Thursday, May 2, 2013
Artikel: Had?
Pagi tadi saya mengambil keputusan untuk membuang segala lemak yang dikumpul sewaktu minggu study week. Azam saya, dalam masa sebulan sebelum menjadi fasilitator adik-adik matrik selangor untuk ambilan tahun depan badan saya mesti dah ada shape ala-ala Tony Stark.
"Bersukan menyihatkan badan dan mencerdaskan minda"
Pernah dengar kenyataan begini? Bab menyihatkan badan tu saya cuma dapat menjelaskan secara teori. Dengan izin, sekiranya salah maka saya berharap pelajar jurusan sains boleh memperbetulkannya. Dalam bersukan, aktiviti apa juga yang kita lakukan boleh mengeluarkan peluh. Maka teori ini lah yang diguna pakai untuk menjadikan badan lebih sihat. Peluh yang keluar membawa segala toksin dalam badan turut keluar. Badan pun sihat!
Untuk minda yang cerdas, saya tidak dapat nak jelaskan secara teori tapi saya sendiri mengalaminya sewaktu berjogging sebentar tadi. Segala macam idea bentuk penulisan menghentam kepala otak saya. Malangnya, belum pernah orang berjogging bawa sekali buku nota dan pen untuk mencatit. Makanya,disini saya nak tulis satu pengajaran penting yang saya dapat dalam amalan berjogging tadi.
Langkah pertama.
Sebelum saya keluar pagar rumah sudah tentunya perlu saya meletakkan target larian saya kali ini. Sebagai seorang pelajar yang sudah satu semester meninggalkan amalan berjogging, maka saya tidaklah mahu mendabik dada, jadi saya tetapkan untuk sekurang-kurangnya 4 kilometer.
Cabaran.
Anda tengok lah cerita apa pun. Ironman,Spiderman atau semua filem marvels yang lain, semuanya akan ada cabaran untuk superhero yang ada kelebihan. Sebut sahaja dalam dunia ini, semuanya ada cabaran. Mana taknya, Orang yang beriman juga turut mempunyai cabaran.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [Al-ankabut:2]
Saya yang berkelebihan azam yang tinggi untuk tampil bergaya seperti Tony Stark dalam masa satu bulan juga turut menghadapi cabaran. Cabaran saya ialah putus asa.
Pilihan.
Dalam menghadapi cabaran, saya hanya mempunyai dua pilihan yakni teruskan atau putus asa. Jadi saya telah menetapkan satu peraturan yang amat penting.
1.Set up a limit
2.Push the limit
3.Repeat the second step.
Dengan peraturan ini, had 4 kilometer yang saya tetapkan awal sebelum memulakan langkahan jogging tersebut berjaya saya tambah. Dan akhirnya saya berjaya,
Gagal.
Okay yang ini tambahan. Saya berjaya menghabiskan larian tapi saya gagal mengelak mee goreng ayam masakan mak.
Kesimpulan.
Begitulah kehidupan yang kita lalui hari demi hari. Kita perlu mempunyai tujuan hidup atau matlamat. Kemudian work hard untuk mencapai matlamat tersebut kerana di bahagian tengah perjalanan sudah tentu adanya cabaran. Maka bila anda temui cabaran, berkatalah,
"Oh, dah setengah jalan. Ada setengah jalan lagi."
Kemudian yang paling penting adalah kegagalan. Melihat dari contoh saya yang gagal mengelak mee goreng tersebut juga boleh diambil sebagai satu pengajaran. Saya tak bunuh diri pun. Itu maksudnya gagal tidak salah. Yang salahnya gagal untuk mencuba.
Ayuh kita ubah mind set kita!
Ini kali lah!
Eh?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment