Saturday, May 19, 2012

M

Asalamualaikum, :)


Huruf M? apa kena mengena dengan huruf M? adalaaah, Thanks M. :) Ouh, btw, M juga adalah untuk Matriks. Yes, Matriks Selangor. tempat aku menimba ilmu hisab lepas ni. I mean, accounting. Bukan tempat bermain, bukan tempat mencuci mata, bukan tempat mencari nombor telefon perempuan. Kerja kerja macam tu dah lama aku tinggalkan. Yes, thanks to PIKAH and BEN, yang buat aku pilih Matriks ni. Well, dibantu oleh cikgu Timah, cikgu Marlina, cikgu KA. SEMUA NI SURUH MATRIKS. Kalau lah diorang ni tak ada, dah lama aku terperuk kat jengka tu tanpa saudara saudara yang aku kenali.

Well, sebenarnya aku tak kesah belajar mana yang penting ada peluang nak fly. Bila dah fly nanti lah baru aku fikir soal jodoh kot. heww, jauh menyimpang. Untuk matriks, kampus dia dekat je so bapak aku tak perlu susah susah pergi hantar semua. Lagipun pelajaran cuma satu tahun. semua cikgu cakap matriks cepat. Plus, kat sini aku dah ada kawan yang aku kenal. Ye, sekali lagi PIKAH,BEN and tak lupa FAJRUL. kat sini pun ada WE apa. Jangan ingat kat UIA je banyak. Kat situ bak kata akif, banyak maksiat. Mana taknya, Tudung labuh tu syarat masuk sana je, diorang tak ambil sebagai syarat masuk syurga pun. Maybe adalah certain, yelah, zaman sekarang ni mana lah ada yang nak jadi asing tak ikut putaran zaman kan? takut nak jadi asing, padahal itu lah Islam di akhir zaman ni.

So sebagai cerita hari ini, Aku takut sebenarnya, persekitaran Matriks tu macam mana? ada ke yang jaga semua ni? Kalau sepintar dulu ada je Badar yang jaga. Aku takut, Iman akhir zaman, turun naik. Kadang kadang bila aku makin belajar makin jahil aku rasa. Kadang kadang bila memberanikan diri masuk ke perkongsian ilmu nampak sangat aku ni jahil. Dibangkang dengan hujah yang aku sendiri belum pernah tahu. Macam mana aku lepasni. dapat ke bawa diri? Kalau boleh nak je masuk sepintar balik. Ada munir yang selalu bangun solat malam, psst, dia ingat aku tak tahu dia bangun setiap pagi. Bagus dia ni, zuhud, nampak je perangai main main tapi korang ape tahu? kawan setakat kawan. Kat sepintar ada yang kejut subuh. Piji, masa SPM seronok bila dengar, "Yien, kejut dorm kau" Macam aku ketua Dorm. haha. Masa sekolah memang aku bangun awal. dah biasa. Kat rumah ni bapak aku lah badar. Subuh ajak pegi masjid. Tapi aku ni belum kuat. Haiih, tak mampu lagi nak ke masjid. sebab bangun time azan. nak mandi memang tak sempat lah. InsyaAllah kat matriks ni nak praktikkan balik hidup di sepintar.

Bila aku cakap macam ni mesti korang rasa adakah hidup gaya islam hanya di sepintar kan? Aku pun rasa macam tu. Kat rumah tak banyak yang aku buat sama bila dengan sepintar. Astaghfirullah, Harap harap di matriks dapat membentuk jati diri yang lebih kuat. Iman yang lebih kuat. Mana tahu satu hari nanti Israel serang negara kita pulak, tak ada lah aku jadi orang first yang cabut lari. Yang perempuan, jangan sampai diorang datang baru nak bertudung litup, Orang kat palestine semua sedaya upaya tutup supaya tak nak kena rogol. kita kat sini? terlalu selesa.

Diharap hidup dimatriks adalah lebih sempurna berbanding di rumah. Dan dapat aku menghidupkan peluang kembali untuk belajar di luar negara. Ini target aku buat masa ini, InsyaAllah. Doakan.


2 comments:

  1. insyaallah,amin... ana pun dalam perubahan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Bertuah bagi siapa yang dapat hidayah. Bukan senang. Kekalkan hidayah ni, jangan nanti Allah tarik. dunia dah terbalik, jodoh yg tak perlu cari ramai yang terhegeh hegeh. Hidayah yang disuruh cari, cipta jawapan "tak sampai seru" Moga kita kekal dalam redha NYA. ameen. insyaAllah

    ReplyDelete