Saya mahu ke pesta buku hari ini dengan harapan ingin berjumpa dengan Hilal Asyraf. Saya ingatkan beliau akan ada pada waktu pagi. Rupanya dia datang selepas solat jumaat.
Waktu itu bercanggah dengan jadual ayah saya. Kalau saya terlambat nanti jalan di KL ini sesak.
Maka mahu tidak mahu, terpaksa pergi pagi dan lepaskan peluang berjumpa dengannya.
Agak sedih.
Tapi siapa sangka, Allah gantikan tempat Hilal dengan tempat seseorang yang tak diduga.
Saya gembira.
Mungkin saya akan kembali menulis cerpen.
:)
No comments:
Post a Comment