, terbukalah satu surah bernama As-saf. Teringat tentang jawapan yang harus kuberi memandangkan nama surah itu sama dengan nama organisasiku.
Ku teringat pernah terpandang satu post dari bekas ketua Badar Sbpi Rawang yang tertulis,
Organisasi di sekolah mengajar saya merencana setiap perkara dalam pengurusan
Organisasi di maahad tahfiz mengajar saya kematangan dalam komunikasi,emosi serta rasional akal dan fikiran
Organisasi di universiti mencabar kefahaman saya terhadap fiqh muazzanat dan aulawiyyat.
*Organisasi banyak memberi manfaat
:: Berorganisasilah !!! surah As-Saff,ayat 4 ::
Organisasi di maahad tahfiz mengajar saya kematangan dalam komunikasi,emosi serta rasional akal dan fikiran
Organisasi di universiti mencabar kefahaman saya terhadap fiqh muazzanat dan aulawiyyat.
*Organisasi banyak memberi manfaat
:: Berorganisasilah !!! surah As-Saff,ayat 4 ::
Ku teliti sendiri ayat ke empat yang berbunyi,
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang
untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah
mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
Ya Allah mudahnya kau beri petunjuk. Benarlah jikalau engkau mahu tiada siapa yang boleh menghalang. Mungkin ada hikmah aku terlupa untuk istikharah kerana aku berjanji untuk memberi jawapan selepas istikharah. Takut takut selepas istikharah itu jawapan yang aku beri adalah salah.
Terus ku mencapai telefon bimbit yang ada di pocket kanan lalu memberi jawapan kepada salah seorang ahli As-saf.
Dan jawapan ini buat aku bersyukur kerana teringat tentang niat sebenar untuk join organisasi ini. Aku ingin berubah. Untuk itu aku perlu berdamping dengan orang baik baik. Mungkin mereka bukan yang sempurna, tapi paling minima setiap meeting mungkin ada manfaatnya.
Ku berjalan meninggalkan KMS untuk pulang ke pangkuan rumah kerana ketiadaan wang yang mencukupi. Al maklumlah, makan periiii. Sape tak nak. :p
No comments:
Post a Comment